BENGALURU: Susulan kejayaan pendaratan kenderaan robotik, Chandrayaan-3 pada Ogos lalu di kawasan kutub selatan bulan yang tidak pernah diterokai, India kini berhasrat mahu mengkaji matahari pula di bawah misi solar pertama dilancarkan negara Asia Selatan itu pada Sabtu.
Pelancaran bersejarah Aditya-L1 itu turut disiarkan secara langsung oleh Pertubuhan Penyelidikan Angkasa Lepas India (ISRO) menerusi laman web mereka dan meraih hampir 500,000 tontonan.
India semakin mendahului perlumbaan ke angkasa lepas dan meninggalkan Amerika Syarikat (AS) serta China yang mendominasi misi tersebut.
Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Amit Shah berkata, pelancaran itu adalah satu ‘langkah gergasi’ ke arah merealisasikan visi Perdana Menteri, Narendra Modi yang mahu New Delhi terus melakar sejarah dalam ekspedisi ke angkasa lepas.
Program tersebut bertujuan untuk mengkaji angin suria atau aurora yang biasanya boleh menyebabkan gangguan pada bumi.
Kapal angkasa Aditya-L1 yang membawa instrumen saintifik itu direka untuk melakukan perjalanan ke Langrange Point L1, yang dapat mengimbangi daya graviti bagi mengurangkan penggunaan bahan api.
“Terdapat insiden komunikasi terjejas kerana satelit dilanda pelepasan jisim korona berskala besar. Satelit di orbit rendah bumi menjadi fokus utama yang menjadikan misi Aditya-L1 sebagai projek yang amat penting,” jelas Profesor Somak Raychaudhury
Menurutnya, saintis berharap untuk mengetahui lebih lanjut tentang impak sinaran suria terhadap ribuan satelit di orbit yang semakin bertambah atas kejayaan usaha sama rangkaian komunikasi Starlink dilancarkan firma aeroangkasa, SpaceX, milik Elon Musk.
Sementara itu, Profesor Rama Rao Nidamanuri yang mengetuai Jabatan Sains Angkasa dan Bumi di Institusi Sains dan Teknologi Angkasa India mendakwa ruang orbit rendah bumi kian ‘tercemar’ kerana penyertaan syarikat swasta yang semakin meningkat.
“Oleh itu, ekspedisi ini dapat membantu kita memahami cara melindungi satelit dalam persekitaran angkasa lepas yang sesak pada masa kini,” ujarnya.
Saintis ISRO juga menjelaskan data daripada misi itu dapat memberi pemahaman dengan lebih jelas tentang kesan matahari pada corak iklim bumi dan asal-usul angin suria iaitu aliran zarah daripada matahari.
New Delhi yang bercita-cita tinggi dan mahu berdiri setanding Barat kini bergantung kepada kejayaan ISRO untuk mempamerkan kehebatan mereka dalam sektor berkenaan walaupun hanya melancarkan misi dengan bajet rendah. - Agensi/Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Sep 04 2023
Kapal angkasa yang membawa instrumen saintifik itu direka untuk melakukan perjalanan sejauh kira-kira 1.5 juta kilometer ke Langrange Point L1. - Foto Sinar Harian
Tumpuan Sabtu – 1 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Bank perluas bantuan kepada pelanggan terjejas banjir di Sabah dan Sarawak
Terdapat bank-bank yang menangguhkan ansuran bulanan untuk pinjaman dan pembiayaan sehingga enam bulan untuk kemudahan seperti kad kredit.
Kanak-kanak lapan tahun ditemukan lemas
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemukan lemas di Pantai Kampung Kandis berdekatan Villa Danialla Beach Resort, Bachok, 7.30 malam tadi.
Malaysia diiktiraf lima negara utama aktif wakaf al-Quran peringkat global
Malaysia kini diiktiraf sebagai antara lima negara utama yang aktif dalam wakaf al-Quran peringkat global, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Mangsa banjir di Sarawak dan Sabah terus meningkat
Situasi banjir di Sarawak dan Sabah masih membimbangkan dengan bilangan mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) dilaporkan terus meningkat, setakat 8 malam ini.
CMCF anjur rundingan awam garis panduan kandungan berkaitan bunuh diri
CMCF mengumumkan pelaksanaan perundingan awam di seluruh negara mengenai Garis Panduan Pelaporan dan Perkongsian Kandungan Berkaitan Bunuh Diri.
Kertas siasatan kes guru pukul murid telah lengkap
Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan seorang murid sebuah sekolah rendah di Bagan Serai mengalami kecederaan akibat dipukul guru seperti yang tular di media sosial.
Filem MONEY GAME$ catat rekod, kutip RM2.76 juta
Kejayaan ini mengatasi kutipan filem-filem lain dalam musim perayaan yang sama, menjadikan MONEY GAME$ sebagai filem paling popular.
10 Berita Pilihan - (31 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sembilan notis dikeluarkan MBSA kepada taman tema terkenal
Jabatan Korporat dan Perhubungan Awam MBSA dalam kenyataan memaklumkan ini termasuk tiga notis amaran pada 14 Nov 2024 dan satu notis amaran pada 19 Jan lepas.
7 maut dalam insiden pentas runtuh di utara India
Beberapa wanita dan kanak-kanak turut menjadi mangsa dalam kejadian yang berlaku di daerah Baghpat, Uttar Pradesh.
India dan China bersetuju mulakan semula penerbangan terus
Kedua-dua negara memutuskan "untuk mengambil beberapa langkah berfokuskan rakyat bagi menstabilkan dan membina semula hubungan."
Maharashtra, India catatkan kematian pertama penyakit disyaki akibat Sindrom Guillain-Barre
GBS adalah penyakit neurologi yang menyebabkan kebas, lemah dan kesakitan secara tiba-tiba, selain menyebabkan cirit-birit.
Indonesia, India jalin kerjasama strategik dalam sektor digital
Kerjasama strategik ini merupakan langkah penting yang menyatukan dua kuasa digital di Asia untuk mencipta inovasi yang memberi impak.
11 penumpang maut, ramai cedera dalam nahas kereta api di Maharashtra, India
Sekurang-kurangnya 11 penumpang maut manakala ramai lagi cedera selepas dilanggar oleh sebuah kereta api di negeri Maharashtra, India, pada Rabu.
Kuatkan semangat 'Nambikei', sambut Ponggal dengan ceria - Ramanan
Ramanan harap perayaan Ponggal tahun ini bawa kemakmuran, kesejahteraan dan kebahagiaan yang menceriakan buat negara dan masyarakat India.
PM Anwar ucap selamat menyambut perayaan Ponggal kepada komuniti India
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan selamat menyambut perayaan Ponggal kepada seluruh komuniti India di Malaysia.
Bekas Presiden MIC Dr Subramaniam terima anugerah Pravasi Bhartiya Samman dari India
Bekas Presiden MIC yang juga bekas menteri Tan Sri Dr S. Subramaniam menerima Anugerah Pravasi Bharatiya Samman (PBSA) 2025 daripada kerajaan India, semalam.
6 maut dalam kebakaran kilang mercun di selatan India
Enam maut dan beberapa lagi individu cedera dalam kebakaran sebuah kilang mercun di Negeri Tamil Nadu, India pada Sabtu.
Lebih banyak inisiatif perkukuh ekonomi komuniti India pada tahun 2025 - Ramanan
Ia bagi membolehkan pembangunan ekonomi komuniti itu seiring dengan proses pembangunan negara seperti mana yang diarahkan PM Anwar.