KUALA LUMPUR: Beberapa syarikat pengeluar tepung dalam negara menjangkakan bekalan bahan itu dalam negara tidak terjejas susulan larangan eksport gandum yang dikenakan India.
Pengurus Pemasaran Bidara Flour Sdn Bhd Arifin Aziz berkata bekalan untuk syarikat itu tidak terjejas dengan larangan itu, kerana syarikat itu mengambil tepung yang telah siap diproses di negara berkenaan dan bukannya gandum mentah yang dilarang untuk eksport.
"Yang disekat adalah biji gandum, dan kami ambil tepung gandum siap diproses. Jadinya, ia tidak mendatangkan isu kepada bekalan," katanya kepada Bernama.
Stok tepung syarikat itu katanya masih mampu menampung keperluan penjualan untuk tempoh tiga hingga empat bulan akan datang.
Arifin berkata pemain industri telahpun bersedia menghadapi kekurangan bekalan tepung sejak tercetusnya peperangan di antara Ukraine dan Rusia.
"Di sini ada dua isu, salah satu faktornya sekatan benih gandum di India dan berlakunya peperangan di Ukraine. Jadi, syarikat mahupun kilang-kilang di Malaysia telah mengambil langkah untuk membeli bekalan lebih awal dan menyimpan stok," katanya.
Bagaimanapun, Arifin berkata pihaknya menjangkakan harga jualan akan meningkat kesan daripada kenaikan harga gandum di seluruh dunia, ekoran ketidakstabilan pasaran dan susut nilai mata wang negara.
"Hal ini disebabkan kenaikan harga bahan mentah dan mata wang negara kita yang sudah merudum. Kami menjangkakan harga barang mentah gandum akan meningkat sebanyak 30 peratus dalam tempoh enam bulan akan datang," katanya.
Sementara itu Pengurus Kilang Faiza Food Sdn Bhd Nor Haida Ishak pula menjelaskan, syarikat itu telah mendapat jaminan bahawa pesanan bekalan tepung syarikat itu untuk dua bulan akan datang, tidak akan terjejas oleh pembekal mereka di India.
"Kami dapat jaminan verbal sebulan dua ini tidak akan ada masalah. Buat masa kini, syarikat mempunyai simpanan bekalan sebanyak 300 tan yang mampu menampung keperluan penjualan untuk dua minggu," katanya.
Namun, Nor Haida berkata Faiza Food juga sudah mula memerhatikan kenaikan harga barang mentah sejak awal tahun ini lagi dan memberi amaran bahawa ia akan spill-over ke pasaran domestik.
"Kalau dilihat pada situasi semasa, memang sudah mula kenaikan harga. Kami masih mengambil pendekatan untuk tunggu dan lihat, kerana kami tidak mahu menaikkan harga jualan di pasaran. Tetapi, harga mungkin terpaksa dinaikkan dalam masa dua atau tiga bulan nanti," katanya.
Baru baru ini, India dilaporkan melaksanakan larangan eksport gandum untuk menjamin keperluan keselamatan makanan yang merisaukan akibat fenomena gelombang haba yang telah menjejaskan pengeluaran gandum di negara itu.
Susulan itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dilaporkan menjangka bekalan tepung gandum negara tidak terjejas kerana Malaysia mengimport 80 peratus biji gandum dari negara lain, dan tidak bergantung kepada India semata-mata.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 19 2022

Pemain industri telahpun bersedia menghadapi kekurangan bekalan tepung sejak tercetusnya peperangan di antara Ukraine dan Rusia. - Gambar hiasan

Bekas kakitangan Teresa Kok disiasat SPRM
Teresa terkejut apabila mendapat tahu dua bekas pembantunya dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Shahidan sedia pertahan jawatan Presiden KOM
Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Datuk Seri Shahidan Kassim mengesahkan akan mempertahankan jawatan nombor satu badan induk itu dalam pemilihan kepimpinan yang dijadualkan pada 15 Jun depan.

Rumah, dua kereta musnah dijilat api di Kuala Kangsar
Dalam kejadian kira-kira 5.56 petang itu, rumah terbakar 90 peratus, manakala dua kereta masing-masing terbakar 70 peratus dan 40 peratus.

Tiga rumah terjejas dalam kebakaran sebelum buka puasa di Tawau
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, beberapa penghuni yang sibuk menyediakan hidangan berbuka puasa tidak sempat menyelamatkan barang-barang penting mereka.

Piala Esports Malaysia 2025 janji saingan sengit pasukan terbaik MLBB
Kejohanan itu diadakan dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Liga Profesional MLBB (MPL) Malaysia.

KBS tingkat usaha tangani isu penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempergiatkan usaha menangani isu sosial dalam kalangan belia terutama berkaitan penyalahgunaan dadah.

4 termasuk seorang penjaja wanita ditahan serang pegawai DBKL
Polis menahan empat penjaja termasuk seorang wanita melibatkan dua kes serangan berasingan ke atas pegawai penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pada Rabu.
Tiga pemain ski dikhuatiri maut dalam insiden runtuhan salji
Menurut jurucakap untuk Alaska State Troopers pada Khamis, setakat ini, usaha mencari mangsa yang tertimbus terpaksa ditangguhkan susulan keadaan cuaca yang buruk.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bom jatuh, penduduk gesa penghentian latihan tembakan segera
Menurut wakil penduduk Pocheon, Kang Tae-il, dia juga menyeru pelaksanaan langkah yang konkrit bagi mencegah insiden sedemikian berulang pada masa hadapan.

Malaysia akan beli gandum, produk berkaitan gandum dari Turkiye - PM
Beberapa syarikat Malaysia telah dikenal pasti untuk membeli gandum dan membuka ladang gandum di negara itu, antaranya Boustead Holdings.

Selangor, Pulau Pinang, Sabah pengimport utama gandum pada Mei 2022 - Perangkaan
Nilai import gandum belum dikilang ke Malaysia pada Mei 2022 meningkat 98.5 peratus tahun ke tahun kepada RM227.5 juta.

Pemimpin Afrika mahu pengecualian embargo import gandum, baja dari Rusia
Pengecualian sekatan kewangan terhadap Moscow oleh negara-negara Eropah untuk meneruskan perdagangan tenaga dengan Rusia juga harus diguna pakai terhadap import Afrika.

UAE hentikan eksport gandum dari India selama empat bulan
Kementerian Ekonomi memaklumkan keputusan dibuat susulan perkembangan antarabangsa yang telah menjejaskan aliran perdagangan.

Bekalan gandum dalam negara mencukupi - KPDNHEP
Bagi bekalan tepung gandum am bersubsidi, pengeluarannya terpaksa dikurangkan di pasaran, disebabkan lonjakan harga di peringkat global.

Malaysia belum sampai ke peringkat krisis makanan - MAFI
Meskipun terdapat sedikit gangguan terhadap bekalan makanan khususnya ayam dan gandum, namun ia tidak menjejaskan bekalan negara.

Dunia berdepan krisis kelaparan yang tidak pernah terjadi sebelum ini - Pakar
Ukraine antara pengeksport gandum utama dunia, menggantung eksportnya akibat operasi ketenteraan Rusia di negara itu.

India sekat eksport gandum, pemain industri jamin bekalan mencukupi di Malaysia
Beberapa syarikat pengeluar tepung dalam negara menjangkakan bekalan bahan itu dalam negara tidak terjejas susulan larangan eksport gandum yang dikenakan India.

India henti eksport gandum berkuat kuasa serta-merta
Larangan eksport memandangkan konflik Rusia-Ukraine telah mengganggu bekalan gandum global dan komoditi utama lain.

Krisis Rusia-Ukraine: Afrika alami kenaikan harga makanan yang tinggi - Pakar
Rusia adalah pengeksport terbesar gandum di dunia, dan Ukraine adalah yang kelima terbesar.