Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan dakwaan kononnya individu yang dikuarantin dibawa ke pusat kuarantin menggunakan trak penjara.
Sebaliknya, tegas beliau kesemua individu berkenaan dibawa menggunakan bas yang disediakan oleh pihak kerajaan atau Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
“Trak hanya digunakan untuk membawa barangan mereka sahaja.
“Ini bermakna bahawa berita-berita palsu terus berlegar di dalam negara kita walaupun keadaan seperti COVID-19 ini sepatutnya semua berusaha untuk menenangkan rakyat dan membantu kerajaan tetapi masih ramai penyebar berita palsu,” katanya dalam sidang media harian, di sini pada Sabtu.
Susulan itu, Ismail Sabri memaklumkan kerajaan tidak akan sesekali berkompromi dengan individu tidak bertanggungjawab yang menyebarkan berita tidak benar sehingga mengganggu ketenteraman awam.
“Sehingga 3 April (Jumaat), sebanyak 184 kertas siasatan telah dibuka oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkaitan berita palsu.
“Daripada jumlah itu, sebanyak 20 kes telah dibuka dan mereka telah didakwa di mahkamah.
“Jadi saya menyeru kepada rakyat untuk sama-sama membantu kerajaan dalam membantu mengatasi kes COVID-19 dan bukannya mengeruhkan keadaan dan menimbulkan suasana tidak tenang,” ujarnya.
Hasimi Muhamad
Sat Apr 04 2020
Sebaliknya, tegas beliau kesemua individu berkenaan dibawa menggunakan bas yang disediakan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Peluru mortar lama ditemukan di Tumpat
Sebutir peluru mortar lama berukuran 61 milimeter (mm) ditemukan berhampiran kawasan peranginan di Pantai Sri Tujuh, Tumpat, semalam.
Pahang meterai enam MoU dengan pemain industri pertanian Australia
Kerajaan Pahang memeterai enam memorandum persefahaman (MoU) dengan pemain industri pertanian, penternakan dan perikanan di Australia.
Keadaan banjir di Sarawak beransur pulih - Uggah Embas
Keadaan banjir di Sarawak kini beransur pulih dengan 12 pusat pemindahan sementara (PPS) telah ditutup setakat malam tadi.
Op Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina kurangkan kemalangan di Kuala Lumpur
Usaha penguatkuasaan menerusi Op Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina tahun ini telah membantu mengurangkan kemalangan jalan raya di Kuala Lumpur sebanyak enam peratus berbanding tahun lepas.
AKPS agensi tunggal selaras operasi di pintu masuk negara
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) yang dilancarkan hari ini, berfungsi sebagai agensi tunggal di sempadan.
Pantai Air Papan jadi tumpuan ketika cuti sekolah
Pantai Air Papan yang terletak kira-kira 12 kilometer dari bandar Mersing menjadi tumpuan ramai untuk beriadah sepanjang cuti sekolah dan cuti Tahun Baharu Cina baru-baru ini.
Budaya Korea Selatan jadi tarikan kepada pelancong perubatan asing
Empat daripada 10 warga asing yang melawat Korea Selatan untuk rawatan perubatan menyatakan bahawa budaya negara itu mempengaruhi keputusan mereka.
Jumlah mangsa di Sarawak melepasi 12,000
Jumlah mangsa banjir di seluruh Sarawak menunjukkan penurunan, namun terdapat beberapa kawasan baharu yang mula dinaiki air, berikutan fenomena air pasang besar, yang bertembung dengan banjir termenung.
Bekas ADUN lapor polis khatib masjid tidak baca teks khutbah Jumaat JAIPk
Bekas ADUN Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim membuat laporan polis berhubung dakwaan khatib sebuah masjid di Teluk Intan tidak membaca teks khutbah Jumaat yang disediakan.
AKPS bakal diperluas di pintu sempadan negara - Menteri Dalam Negeri
Selain di KLIA, AKPS juga akan diperluaskan di beberapa pintu utama udara sempadan negara iaitu di Pulau Pinang dan Kota Kinabalu.
COVID-19: SOP lebih ketat di tempat potensi penularan - Mohd Redzuan
Pelitup muka boleh dibekalkan secara one-off kepada pelajar jika dibuat daripada fabrik yang boleh dibersih dan disinfeksi selepas setiap kali diguna.
12,000 isi rumah di Lawas terima bantuan bekalan makanan
Sumbangan ini merupakan inisiatif kerajaan Sarawak dalam memastikan rakyat di setiap pelusuk negeri itu menerima bantuan sepatutnya.
Individu dibawa naik trak penjara ke pusat kuarantin tidak benar - Ismail Sabri
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan dakwaan kononnya individu yang dikuarantin dibawa ke pusat kuarantin menggunakan trak penjara.
Pesawat khas misi kedua bawa pulang rakyat Malaysia berlepas ke Wuhan
Pesawat khas AirAsia itu berlepas pada 5.58 petang bagi membawa pulang 75 warganegara Malaysia dan pasangan serta anak mereka.