SHAH ALAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menafikan dakwaan tular di sosial media yang menyatakan bahawa individu dipercayai direkrut oleh ejen perisikan Israel, Mossad merupakan ahli parti itu.
Perkara itu disahkan Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil.
“Saya sudah semak, mereka sah bukan anggota PKR,” katanya dalam satu kenyataan ringkas pada Rabu.
Sebuah media tempatan pada Selasa melaporkan mengenai dakwaan kemasukan ejen daripada agensi perisikan negara Israel yang didakwa bertujuan menculik seorang warga Palestin.
Menurut laporan terbabit, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikatakan berjaya membongkar satu jaringan perisikan Israel, Mossad di Malaysia.
BACA: Mossad rekrut warga Malaysia? Pemerhatian menyeluruh sedang dijalankan kerajaan
Perkara tersebut terbongkar apabila dua rakyat Malaysia dipercayai ditahan kerana dikatakan terbabit dalam kes penculikan warga Palestin itu pada akhir September lalu.
Laporan tersebut turut menyatakan seorang wanita tempatan berusia 30 tahun dipercayai dilatih sebagai penyiasat persendirian di Perancis sebelum direkrut oleh ejen Mossad sebelum tahun 2018 dan disyaki menjadi dalang kepada rangkaian perisikan Israel di dalam negara.
Susulan daripada itu, tular di sosial media dakwaan bahawa individu terbabit dalam kes tersebut merupakan penyokong PKR.
Dalam pada itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani pada Selasa meminta orang ramai supaya tidak menimbulkan spekulasi berhubung penculikan seorang lelaki warga Palestin di Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur, 28 September lalu.
Menurut beliau, kesemua 11 suspek terlibat telah dituduh dan siasatan lanjut sedang dijalankan sementara menunggu tarikh sebutan semula kes pada 15 Disember. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Oct 19 2022

"Saya sudah semak, mereka sah bukan anggota PKR," kata Fahmi. - Gambar fail/BERNAMA

Sidang kemuncak pemimpin Arab bermula di Riyadh di sebalik perancangan pembangunan semula Gaza
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

Menteri Brazil selar kenyataan Israel gagalkan serangan Hezbollah
Brazil menahan dua individu atas tuduhan keganasan sebagai sebahagian daripada operasi untuk menumpaskan serangan perancangan sel Hezbollah.

PDRM kumpul maklumat dakwaan ejen Mossad dalam negara - KPN
PDRM sedang mengumpul maklumat berkaitan dakwaan membabitkan ejen Mossad di dalam negara, berikutan kelantangan Malaysia menyokong Palestin.

Menilai tahap campur tangan kuasa asing di Malaysia
Pendedahan terkini mengenai penglibatan agensi perisikan Israel, Mossad dalam pelaksanaan operasi penculikan warga Palestin di Malaysia telah menggemparkan negara.

Culik warga Palestin: Polis siasat jika ada penglibatan agensi perisikan luar
Polis sedang menyiasat sekiranya wujud penglibatan agensi perisikan luar berhubung kes penculikan warga Palestin.

'Individu didakwa direkrut Mossad bukan ahli PKR'
PKR menafikan dakwaan tular yang menyatakan bahawa individu dipercayai direkrut oleh ejen perisikan Israel, Mossad merupakan ahli parti itu.

Pengarang Kumpulan NST dipanggil untuk bantu siasatan isu 'ejen Mossad' - PDRM
Ia adalah proses biasa yang perlu dijalankan bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan artikel yang dikeluarkan.

Mossad rekrut warga Malaysia? Pemerhatian menyeluruh sedang dijalankan kerajaan - Hamzah
KDN sedang meneliti satu dakwaan kemasukan ejen perisikan Israel, Mossad yang kononnya bertujuan menculik seorang warga Palestin seperti yang disiarkan dalam sebuah akhbar tempatan pada Selasa.

PDRM akan mohon ekstradisi suspek pembunuhan pensyarah Palestin
PDRM akan memohon suspek kes pembunuhan seorang pensyarah warga Palestin pada 2018 yang dilaporkan ditahan oleh pihak berkuasa Palestin semalam, diekstradisi ke negara ini.

Laungan 'Laillahaillallah, As-Syahid Habibullah' iringi jenazah Dr Fadi
Laungan -Laillahaillallah, as-Syahid Habibullah- berkumandang di Surau Medan Idaman, Setapak, tatkala jenazah Imam Dr Fadi Al-Batsh dibawa masuk ke perkarangan surau itu.

Menteri Pertahanan Israel nafi ejen Mossad bunuh Dr Fadi
Menteri Pertahanan Israel, menolak dakwaan yang mengaitkan pembunuhan seorang imam warga Palestin pada pagi Ahad di Kuala Lumpur adalah angkara agensi perisikan Yahudi.