KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dikenakan kompaun RM25,000 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kerana kesalahan memuat naik kandungan palsu di Facebook berkaitan penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran tahun ini.
MCMC dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan individu berkenaan dikenakan kompaun itu mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 apabila memuat naik status di Facebook dengan menyebut bahawa majlis tahunan anjuran kerajaan itu tidak diadakan kali ini setelah dipengaruhi pihak tertentu.
"Individu tersebut turut menggunakan perkataan yang menyentuh isu agama, raja dan kaum (3R)," menurut kenyataan itu.
Menurut MCMC, Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 melarang pembuatan atau penghantaran komunikasi bersifat jelik, lucah atau sumbang dengan niat untuk menyakitkan hati atau mengganggu orang lain.
Sekiranya disabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya sekali.
"MCMC memandang serius penyalahgunaan perkhidmatan rangkaian dan aplikasi media sosial. Tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang terlibat," menurut kenyataan itu.
Dalam pada itu, MCMC mengingatkan orang ramai untuk tidak menyalahgunakan perkhidmatan rangkaian dan aplikasi dalam talian untuk menyebarkan sebarang kandungan tidak sahih atau palsu.
Orang ramai juga perlu sentiasa berwaspada mengenai sebarang maklumat diterima dan merujuk kepada pihak berwajib atau sumber rasmi untuk pengesahan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 19 2024

MCMC memandang serius penyalahgunaan perkhidmatan rangkaian dan aplikasi media sosial. Tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang terlibat. - Gambar hiasan

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.

Muat naik kandungan palsu Majlis Raja-Raja: Individu gagal hadir ke mahkamah ditangkap
Tangkapan terhadap individu itu dilakukan sejurus waran tangkap dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Sepang pada Isnin.

MCMC turunkan 63,652 kandungan berunsurkan penipuan di media sosial - Teo
Jumlah itu menunjukkan peningkatan ketara, berbanding 6,297 kandungan yang diturunkan pada 2023.

Dakwaan 'gua kosong' bawah KL: Tiada ahli geologi bernama Sarah Jamal berkhidmat di UM
Tiada ahli geologi bernama Sarah Jamal didaftarkan dalam senarai daftar Lembaga Ahli Geologi Malaysia.

Individu dikompaun RM25,000, muat naik kandungan palsu di Facebook - MCMC
MCMC memandang serius penyalahgunaan perkhidmatan rangkaian dan aplikasi media sosial.

SKMM serbu rumah pemilik akaun FB 'Abu Leman'
Suspek yang disyaki miliki akaun Facebook dan blog 'Abu Leman' disoal-siasat kerana sebar kandungan palsu terhadap kerabat diraja dan pemimpin negara.