KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah mengenal pasti individu, yang dipercayai mengeluarkan kenyataan menghina institusi Diraja, khususnya institusi Diraja Selangor.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata MCMC dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati, individu terbabit sangat bermasalah dengan lebih 20 kertas siasatan lampau telah dibuka terhadapnya, berkaitan kenyataan jelik sebelum ini.
"Saya telah minta MCMC mengambil tindakan yang keras dan bersepadu bersekali dengan PDRM, untuk kita pastikan kandungan yang jelik dan menghina institusi Diraja tidak ada dalam platform Facebook. Saya difahamkan kandungan tersebut juga ada di TikTok.
"... jadi kita akan teliti beberapa tindakan yang perlu diambil, untuk pastikan Facebook dan platform lain memberi kerjasama yang baik dan pantas terutama dalam isu-isu melibatkan 3R (kaum, agama, institusi raja)," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi Bil 3/2024, di sini hari ini.
Baru-baru ini, tular seorang individu yang dipercayai telah memuat naik video dengan mengeluarkan kenyataan jelik dan menghina institusi Diraja Selangor.
Terdahulu, Fahmi ketika berucap pada perhimpunan tersebut telah meminta MCMC untuk mengambil tindakan yang tegas, terhadap mana-mana pihak yang sengaja menanamkan bibit-bibit perpecahan dan mengapi-apikan sentimen.
Pada masa sama beliau juga meminta kerjasama daripada semua agensi dalam Kementerian Komunikasi supaya menjadi 'ejen' untuk menjernihkan keadaan dan membantu mengembalikan keadaan yang tenang.
Selain itu Fahmi berkata RTM juga, perlu mempertingkatkan kandungan serta bahan yang mengetengahkan aspek perpaduan dalam masyarakat.
"Ini penting kerana sewaktu Bapa-bapa Kemerdekaan dan Bapa-bapa Malaysia membentuk negara kita memperoleh kemerdekaan, tidak diidamkan satu suasana porak peranda dan berpecah belah.
"Kepelbagaian dan kerencaman kita sesungguhnya adalah satu kekuatan. Bulan Ramadan ini seharusnya mendidik kita juga untuk bertoleransi, sabar, ada had dan batas serta saling hormat menghormati," katanya.
Mengenai isu lain, Fahmi berkata pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU) di peringkat Kementerian Komunikasi, termasuk agensi di bawahnya, telah mencapai hampir 99 peratus.
Beliau berkata daripada peratusan itu, Institusi Penyiaran Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) telah mencapai 100 peratus pendaftaran PADU.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 26 2024

Fahmi juga meminta kerjasama daripada semua agensi dalam Kementerian Komunikasi supaya menjadi 'ejen' untuk menjernihkan keadaan dan membantu mengembalikan keadaan yang tenang. - Gambar fail/Bernama

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.

Kilang e-waste lebur peluru proksi warga China
Seramai empat individu termasuk seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan berkaitan penemuan kira-kira 50 tan peluru dan kelongsong dalam serbuan di kilang e-waste haram.

PDRM terima 482 laporan sindiket "job scam" libatkan 628 rakyat Malaysia
Dripada jumlah itu, 14 daripada 15 mangsa dari Sabah berjaya diselamatkan manakala seorang lagi masih terkandas di luar negara.

1,404 polis dikenakan hukuman tatatertib tahun lepas
Sebanyak 1,404 anggota polis dikenakan hukuman tatatertib sepanjang tahun lepas, kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad.

Ambil tahu aduan didedahkan Edisi Siasat, elak persepsi - JIPS
Pemerhatian terhadap saluran itu mendapati banyak tuduhan dibuat adalah tidak berasas dan telah membina persepsi tidak baik masyarakat terhadap warga polis.

Hejira Travel masih disiasat, polis nafi tidak bertindak
Sebanyak 141 laporan polis telah diterima sehingga 7 Februari 2025, membabitkan kerugian RM3,015,412.

192,857 individu salah guna dadah tahun lepas - Saifuddin Nasution
Isu penyalahgunaan dadah di negara ini semakin membimbangkan dengan trend menaik setiap tahun sejak 2022, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Polis rampas dadah dalam bungkusan teh Cina berjumlah RM23.67 juta
PDRM menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah jenis syabu dan ketamin yang menjadikan negara ini sebagai transit.

Polis tidak tahan Pengarah Eksekutif Suaram, hanya rekod percakapan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan menahan Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Sevan Doraisamy hari ini, seperti yang dilaporkan menerusi beberapa portal berita.

PDRM umum pertukaran 36 pegawai kanan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran 36 pegawai kanannya berkuat kuasa 10 Mac.

KDN jamin keselamatan negara terkawal, tindakan tegas terhadap jenayah senjata api
Keselamatan awam dan ketenteraman negara kekal menjadi keutamaan KDN dengan PDRM berada dalam keadaan kesiapsiagaan terbaik.