KUALA LUMPUR: Individu yang melanggar peraturan atau prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi pencegahan dan kawalan pandemik COVID-19 berdepan hukuman denda maksimum RM10,000 mulai 11 Mac 2021.
Perkara itu dinyatakan dalam Ordinan Darurat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 melalui Warta Kerajaan Persekutuan yang dimuat naik dalam portal rasmi Jabatan Peguam Negara hari ini.
Ordinan itu turut menyatakan syarikat atau perbadanan yang melakukan kesalahan berkaitan SOP boleh didenda sehingga RM50,000.
Warta itu menyebut bahawa suatu Ordinan yang dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menurut Fasal (2B) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan bahawasanya disebabkan oleh suatu darurat besar sedang berlaku yang mengancam keselamatan, kehidupan ekonomi dan ketenteraman awam di dalam Persekutuan berikutan wabak penyakit berjangkit iaitu Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19), suatu Proklamasi Darurat telah dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan pada 11 Jan 2021.
Ia menyatakan yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa tindakan serta-merta adalah dikehendaki untuk meminda Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang dinamakan Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021.
Ordinan itu turut merangkumi pindaan terhadap penalti umum mengikut Seksyen 24 dan menyatakan mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah Akta itu, yang tiada penalti diperuntukkan dengan nyata, berdepan hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda RM100,000.
Ia juga menyebut bahawa orang yang diberi kuasa boleh mengarahkan pesakit COVID-19 atau kontak rapat untuk memakai peranti pengesanan seperti gelang tangan atau apa-apa peranti lain yang diberikan pegawai yang diberi kuasa.
"Mana-Mana orang yang memusnahkan, merosakkan, menghilangkan atau mengubah peranti pengesanan itu melakukan suatu kesalahan," menurut ordinan itu.
Selain itu, bagi syarikat yang melanggar SOP tersebut, wakilnya boleh didakwa di mahkamah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 25 2021
![Individu ingkar SOP COVID-19 berdepan denda RM10,000 mulai 11 Mac 2021 Individu ingkar SOP COVID-19 berdepan denda RM10,000 mulai 11 Mac 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/61613962722_pkp.jpg)
Individu yang melanggar peraturan atau prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi pencegahan dan kawalan pandemik COVID-19 berdepan hukuman denda maksimum RM10,000 mulai 11 Mac 2021. - Gambar fail
![Pekerja syarikat sewa kereta tidak mengaku potong tangan Pekerja syarikat sewa kereta tidak mengaku potong tangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738817735_TBPOTONGTANGAN.jpg)
Pekerja syarikat sewa kereta tidak mengaku potong tangan
Seorang pekerja syarikat kereta sewa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Khamis atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang lelaki sehingga putus tangan.
AWANI Ringkas: SPRM teliti dokumen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Op Sky: Tiga selebriti beri keterangan kepada SPRM Op Sky: Tiga selebriti beri keterangan kepada SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738489287_AzamBaki.jpg)
Op Sky: Tiga selebriti beri keterangan kepada SPRM
Azam berkata ketiga-tiga individu itu dipanggil pada 10 pagi ini untuk membantu siasatan SPRM dalam pelbagai aspek penyiasatan.
![Malaysia dijangka pengeksport penting durian segar ke China - BMI Malaysia dijangka pengeksport penting durian segar ke China - BMI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61725703233_durian.jpg)
Malaysia dijangka pengeksport penting durian segar ke China - BMI
Eksport durian segar Malaysia ke China berjumlah US$4 juta (US$1 = RM4.41) pada Ogos, September dan Oktober 2024.
![Jurutera dipercayai maut dalam nahas helikopter di Jalan Lama KL - Bentong Jurutera dipercayai maut dalam nahas helikopter di Jalan Lama KL - Bentong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738817714_TBHELICRASHjpg.jpg)
Jurutera dipercayai maut dalam nahas helikopter di Jalan Lama KL - Bentong
Seorang mangsa warga Indonesia disahkan meninggal dunia dalam insiden helikopter di Jalan Lama KL - Bentong di tempat kejadian akibat terkena bilah kipas.
![Pasukan petugas dibentuk perinci pelaksanaan Pusat Mediasi MADANI - BHEUU Pasukan petugas dibentuk perinci pelaksanaan Pusat Mediasi MADANI - BHEUU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738815555_BangunanPerdanaPut.jpg)
Pasukan petugas dibentuk perinci pelaksanaan Pusat Mediasi MADANI - BHEUU
Sebuah pasukan petugas ditubuhkan bagi memperincikan keperluan serta skop cadangan pelaksanaan Pusat Mediasi MADANI.
![SPRM sedang teliti dokumen dakwaan salah laku ahli lembaga DBKL SPRM sedang teliti dokumen dakwaan salah laku ahli lembaga DBKL](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733744939_tbAzamBaki.jpg)
SPRM sedang teliti dokumen dakwaan salah laku ahli lembaga DBKL
SPRM telah mendapat akses kepada dokumen yang diperoleh hasil siasatan dalaman dijalankan pihak DBKL, kata Ketua Pesuruhjayanya.
AWANI Pagi: Sambutan Hari Kastam Sedunia ke-43 tahun 2025
Diskusi 8.30 pagi Khamis bersama Almirulita Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) berhubung Sambutan Hari Kastam Sedunia yang akan berlangsung 10 Februari ini.
[TERKINI] Helikopter terhempas di Jalan KL-Bentong, korban jiwa direkodkan
Sebuah helikopter dilaporkan terhempas di Batu 8 Jalan Lama Kuala Lumpur, Bentong sebentar tadi.
![Pesara kerugian lebih RM220,000 diperdaya 'phone scam' Pesara kerugian lebih RM220,000 diperdaya 'phone scam'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738652386_TBGENERICMACAUSCAM.jpg)
Pesara kerugian lebih RM220,000 diperdaya 'phone scam'
Seorang pesara kerugian RM220,000 selepas terperdaya dengan 'phone scam' yang menyamar sebagai wakil Kementerian Kesihatan dan pegawai polis.
![Ops Ambang Tahun Baharu: 253 individu ditahan di P. Pinang atas pelbagai kesalahan Ops Ambang Tahun Baharu: 253 individu ditahan di P. Pinang atas pelbagai kesalahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81641028283_Opsambangtahunbar.jpg)
Ops Ambang Tahun Baharu: 253 individu ditahan di P. Pinang atas pelbagai kesalahan
Biarpun telah diberi amaran keras oleh polis agar tidak menganjurkan sambutan Tahun Baharu 2022, namun masih ada pihak yang berani mengingkari arahan tersebut.
![Pengunjung Pantai Bagan Lalang ingkar SOP mula dikompaun minggu depan Pengunjung Pantai Bagan Lalang ingkar SOP mula dikompaun minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/41632579268_BaganLalangBerkel.jpg)
Pengunjung Pantai Bagan Lalang ingkar SOP mula dikompaun minggu depan
Datuk Abd Hamid Hussain, berkata mereka yang ingkar akan dikompaun sehingga RM 2,000 bagi individu manakala RM 10,000 membabitkan syarikat atau perbadanan.
![Semua premis patuh SOP, ini tumpuan kenyataan media Hishammuddin Semua premis patuh SOP, ini tumpuan kenyataan media Hishammuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/81619686858_KPDNHEP.jpg)
Semua premis patuh SOP, ini tumpuan kenyataan media Hishammuddin
Datuk Seri Hishamuddin Hussein menjelaskan, semua premis didapati mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
![Empat pelajar tingkatan 4 antara 15 ditahan sertai parti liar - Polis Empat pelajar tingkatan 4 antara 15 ditahan sertai parti liar - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/61628327306_PARTILIAR.jpg)
Empat pelajar tingkatan 4 antara 15 ditahan sertai parti liar - Polis
Polis menahan 15 remaja termasuk empat pelajar tingkatan empat di Klang selepas disyaki terbabit dalam parti liar dalam serbuan di sebuah kondominum mewah di Seksyen 7, Shah Alam.
![5,000 sertai protes bantah 'lockdown' di Jerman, 600 ditahan 5,000 sertai protes bantah 'lockdown' di Jerman, 600 ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/51627914629_Demonstrators.jpg)
5,000 sertai protes bantah 'lockdown' di Jerman, 600 ditahan
Hampir 600 orang ditahan semasa tunjuk perasaan membantah vaksinasi dan sekatan pergerakan COVID-19 di Berlin, Jerman.
![Jamuan durian selebriti kosmetik tular, polis buka kertas siasatan Jamuan durian selebriti kosmetik tular, polis buka kertas siasatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/51627736066_AliffSyukriDurian.jpg)
Jamuan durian selebriti kosmetik tular, polis buka kertas siasatan
Polis membuka kertas siasatan terhadap seorang selebriti kosmetik berhubung siaran langsung jamuan durian bersama beberapa individu yang tular di media sosial, pada Jumaat.
![Ingkar SOP: Timb Speaker Dewan Rakyat akan dipanggil beri keterangan - Ketua Polis Johor Ingkar SOP: Timb Speaker Dewan Rakyat akan dipanggil beri keterangan - Ketua Polis Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-10/61540816687_MohdRashidHasnon.jpg)
Ingkar SOP: Timb Speaker Dewan Rakyat akan dipanggil beri keterangan - Ketua Polis Johor
Polis Johor akan rakam kenyataan Mohd Rashid selepas tular foto beliau dan keluarganya menikmati juadah raya di sebuah inap desa.
![Langgar SOP raikan Aidiladha, 25 warga Bangladesh didenda RM5,000 Langgar SOP raikan Aidiladha, 25 warga Bangladesh didenda RM5,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/71627034580_Bangladeshsambutr.jpg)
Langgar SOP raikan Aidiladha, 25 warga Bangladesh didenda RM5,000
Mereka yang berumur antara 23 hingga 41 tahun mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Melayu.
![Jemaah surau Taman Pelangi dakwa warga asing datang dari kawasan berhampiran Jemaah surau Taman Pelangi dakwa warga asing datang dari kawasan berhampiran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/51626908044_TBLanggarsop.jpg)
Jemaah surau Taman Pelangi dakwa warga asing datang dari kawasan berhampiran
Seorang penduduk berkata, dia sendiri tidak dibenarkan masuk ke surau kerana sampai lambat dan jumlah jemaah telah mencukupi.
![Lelaki dikompaun RM2,000 kerana ziarah kubur Lelaki dikompaun RM2,000 kerana ziarah kubur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/81626859820_ziarahikubur.jpg)
Lelaki dikompaun RM2,000 kerana ziarah kubur
Seorang lelaki dikenakan kompaun RM2,000 selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan menziarahi kubur sempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada Selasa.