KUALA LUMPUR:Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) hari ini memberi amaran keras kepada pemain dan pegawai yang terlibat dalam Liga Hoki Malaysia (MHL) 2021 agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) berasaskan kuarantin yang akan dilaksanakan.
Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan MHC Datuk Seri Anil Jeet Singh berkata, individu yang didapati melanggar gelembung MHL dengan keluar dari kawasan ditetapkan, akan disenarai hitam dan perlu meninggalkan gelembung itu serta-merta.
Anil Jeet berkata sepanjang liga itu yang masing-masing bermula pada 11 dan 15 Mac bagi liga lelaki dan wanita sebelum berakhir pada 4 April, kira-kira 600 pemain dan pegawai akan ditempatkan dalam gelembung MHL di sebuah hotel atau asrama yang akan ditentukan dalam masa terdekat.
"Pasukan petugas akan bertanggungjawab memantau pasukan serta pegawai. Sebaik sahaja mereka memasuki gelembung itu, mereka tidak akan dibenarkan keluar. Bukan mudah bagi kami hendak mendapatkan kebenaran dan melangsungkan liga di tengah-tengah penularan pandemik COVID-19 ini, justeru kami harap semua orang akan patuh pada peraturan. Kita tidak mahu ada masalah ketika liga berlangsung.
"Bagaimanapun, pengecualian akan diberikan sekiranya wujud situasi kecemasan seperti kematian atau isteri bersalin," katanya pada sidang media di pejabat konfederasi itu di Stadium Hoki Nasional di sini hari ini.
Anil Jeet berkata setiap anggota pasukan melepasi ujian polymerase chain reaction (PCR) tiga hari sebelum memasuki gelembung itu pada 10 Mac, sementara ujian Rapid Test Kit Antigen (RTK) akan dijalankan semasa liga berlangsung.
Beliau turut mengesahkan MHC akan menanggung semua kos untuk gelembung tersebut termasuk penginapan, makanan dan pengangkutan ke Stadium Hoki Nasional yang dianggar sekitar RM300,000.
"Setakat ini semua pasukan bersetuju dengan tarikh-tarikh berkenaan serta SOP. Kami berterima kasih kepada kerajaan kerana membenarkan liga ini diadakan dan Lembaga Eksekutif MHC akan menanggung kos tambahan," katanya.
MHL 2021 sebelum ini dijadualkan berlangsung dari 14 Jan hingga 20 Feb namun ditangguhkan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 yang berkuat kuasa dari 14 Jan hingga 18 Feb bagi mengekang penularan COVID-19.
Pasukan lelaki yang mengesahkan penyertaan mereka ialah juara bertahan Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Pasukan Hoki Terengganu (THT), Tenaga Nasional Berhad (TNB), TNB Thunderbolts, Maybank, Universiti Teknologi Mara, Nurinsafi Hockey Team dan Sabah.
Liga wanita pula disertai PKS UniTen, PDRM The Blue Warriors, Mutiara Impian, Sabah, Young Tigress dan UniKL Ladies.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 15 2021

Anil Jeet berkata sepanjang liga itu, kira-kira 600 pemain dan pegawai akan ditempatkan dalam gelembung MHL di sebuah hotel atau asrama yang akan ditentukan nanti. - Gambar fail
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.
[TERKINI] 23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

23 individu termasuk 7 anggota polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, malam tadi.
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.

Skuad hoki dalam dewan berdepan kumpulan maut di Piala Dunia
Skuad hoki dalam dewan lelaki berdepan tugas getir pada penampilan sulung Piala Dunia 2025 di Porec, Croatia, dari 3 hingga 9 Februari depan.

KHM akan lantik empat pembantu jurulatih untuk skuad remaja
Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) bakal melantik empat jurulatih tambahan bagi membantu ketua jurulatih skuad kebangsaan Sarjit Singh mengendalikan skuad remaja negara pada masa akan datang.

Hoki: Ketua jurulatih baharu Speedy Tigers akan dilantik secepat mungkin
Jawatan ketua jurulatih pasukan hoki kebangsaan akan diisi secepat mungkin dan dijangka sebelum bulan Ramadan.

'Habuan' menanti skuad hoki 5s lelaki negara - Subahan
Skuad hoki 5 sebelah (5s) lelaki negara bakal menerima habuan sewajarnya susulan kejayaan mara ke pentas final edisi sulung kejohanan Piala Dunia Hoki 5s 2024 berlangsung di Muscat, Oman.

Arul sedia terima sebarang keputusan KHM
Arul berkata beliau mempunyai perancangan tersendiri buat pasukan kebangsaan sekiranya KHM masih terus memberi peluang kepadanya.

MHC perlu RM12 juta untuk harungi musim 2024 - Subahan
Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) memerlukan sekurang-kurangnya RM12 juta bagi menampung perbelanjaan dan melicinkan pengurusan persatuan dalam mengharungi musim 2024.

Hoki: KHM kecewa pencapaian Young Tigers di JWC 2023
Presiden KHM Datuk Seri Subahan Kamal kecewa dengan prestasi ditunjukkan oleh skuad hoki remaja negara di Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki 2023.

Salur peruntukan cukup kepada ISN - Subahan
Ia bagi memastikan ISN dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada persatuan sukan kebangsaan tanpa memikirkan kekangan kewangan.

Subahan menang tanpa bertanding presiden KHM penggal ketiga berturut-turut
Datuk Seri Subahan Kamal hari ini secara rasmi mempertahankan jawatan nombor satu Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) bagi penggal 2023-2027.

Young Tigers perlu segera baiki kelemahan untuk saingan Piala Dunia Remaja
Skuad remaja kebangsaan perlu memperbaiki segera beberapa kelemahan sebelum menghadapi kejohanan Piala Dunia Remaja bulan depan.