Polis tidak pernah menganggap individu yang merakam dan menyebarkan viral insiden ular dicampak ke dalam kolam semasa perkhemahan unit beruniform Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di Kuala Kangsar sebagai suspek.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sebaliknya berkata individu berkenaan sebelum ini dicari kerana dia merupakan saksi utama kejadian dan diperlukan untuk membantu siasatan.
"Kita telah kenal pasti individu berkenaan dan mereka telah memberi kerjasama yang sangat baik kepada polis.
"Kami cari dia kerana dia adalah saksi utama, dialah orang pertama yang lihat apa berlaku, siapa yang baling ular ke dalam kolam dan latihan yang budak kecil (murid) jalani," katanya kepada pemberita selepas majlis meraikan veteran dan bekas polis Orang Asli bersempena Ulang Tahun 69 Komando ke-47, di sini hari ini.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai supaya tidak terus mempertikaikan terutama menerusi media sosial tujuan polis mencari individu berkenaan sebelum ini.
Khalid berkata setakat ini polis telah merakam sebanyak 21 percakapan bagi membantu siasatan mengenai insiden tersebut.
"Jika ada kesalahan kita akan jalankan siasatan dan serahkan kepada pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut," katanya.
Awal minggu ini, rakaman video berdurasi lebih dua minit menjadi viral di media sosial dan mendapat kritikan netizen apabila beberapa murid di dalam kolam berselut menangis dan menjerit setelah jurulatih APM mencampakkan ular ke dalamnya. -- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 23 2016

Polis tidak pernah menganggap individu yang merakam dan menyebarkan viral insiden ular dicampak ke dalam kolam di Kuala Kangsar sebagai suspek. -Gambar fail

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.

APM minta orang ramai patuh amaran bendera merah di Pantai Air Papan
Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi tanda amaran bendera merah di persisiran Pantai Air Papan di Mersing.

APM Besut tangkap ular sawa batik seberat 130kg
Seekor ular sawa batik seberat 130 kilogram ditangkap anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Besut di Kampung Batu 13, Hulu Besut, Jertih.

Orang ramai disaran salur bantuan banjir menerusi APM di Pahang
Badan bukan kerajaan, syarikat swasta dan orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di negeri Pahang diminta berbuat demikian menerusi APM bagi tujuan penyelarasan.

Banjir: Lebih 90 pelajar di Kuala Krai seberang sungai guna bot APM, polis
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membantu 95 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Keroh menyeberang Sungai Kuala Nal untuk pulang ke rumah masing-masing hari ini.

APM gerakkan 11,000 anggota hadapi Monsun Timur Laut
APM bersiap sedia dengan kekuatan 11,000 anggota di seluruh negara bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula bulan depan.

Strok haba: APM tidak kurangkan sesi latihan
Bagaimanapun, sesi latihan akan disesuaikan mengikut keadaan cuaca bagi mengurangkan risiko.

APM selamatkan kanak-kanak terperangkap dalam kereta di Bukit Bintang
Dalam kejadian itu, bapa kepada kanak-kanak berkenaan baru selesai menukar lampin pakai buang anaknya itu sebelum menutup pintu kereta.

Op Prihatin: 144 pegawai, anggota APM ronda seluruh Perak
Sebanyak 144 pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) digerakkan bagi melakukan rondaan di lokasi panas seluruh Perak menerusi Op Prihatin.

APM perlu tingkat ketahanan nasional demi kesejahteraan rakyat - TPM
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) perlu bergerak ke hadapan dalam meningkatkan ketahanan nasional demi keamanan dan kesejahteraan seluruh rakyat negara ini.

Cuaca panas: Penduduk Sik diminta waspada reptilia berbisa
Penduduk di daerah Sik diingatkan supaya sentiasa berwaspada dengan kehadiran reptilia berbisa di kawasan persekitaran rumah masing-masing susulan cuaca panas ketika ini.