MELAKA: Individu atau pihak yang tidak berpuas hati dengan pengurusan masjid dan surau termasuk mengesyaki berlaku penyelewengan dana institusi itu boleh menyalurkan aduan atau maklumat berkenaan kepada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) untuk tindakan lanjut.
Pengarah JAIM Datuk Che Sukri Che Mat berkata perkara itu boleh diselesaikan di peringkat JAIM kerana tindakan segera akan diambil mengikut undang-undang yang ditetapkan, tanpa perlu melalui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi medium surat layang.
"JAIM mengambil maklum SPRM menerima pelbagai aduan menerusi surat layang berhubung dakwaan kebanyakannya tidak puas hati dengan pengurusan masjid dan pengurusan menggunakan duit masjid sewenang-wenangnya tetapi di Melaka setakat ini tiada berlaku penyelewengan dana.
"JAIM sentiasa memantau pengurusan masjid di negeri ini dan kami ada pegawai integriti yang akan mengambil tindakan sekiranya mengesan berlaku unsur penyelewengan atau rasuah," katanya kepada pemberita selepas Program Komuniti Masjid Memerangi Rasuah di Surau Al-Mughni di Kampung Tersusun, Bukit Larang di sini hari ini.
Program berkenaan turut dihadiri Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM Datuk Razim Mohd Noor antara panel sesi dialog bertajuk 'Isu-Isu Ketirisan Dalam Pengurusan Dana Masjid dan Surau.
Che Sukri berkata selain itu, jawatankuasa masjid dan surau di negeri itu diminta tidak menyimpan dana atau sumbangan orang ramai yang diperoleh sebaliknya membelanjakan wang tersebut untuk tujuan pembangunan, pengurusan dan pengimarahan institusi tersebut.
Beliau berkata ini kerana pihaknya mengesan terdapat beberapa masjid yang tidak menggunakan dana yang diperoleh daripada orang ramai sebaliknya menyimpan wang tersebut di dalam akaun masjid sehingga ada antara simpanan tersebut mencecah ratusan ribu ringgit.
"JAIM telah membuat teguran kepada masjid tersebut supaya menggunakan tabung berkenaan untuk pengurusan masjid contohnya menambah baik keindahan masjid dan membaiki tandas yang bocor untuk keselesaan jemaah.
"Jangan simpan dana itu kerana ia disumbangkan orang ramai untuk dibelanjakan ke arah pengimarahan masjid," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 03 2022

Che Sukri berkata perkara itu boleh diselesaikan di peringkat JAIM kerana tindakan segera akan diambil mengikut undang-undang. - Gambar/ Bernama

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.

Individu tidak puas hati pengurusan masjid boleh salur maklumat kepada JAIM
Che Sukri Che Mat berkata perkara itu boleh diselesaikan di peringkat JAIM kerana tindakan segera akan diambil mengikut undang-undang yang ditetapkan.

Pengurusan masjid diminta tidak ambil tindakan sendiri - Idris
Ia sepatutnya diserahkan kepada pihak berkuasa walaupun perbuatan mencuri atas apa alasan sekalipun dilarang dalam Islam.