Kerajaan Indonesia memberi jaminan akan mempermudahkan permohonan visa sementara bagi pelajar Malaysia yang ingin melanjutkan pengajian di negara itu, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Menurutnya, jaminan itu diberikan sendiri oleh Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla ketika kunjungan hormatnya ke atas pemimpin Indonesia itu sempena lawatan kerja seharinya ke Indonesia pada Isnin.
"Isu permohonan visa sementara antaranya sistem tidak selaras dengan ada ejen yang menawarkan harga berbeza (kepada pelajar) dan Naib Presiden Indonesia mengambil maklum isu ini dan berjanji akan mempermudahkan (urusan tersebut)," katanya pada sidang media, di sini semalam.
Dr Wan Azizah berkata ketika ini terdapat lebih 4,000 pelajar Malaysia di Indonesia dengan kebanyakan mereka menuntut dalam bidang perubatan.
Mengenai pertemuannya dengan Presiden Joko Widodo, Dr Wan Azizah berkata pemimpin itu membangkitkan isu pendidikan bagi anak-anak pekerja Indonesia di Malaysia yang tidak berdaftar.
Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat berkata kerajaan Indonesia meminta agar kanak-kanak terbabit diberikan peluang mendapatkan pendidikan sekurang-kurangnya pada peringkat sekolah rendah.
"Kita akan lihat isu ini termasuk dari segi kurikulum supaya mereka mendapat pendidikan awal dan balik ke Indonesia untuk mendapatkan pendidikan menengah," katanya.
Dr Wan Azizah berkata pertemuan dua hala dengan kedua-dua pemimpin Indonesia itu turut menyentuh mengenai bantuan kepada mangsa gempa bumi dan tsunami di Sulawesi Tengah, termasuk dari segi kewangan, logistik dan barangan keperluan.
Katanya Dr Mahathir dijangka mengumumkan bantuan dana bagi program rehabilitasi dalam bidang pendidikan bagi mangsa bencana tersebut.
Menurut Dr Wan Azizah, setakat ini Malaysia menyumbang dana berjumlah RM1 juta kepada Indonesia, manakala Tabung Bencana Gempa Bumi dan Tsunami Sulawesi (TBGBTS) yang dilancarkan 4 Okt lepas berjaya mengutip sumbangan berjumlah RM75,000.
"Kerajaan Malaysia berharap sumbangan dihulurkan dapat membantu rakyat Indonesia yang terkesan. Kita juga menawarkan bantuan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), tetapi kita masih menunggu jika bantuan tersebut diperlukan kerajaan Indonesia," katanya.
Dr Wan Azizah berkata beliau dan Jokowi turut bertukar-tukar pandangan mengenai usaha membanteras gerakan ekstrimisme melalui pertukaran maklumat antara pihak berkuasa kedua-dua negara.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 09 2018

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (dua, kiri) ketika sidang media di Pejabat Naib Presiden Indonesia hari ini. Turut sama, Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla (kiri). - Foto BERNAMA

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

Pengantin perempuan ditampar mentua ketika salam minta restu
HARI bahagia seorang wanita ini bertukar duka setelah dia ditampar oleh ibu mentuanya pada hari pernikahan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.

Bagaimana ASEAN boleh mengurangkan kebergantungan kepada dolar AS?
Penyelarasan transaksi rentas sempadana bukan sahaja mengurangkan kebergantungan ASEAN kepada Dolar AS, malah dapat tingkatkan perdagangan serantau, memperkukuh kestabilan ekonomi, dan menjadikan ASEA

Tindakan segera diperlukan di Indonesia, pastikan ruang digital selamat untuk kanak-kanak
Kandungan yang merangkumi keganasan fizikal dan lisan, unsur seksual, maklumat yang mengelirukan dan ucapan kebencian adalah berbahaya.

Lapan maut, empat kritikal selepas minum alkohol tulen di Indonesia
Lapan orang maut manakala empat lagi kritikal selepas meminum alkohol tulen dengan kepekatan 96 peratus di Cianjur, Jawa Barat.

Indonesia rancang had umur untuk platform digital, lindungi kanak-kanak
Indonesia sedang merangka peraturan baharu bagi melindungi kanak-kanak daripada risiko dalam talian, termasuk menetapkan had umur pada platform digital.

Pempengaruh media sosial diingatkan tidak keterlaluan hasilkan kandungan - Fahmi
Pempengaruh media sosial diingatkan untuk berpada-pada dan tidak keterlaluan dalam menghasilkan kandungan semata-mata bagi mendapatkan tontonan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Gempa bumi sederhana landa Kepulauan Talaud, Indonesia
Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter melanda Kepulauan Talaud, Indonesia pada 9.16 malam tadi.

Indonesia tolak sebarang cubaan pindahkan penduduk Palestin secara paksa
Kementerian itu menegaskan, tindakan sedemikian menghalang realisasi penubuhan Negara Palestin yang bebas dan berdaulat seperti diimpikan.

Pembangunan IKN dipantau elak pembaziran kos, perlu fokus banyak projek lain - Menteri
Agus Harimurti Yudhoyono berkata, semua kementerian sedang membuat penyesuaian untuk mengelakkan pembaziran kos.