JAKARTA: Indonesia mengutuk sekeras-kerasnya serangan bakar jahat yang dilakukan pelampau Israel dari wilayah diduduki ke atas ibu pejabat Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) di Baitulmuqaddis Timur.
Kementerian Luar berkata insiden ini tidak dapat diterima kerana ia menjejaskan ibu pejabat sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang beroperasi dalam sektor kemanusiaan, mewujudkan satu duluan yang amat negatif untuk keselamatan bangunan, petugas dan lain-lain misi kemanusiaan PBB.
"Tindakan ganas ini berlaku di hadapan mata polis Israel dalam kawasan yang diduduki. Sikap tidak peduli ini tidak boleh diterima dan membuktikan Israel bertanggungjawab ke atas perbuatan keganasan ini," kata kementerian itu.
Menurutnya lagi, insiden ini menambah lagi senarai panjang keganasan, pendudukan haram dan pelbagai pelanggaran undang-undang antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa oleh Israel.
"Majlis Keselamatan PBB perlu segera membuatkan Israel bertanggungjawab terhadap jenayah dan pelanggaran undang-undang antarabangsa yang terus dilakukannya.
Tiba masanya Majlis Keselamatan terutamanya mereka yang memegang kuasa veto untuk menunjukkan kepimpinan dan kebijaksanaan untuk keadilan, kemanusiaan dan keamanan," kata kementerian itu pada Jumaat.
Ibu pejabat UNRWA di Baitulmuqaddis Timur ditutup sementara selepas serangan bakar jahat pada Khamis di tengah bantahan yang berminggu-minggu.
Dalam satu hantaran di media sosial, Ketua Pesuruhjaya Philippe Lazzarini berkata penduduk Israel menghidupkan api untuk membakar sebanyak dua kali pada perimeter pada petang Khamis.
Petugas UNRWA yang berada di lokasi insiden memadamkan api sendiri kerana bantuan daripada pihak berkuasa Israel yang lewat.
Ini merupakan insiden kegansan kedua dalam seminggu berikutan bantahan sama pada Selasa.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 11 2024

Kesan bakar khianat dilihat pada kawasan ibu pejabat Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) di Baitulmuqaddis Timur. - X @UNLazzarini
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Indonesia kecam serangan bakar jahat ke atas ibu pejabat UNRWA
Insiden itu tidak dapat diterima kerana ia menjejaskan ibu pejabat sebuah agensi PBB yang beroperasi dalam sektor kemanusiaan.