Kerajaan negeri dicadangkan supaya mengadakan satu senarai industri berisiko dan tidak boleh berada di kawasan muka sauk (tempat mengambil air) supaya menjadi rujukan kepada semua agensi bagi mengelak pencemaran di kawasan sumber air.
Pakar kualiti air, Dr Zaki Zainudin berkata kerajaan negeri yang bertanggungjawab terhadap pengurusan air perlu mewujudkan senarai tersebut supaya ia boleh dijadikan sebagai satu perintah untuk agensi-agensi negeri dan persekutuan.
"Objektif utama senarai itu adalah supaya tiada industri baharu (berisiko) yang masuk (bertapak di kawasan muka sauk).
"Keduanya, bagi industri sedia ada, mereka pasti akan meminta untuk mengembangkan, tetapi jika jatuh ke senarai itu mereka tidak akan dibenarkan untuk membesar (mengembangkan aktiviti)," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu program Ruang Bicara bertajuk 'Pencemaran Air: Urus dan Bangunkan Teknologi' terbitan Bernama TV di sini malam tadi.
Beliau turut menjelaskan kerajaan negeri sepatutnya merancang supaya membuat zon kawasan industri berkenaan di kawasan hilir dan berisiko rendah.
Sementara itu, Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) S. Piarapakaran berkata pihaknya telah mengutuskan surat kepada kerajaan dengan memberi dua cadangan bagi mengelakkan pencemaran air berulang.
"Satu, kita minta tambah seksyen (dalam undang-undang berkaitan pencemaran) supaya ganti rugi kita boleh tuntut dengan senang. Kalau pengguna, industri komersial dan sebagainya, apabila nak tuntut ganti rugi, kalau melalui proses undang-undang biasa, susah nak buktikan (di mahkamah) sebab kena buat (siasatan) secara individu.
"Keduanya, proses siasatan, mungkin yang buat salah seorang tetapi di belakangnya mungkin ada dalang lebih besar. Sebab itu mungkin kita lihat sekarang kerajaan tubuhkan satu unit khas untuk siasatan dengan kerjasama pihak tentera dan polis yang boleh membantu memperkasakan lagi siasatan alam sekitar," katanya.
Penduduk di Lembah Klang berdepan masalah gangguan bekalan air bermula sejak Khamis lalu apabila Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang dihenti tugas akibat pencemaran sumber air mentah, namun kini kian pulih.
Semalam, Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kementeriannya akan menubuhkan Unit Jenayah Alam Sekitar dalam masa terdekat bagi menangani isu pencemaran.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 08 2020
Keadaan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor I, Bestari Jaya yang dihentikan operasi berikutan pencemaran bau baru-baru ini. -Gambar fail/ Bernama
Tiga pekerja restoran pengsan terhidu gas bocor
Tiga pekerja sebuah restoran dikejarkan ke hospital selepas pengsan terhidu gas bocor di premis berkenaan di sini hari ini.
"Tertanya-tanya, perlu faham kenapa Malaysia ranking ke-132 dunia" - Friend
CEO Harimau Malaya, Rob Friend, sedia membantu dan berkongsi falsafah serta ilmu pengetahuannya supaya dapat mengangkat bola sepak negara ke persada tertinggi dunia.
AWANI Ringkas: Hubungan perdagangan Malaysia-UK
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.
Peniaga mengeluh kedai tidak dikunjungi kerana hakisan
Empat sekeluarga berdepan detik ngeri selepas syurga tempat mereka berteduh dari hujan dan panas lebih 30 tahun tewas dipukul ombak besar.
Hos AI Google NotebookLM diajar untuk tidak benci manusia
Google perlu melatih hos AI dengan "friendliness tuning" yang sesuai untuk menjadi lebih mesra seakan kawan.
Pantau Belanjawan: Sistem penjagaan kesihatan: Pesakit semakin 'sakit'
Peningkatan kos penjagaan kesihatan Malaysia yang lebih tinggi daripada purata dunia memerlukan tindakan segera. Dalam segmen ini, kita akan berbincang mengenai bagaimana kerjasama antara kerajaan, sektor swasta, dan masyarakat boleh memastikan sistem kesihatan yang adil dan berdaya saing bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Angsana Health, Dr Khor Swee Kheng.
Pelakon Bollywood Saif Ali Khan cedera ditikam penceroboh di kediamannya
Dia mengalami luka tikaman yang serius, termasuk satu yang hampir mengenai tulang belakangnya.
Penglihatan murid: Kaca mata percuma bantu ketajaman penglihatan pelajar
Bagi menangani masalah tersebut, KKM bekerjasama bersama badan terlibat untuk melaksanakan projek rintis pengesahan masalah ketajaman penglihatan dan pemberian kaca mata percuma.
Ribut petir, hujan lebat di 4 negeri hingga tengah hari
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari Khamis.
Empat projek baik pulih di Pasar Siti Khadijah siap Disember lepas - Nik Nazmi
Empat projek baik pulih di Pasar Siti Khadijah dengan kos RM200,000 telah disiapkan pada 9 Dis lepas, kata Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kelantan Nik Nazmi Nik Ahmad.
AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Ini membolehkan agenda nasional seperti Pelan Hala Tuju Transformasi Air dilaksanakan dengan lebih mudah dan bersepadu.
Israel sengaja potong bekalan air untuk hapuskan warga Palestin - HRW
Israel sedang melaksanakan pembasmian dan genosid dalam serangannya ke atas Gaza, khususnya dengan menyekat akses penduduk di sana kepada air.
Kerajaan Persekutuan fokus tingkat pelaksanaan projek pembangunan di Sabah tahun depan - Fadillah
Kerajaan Persekutuan akan memberi fokus kepada meningkatkan pelaksanaan projek pembangunan di Sabah tahun depan.
Jangan bagi alasan sudah biasa, penyakit bawaan air boleh bawa maut - Pakar
Kekerapan dilanda banjir membuatkan tahap kewaspadaan terhadap penyakit bawaan air semakin berkurangan.
KDNK Sarawak diunjur lebih 5.0 peratus pada 2025 - Abang Johari
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Sarawak yang dipacu oleh pelaburan strategik dalam infrastruktur dan teknologi hijau diunjurkan melepasi 5.0 peratus pada 2025.
Pembangunan Malaysia perlu rangka pendekatan menyeluruh, mengikut konteks - Pakar ekonomi
Pakar ekonomi menyarankan keperluan untuk Malaysia menilai semula pendekatan pembangunan agar lebih menyeluruh dan mengikut konteks.
Selangor kenal pasti kawasan baharu bangunkan litar lumba - Exco
Kerajaan Negeri Selangor sedang mengenal pasti kawasan baharu bagi pembangunan kompleks litar lumba, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu hari ini.
Projek TAPS dijangka siap Mei 2025
Projek pembinaan Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) Jernih Melaka bernilai RM234 juta yang mengalami kelewatan akibat masalah teknikal dijangka siap pada Mei 2025.
Protokol kawalan cuaca langkah awal hadapi musim kemarau - PBAPP
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) melaksanakan protokol kawalan cuaca kering sebagai persediaan kemungkinan bermulanya musim kemarau awal tahun hadapan.