Industri pengeluaran madu lebah kelulut di Sarawak berpotensi besar untuk dimajukan berikutan negeri ini masih lagi kaya dengan khazanah alamnya.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kawasan hutan tropika Sarawak banyak didiami spesies lebah kelulut terbaik yang tidak lagi terdapat di negara-negara hutan tropika lain di dunia.
"Lebah kelulut itu boleh menghasilkan madu yang mempunyai dua hingga empat kali ganda nilai anti oksidan yang baik untuk tubuh badan manusia," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran ladang ternakan lebah kelulut milik RH Bee Farms Sdn Bhd milik Kumpulan Rimbunan Hijau di Nanga Dap dekat sini.
Turut hadir ialah Pengerusi Kumpulan Rimbunan Hijau Tan Sri Tiong Hiew King.
Ahmad Shabery berkata, RH Bee Farms Sdn Bhd kini mempunyai lebih 4,000 koloni ternakan lebah kelulut.
Ternakan lebah kelulut di seluruh negara pada masa ini katanya, sudah mencecah 50,000 hingga 60,000 koloni.
"Selain itu banyak lagi kawasan di Sarawak yang boleh dimajukan bagi industri ternakan lebah kelulut kerana negeri ini mempunyai kekayaan alam semulajadinya yang boleh dimanfaatkan sepenuhnya bagi industri ini," katanya.
Sarang ternakan
Beliau berkata, sumber-sumber kayu untuk membuat sarang-sarang ternakan lebah kelulut di negeri ini masih lagi banyak dan harganya pula jauh lebih murah berbanding di Semenanjung.
Menurutnya, harga kayu untuk dijadikan sarang ternakan lebah kelulut di Sarawak adalah antara RM100 hingga RM200 sebatang berbanding RM1,000 sebatang di Semenanjung.
Sementara itu beliau berkata, kementeriannya akan bekerjasama dengan Kumupulan Rimbunan Hijau dan pengusaha-pengusaha industri ternakan lebah kelulut untuk mempromosikan penggunaan madu lebah kelulut dalam kalangan rakyat Malaysia.
Antara aktiviti promosi yang akan diadakan ialah Kelulut Walk 2016 yang akan melibatkan duta penggunaan dan pengamal tegar madu lebah kelulut iaitu Pok Sabri Ali dari Terengganu.
Ahmad Shabery berkata, Pok Sabri akan melakukan misi berjalan kaki secara solo ke seluruh negara termasuk Sarawak yang melibatkan jarak 2,000 kilometer dengan tempoh perjalanan selama 50 hari.
"Misi ini akan dicatatkan dalam Malaysia Book Of Records bagi tahun ini. Kita harap Pok Sabri akan dapat menamatkan misi ini dengan jayanya," katanya.
Beliau berkata, misi itu juga bersempena dengan Pameran Pertanian, Hortikultur dan AgroPelancongan Antarabangsa (MAHA) 2016 yang akan bermula pada 8 Oktober dan berakhir pada 26 November di tapak Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).
Bernama
Sat Apr 16 2016

Shabery Cheek (kiri) dan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Sallehhuddin Hassan (kanan) menyedut madu kelulut segar sempena pelancaran rasmi ladang lebah kelulut milik RH Bee Farms Sdn Bhd. - Foto Bernama

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

WWF puji Sarawak lulus rang undang-undang pelepasan karbon
Rang undang-undang itu adalah yang pertama seumpamanya dalam pelepasan dan pengurangan karbon di Malaysia dengan strategi dan hala tuju yang lengkap.

Industri madu kelulut berpotensi besar dimajukan di Sarawak - Shabery
Kawasan hutan tropika Sarawak banyak didiami spesies lebah kelulut terbaik yang tidak lagi terdapat di negara-negara hutan tropika lain di dunia.