Industri media di negara ini dilihat 'tidak akan mati' sekiranya agensi tersebut mengubah cara berbelanja dalam menentukan kandungan mereka bagi mendepani era digital.
Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong berkata ini kerana masih wujud golongan masyarakat yang sanggup berbelanja untuk mendapatkan berita sahih daripada media arus perdana yang mana peluang tersebut harus dimanfaat sebaik-baiknya oleh organisasi tersebut.
"Dengan kewujudan berita-berita palsu masa kini, (sebenarnya) masih ada pembaca yang setia untuk membayar (melanggan berita daripada media arus perdana) demi mendapatkan berita sahih.
"Disebabkan itu, cara berbelanja untuk menentukan kandungan industri ini perlu diubah kerana saya melihat syarikat-syarikat media mampu terus kekal sama ada dalam bentuk media cetak ataupun atas talian," katanya semasa menjadi panelis pada forum bertajuk 'Kelangsungan Media Cetak: Mengapa Dilayar Jika Boleh Dicetak' anjuran Persatuan Alumni Komunikasi Massa Universiti Teknologi MARA (UiTM) di sini, pada Khamis.
Turut menjadi panelis pada forum berkenaan ialah Penasihat Komunikasi dan Media kepada Perdana Menteri, Datuk Abdul Kadir Jasin; Penasihat kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Khalid Jaafar dan Ketua Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan dengan moderator, juruperunding pemasaran, Prof Abdul Hamid Mohamed.
Tambah Liew, dengan perubahan zaman masa kini khususnya revolusi masyarakat Melayu yang bukan lagi 'orang kampung', beliau menyifatkan setakat ini, tiada agensi media mampu memenuhi 'keperluan' pembacaan mengenai isu semasa golongan berkenaan.
"(Sebelum ini) Kita ingat orang Melayu adalah orang kampung tapi sebenarnya ada orang Melayu yang 'English educated' dan membaca akhbar berbahasa Inggeris. (Namun kini) Kita ada orang Melayu yang bukan orang kampung dan bukan 'English educated'.
"Saya yakin, dalam hal ini, tiada agensi media yang mampu memenuhi pembacaan golongan tersebut. Ini yang perlu kita lihat semula," katanya.
Dalam pada itu, Shahril Sufian pula berpendapat, dunia media cetak masa kini mengalami perubahan dan semua pihak harus menerima realiti bahawa tiada mana-mana agensi berkaitan mampu meraih pendapatan tanpa jualan kandungan digital.
Mengambil contoh beberapa akhbar luar negara, beliau menyatakan yang mereka juga sedang mengadaptasi perubahan ke era digital dengan mengenakan bayaran ke atas kandungan dalam talian demi menampung pendapatan apabila cetakan akhbarnya tidak mendatangkan keuntungan.
Katanya, bagi memacu perkembangan media cetak di negara ini supaya selari dengan perkembangan era digital, agensi media seharusnya dilihat sebagai 'bebas' dan mewakili suara pembaca, bukan untuk mempromosi agenda tertentu.
"Pada masa kini, kelangsungan media cetak selaku satu entiti perniagaan sukar diteruskan apabila bercakap soal pemilikan. Bila ada pemilikan, sudah tentu ada berkaitan kebebasan di pihak editorial.
"Jika kandungan editorial dilihat tidak mewakili suara rakyat sebenar dan sangat jelas mempromosi sesuatu agenda, maka sudah tentu perkara itu akan menyebabkan orang tidak lagi mahu membaca, sama ada digital mahupun cetakan.
"Disebabkan itu, kandungan anda (agensi media) perlu dilihat bebas dan mewakili suara pembaca. Selain itu, perlulah terima realiti yang walaupun kandungannya bagus, kena juga ada langganan digital," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 17 2019

Cara menentukan kandungan perlu diubah demi memastikan fungsi media terus kekal. - Gambar hiasan

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Harta intelek: Malaysia sertai pangkalan data WIPO Alert - Armizan
Malaysia hari ini menyertai platform perkongsian data WIPO Alert ke arah memperkasakan penguatkuasaan harta intelek negara dalam era digital.

Industri akhbar kekal relevan dalam era digital - Ketua Pengarang
Berdasarkan penyelidikan global dan penemuan umum, akhbar kekal menjadi rujukan kepada fakta, menjamin kebenaran dan ketepatan.

Penggunaan Internet dalam kalangan remaja membimbangkan - MCPF
Kajian SKMM pada tahun lepas menunjukkan golongan belia terjebak dengan permasalahan era digital yang dikenali sebagai 'digital drug'.

Industri media 'tidak akan mati' jika ubah kandungan bagi depani era digital
Masih wujud golongan masyarakat yang sanggup berbelanja untuk mendapatkan berita sahih daripada media arus perdana.

'Wa', 'Lu', 'kencing', 'Bro' dan tersalah emoticon: Cabaran kesantunan dalam media sosial
Bahasa berlapis atau berlapik adalah untuk menjaga perasaan orang yang dilawan bicaranya dan menghormati peribadi orang lain.

Akhbar Tamil Nesan akan ditutup pada 1 Februari
Pengarah Urusan Tamil Nesan Datuk Seri S Velpaari mengesahkan akhbar itu yang mula beroperasi pada tahun 1924 akan ditutup.

#mydigitalmaker Fair 2018: Didik gaya hidup lestari
Kementerian Pendidikan Malaysia bersama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) tampil menganjurkan #mydigitalmaker Fair 2018.

Google tawar kemajuan digital untuk wartawan Malaysia
Wartawan di Malaysia dan pengamal media dialu-alukan untuk menyertai bengkel latihan di bawah Inisiatif Berita Google.

Penggunaan kad debit di sekolah akan diperluas - Mahdzir
Kementerian akan melaksanakan aplikasi digital itu mengikut kemampuan sekolah terutamanya sekolah di luar bandar.

Rakyat Sarawak diseru sokong usaha transformasi ekonomi negeri
Rakyat Sarawak diseru menyokong usaha kerajaan untuk melakukan transformasi ke atas ekonomi negeri bagi memastikan impian untuk menjadi negeri paling maju di Malaysia menjelang 2030 berjaya dicapai.