KUALA LUMPUR: Industri pengurusan kekayaan Islam bersedia untuk terus berkembang sebagai tindak balas kepada perubahan dalam keperluan pasaran dan trend baru muncul, kata Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Datuk Seri Awang Adek Hussin.
Beliau berkata dalam hal itu industri mesti menerima inovasi sambil mematuhi piawaian tertinggi tadbir urus korporat dan profesionalisme berpandukan nilai-nilai Islam untuk kekal berdaya saing dan relevan dalam persekitaran hari ini.
"Pengamal pengurusan kekayaan Islam boleh memanfaatkan kuasa teknologi untuk mengoptimumkan perkhidmatan mereka.
"Dengan menerima penyelesaian digital, pengamal boleh kekal di hadapan dan menawarkan nilai yang lebih tinggi kepada pelanggan-pelanggan mereka," katanya dalam ucaptama pada persidangan Majlis Perancangan Kewangan Malaysia (MFPC) ke-11 mengenai pengurusan kekayaan dan perancangan kewangan syariah, di sini hari ini.
Awang Adek turut menekankan bahawa aplikasi mudah alih dan portal dalam talian, yang dibangunkan oleh firma-firma teknologi kewangan, boleh menyediakan pelanggan akses yang komprehensif kepada portfolio pelaburan sebenar, tinjauan pasaran dalam masa nyata dan nasihat kewangan yang diperibadikan.
Beliau juga menyatakan bahawa SC telah menerajui usaha untuk mengukuhkan rangka kerja kawal selia dan memudahkan inovasi bagi menggalakkan pertumbuhan pengurusan kekayaan Islam di Malaysia.
Ini termasuklah Pelan Tindakan Pengurusan Kekayaan Islam yang diperkenalkan pada 2017, yang menggariskan tiga teras strategik: mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab global untuk kewangan Islam, menjadikan negara sebagai pusat serantau untuk pelaburan mampan dan bertanggungjawab (SRI) patuh syariah dan membangunkannya sebagai penyedia perkhidmatan pengurusan kekayaan Islam antarabangsa.
"Sebagai hasilnya, pelan tindakan ini telah membawa kepada pengenalan rangka kerja dan usaha-usaha kawal selia untuk menyokong inovasi dan mengukuhkan lagi infrastruktur pasaran untuk pengurusan kekayaan Islam.
"Ini termasuk semakan rangka kerja dan garis panduan utama seperti rangka kerja sukuk SRI pada 2019, garis panduan penasihat syariah pada 2020 dan garis panduan pengurusan dana Islam," tambahnya.
Beliau berkata usaha itu telah meluaskan skop dan kecanggihan produk-produk dan perkhidmatan pelaburan patuh syariah yang terdapat di pasaran dengan ketara.
"Selain itu, dalam usaha kami untuk mempromosikan proposisi nilai yang lebih selaras dengan prinsip Maqasid al-Syariah, SC memperkenalkan rangka kerja dana bercirikan wakaf pada 2020.
"Di bawah rangka kerja itu, pulangan daripada pelaburan boleh disalurkan semula kepada kebajikan dalam bentuk wakaf tunai di pelbagai sektor tumpuan termasuk kesihatan, pemerkasaan masyarakat dan pendidikan," katanya.
Pada 2022, rangka kerja itu diperluaskan lagi untuk merangkumi Amanah Pelaburan Hartanah (REIT) Islam dan Dana Dagangan Bursa (ETF) Islam.
Awang Adek turut menekankan bahawa sektor pengurusan dana indeks menyaksikan pertumbuhan yang membanggakan dalam aset di bawah pengurusan (AUM) Islam, yang meningkat kepada RM226 bilion pada 2023, membentuk 22.7 peratus daripada jumlah AUM industri.
"Bilangan syarikat pengurusan dana yang mengendalikan dana patuh syariah meningkat kepada 59 pada 2023 daripada 53 pada 2018, disokong oleh ekosistem yang bercirikan pengantaraan yang kukuh dan penawaran produk inovatif," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 16 2024

Awang Adek menyampaikan ucaptama pada persidangan Majlis Perancangan Kewangan Malaysia (MFPC) ke-11 mengenai pengurusan kekayaan dan perancangan kewangan syariah hari ini. - Foto Bernama
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Industri pengurusan kekayaan Islam sedia berkembang dengan perubahan trend pasaran - SC
Industri pengurusan kekayaan Islam bersedia untuk terus berkembang sebagai tindak balas kepada perubahan dalam pasaran dan trend baru muncul.