PETALING JAYA: Industri perbankan melancarkan Kempen Kesedaran Penipuan Kebangsaan (NSAC) bersempena dengan pameran Bulan Literasi Kewangan 2022 (FLM2022) sebagai kesinambungan usaha industri untuk memerangi dan mendidik pengguna berkaitan penipuan.
Kempen itu yang disokong oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dilancarkan secara bersama oleh Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM), Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) dan Persatuan Institusi-Institusi Pembangunan Kewangan Malaysia (ADFIM).
Timbalan Gabenor BNM Datuk Marzunisham Omar berkata semasa kempen berlangsung orang ramai akan dapat melihat lebih banyak iklan kesedaran, mesej dan bantu ingat di saluran bank sendiri masing-masing serta media sosial dan arus perdana.
"Saya difahamkan juga akan ada program capaian komuniti untuk mendidik orang ramai," katanya pada majlis pelancaran NSAC di IPC Shopping Centre, di sini, hari ini.
Marzunisham berkata keutamaan BNM ialah memastikan saluran perbankan dan pembayaran kekal selamat dan terkawal.
"Nasihat keselamatan baharu dan langkah keselamatan tambahan yang perlu diambil oleh bank akan dikeluarkan dari semasa ke semasa memandangkan taktik yang digunakan penjenayah sentiasa berubah-ubah," katanya.
Mengenai lima langkah diumumkan BNM pada 26 September lalu untuk mengukuhkan lagi kawalan dan perlindungan bank terhadap penipuan kewangan, beliau berkata, bank-bank memberikan komitmen jitu mereka dan membuat kemajuan dalam melaksanakan langkah-langkah tersebut.
"Sebagai contoh, bank mempercepatkan peralihan daripada penggunaan kata laluan sekali saja (OTP) yang berasaskan SMS kepada bentuk pengesahan yang lebih selamat semasa melakukan transaksi dalam talian seperti melalui aplikasi perbankan mudah alih perbankan dan token perkakasan," katanya.
Marzunisham juga menasihati orang ramai agar lebih kerap menyemak laman Amaran Scam Facebook oleh BNM, serta Cyber Crime Alert dan Semak Mule oleh Polis Diraja Malaysia, bagi maklumat terkini.
Sebagai sebahagian daripada NSAC yang dilancarkan hari ini, industri perbankan telah mencipta logo untuk membantu orang ramai mengingat tiga langkah mudah - juga dikenali sebagai peraturan tiga saat - iaitu "Stop, Think and Block" (Awas, Fikir, Blok) apabila menerima panggilan, mesej atau -e-mel daripada pihak yang tidak dikenali.
Menggunakan cogan kata "Ingat 3 Saat OK" dan tanda pagar #JanganKenaScam, industri perbankan menggesa orang ramai untuk mengingati peraturan tiga saat itu agar kekal selamat dan tidak menjadi mangsa penipuan.
Kempen NSAC itu yang akan dimulakan pada November, merupakan kesinambungan usaha industri perbankan untuk memerangi penipuan serta mendidik pengguna mengenai penipuan sambil berkongsi petua mudah untuk kekal selamat dalam talian.
Kempen tersebut juga melengkapkan lima langkah pencegahan tambahan yang diumumkan oleh BNM itu.
Turut hadir pada majlis pelancaran itu ialah Pengerusi ABM Datuk Khairussaleh Ramli, Presiden AIBIM Mohd Muazzam Mohamed dan Naib Pengerusi ADFIM Jay Khairil Jeremy Abdullah.
Senarai nombor bank anggota ABM untuk dihubungi bagi melaporkan penipuan boleh diperoleh daripada laman web ABM di https://www.abm.org.my/directory.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 30 2022

Orang ramai akan dapat melihat lebih banyak iklan kesedaran dan mesej peringatan di saluran bank sendiri serta media sosial dan arus perdana. - Gambar hiasan

Bunyi letupan, gegaran di Bagan Ajam hanya latihan TUDM - Polis
Polis mengesahkan bahawa bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam pagi tadi disebabkan oleh latihan ketenteraan yang dijalankan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Penutupan separa kecemasan, Tuaran dan Kota Kinabalu alami gangguan air Selasa ini
Sebahagian pengguna di Kota Kinabalu dan Tuaran dinasihatkan bersiap sedia menghadapi kemungkinan gangguan bekalan air berikutan penutupan separa kecemasan akan dilakukan Selasa ini (25 Feb).

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Sibu rekod kerugian lebih RM20 juta akibat jenayah komersial
Ibu Pejabat Daerah (IPD) Daerah Sibu merekodkan jumlah kerugian wang tunai akibat jenayah komersial mencecah RM20,143,509.90 sepanjang tahun lepas.

10,000 haiwan peliharaan ditinggalkan setiap tahun di Croatia
Lebih 10,000 haiwan peliharaan ditinggalkan di Croatia setiap tahun, terutamanya apabila pemiliknya pergi bercuti, walaupun kempen kesedaran telah dijalankan oleh NGO Friends of Animals sejak 2002, la

Meta, MCMC jalin kerjasama laksana Kempen Kesedaran Amalan Keselamatan Dalam Talian
Kerjasama itu termasuk Kempen Keselamatan Dalam Talian untuk Kanak-Kanak dan Keluarga yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Laos, ASEAN bekerjasama pupuk kesedaran penggunaan plastik
Inisiatif itu merupakan sebahagian daripada aktiviti dalam bidang kuasa Jawatankuasa Kebudayaan dan Maklumat ASEAN (ASEAN-COCI).

Belanjawan 2024: Perhebat Skim Perubatan Madani, pencegahan NCD - Persatuan
Persatuan berkaitan penjagaan kesihatan berharap kerajaan memperuntukkan lebih banyak dana untuk mengembangkan lagi Skim Perubatan Madani serta meningkatkan pencegahan NCD di bawah Belanjawan 2024.

KKM mahu bentang RUU berkaitan kawalan merokok dengan segera
Kerajaan akan mempergiatkan kempen advokasi kesedaran bahaya merokok termasuk penggunaan rokok elektronik atau vape.

Industri perbankan lancar Kempen Kesedaran Penipuan Kebangsaan
Orang ramai akan dapat melihat lebih banyak iklan kesedaran dan mesej peringatan di saluran bank sendiri serta media sosial dan arus perdana.

Thailand lancar kempen hentikan permintaan terhadap produk gading
Ia usaha menamatkan permintaan terhadap produk gading gajah dan menghalang pengguna membeli produk berkenaan pada masa hadapan.

Hilang habitat, kurang sumber makanan antara faktor konflik manusia-buaya di Sabah
Lebih banyak kesedaran diperlukan di kawasan berpopulasi buaya yang tinggi dengan penganjuran bengkel bersama masyarakat tempatan.

Tomok, Wany Hasrita antara artis yang dilantik sebagai Duta Anti-Scam JSJK
Kesemua figura dipilih kerana mempunyai pengikut yang ramai bagi memudahkan usaha tersebut sampai kepada kumpulan sasaran.