INDUSTRI perfileman di Indonesia disifatkan lebih ke hadapan, bebas dan berkembang berbanding di Malaysia sehingga mampu melahirkan filem dan drama berkualiti.
Pelakon Malaysia yang mencipta nama di Indonesia, Chew Kin Wah berkata, pemikiran dan penerimaan rakyat Indonesia terhadap industri itu lebih terbuka berbanding di negara ini.
Menurutnya, ia juga membuka peluang kepada pelakon berbangsa Tiong Hua sepertinya melebarkan sayap dan mencipta nama di negara jiran itu.
"Di Malaysia ada kerja, tetapi tidak banyak watak untuk pelakon senior berbangsa Tiong Hua dan juga skripnya kebanyakan untuk pelakon Melayu dan muda.
"Produksi drama juga memilih aktor yang ada satu juta pengikut di laman sosial.
"Tujuh tahun saya berlakon di Indonesia, ada orang masih ingat dan menegur saya kerana lakonan saya dalam 'My Stupid Boss'.
"Tetapi, di Malaysia tidak berlaku begitu. Penghargaan untuk seni di Malaysia kurang.
"Di Malaysia apa yang penting adalah perkara seperti sains, teknologi, matematik dan sebagainya.
"Perkara seperti keseniaan dan drama tidak menjadi keutamaan di sini," katanya dalam satu rancangan bual bicara bertajuk Panas Banget Di Indonesia yang dihoskan oleh Penasihat Kumpulan Media Star Datuk Seri Wong Chun Wai secara maya di YouTube RealChunWai, pada Rabu.
Kin Wah mencipta nama di Indonesia melalui beberapa filem seperti "Che Toko Sebelah", "My Stupid Boss", filem "Dimsum Murtabak", "Terbang", "Susah Sinyal", "Surat Kecil Untuk Tuhan" dan "A Man Called Ahok".
Beliau juga pernah merangkul Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik melalui filem Cek Toko Sebelah pada Indonesian Box Office Movie Awards 2017 (IBOMA 2017) dan Festival Filem Tempo (FFT).
Mengulas lanjut, beliau melihat industri perfileman di negara ini kurang bebas dengan banyak filem diharamkan untuk dipertontonkan.
"Ada filem di negara ini yang tidak boleh ditayangkan kerana Lembaga Penapisan Filem mengatakan bahawa ia satu ancaman dan sebagainya.
"Kalau mahu haramkan, kenapa mereka tidak haramkan platform siaran Netflix? Di Netflix ada juga 'scene' atau perkataan yang tidak patut ditayangkan.
"Jadi, kita perlu ubah perkara sebegini dalam industri ini untuk melihat ia lebih maju pada masa akan datang," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Dec 09 2021

Kin Wah (kanan) ketika ditemu bual di saluran YouTube RealChunWai pada Rabu. -Foto Sinar Harian

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Industri perfileman di Indonesia lebih ke hadapan - Kin Wah
Chew Kin Wah berkata pemikiran dan penerimaan rakyat Indonesia terhadap industri itu lebih terbuka berbanding di negara ini.

Pelakon veteran Latiff Borgiba meninggal dunia
Pelakon veteran, Latiff Borgiba atau nama sebenar Abdul Latiff T. K. Gomu Kakah meninggal dunia sebentar tadi di kediamannya di sini.