LONDON: Industri tekstil negara khususnya fabrik unik dan kreatif seperti tenunan serta batik berpotensi besar untuk membawa negara ke persada antarabangsa dan menjadi komoditi menguntungkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Melahirkan keyakinan industri negara seperti Tenun Pahang Diraja, batik, songket dan tekat berdaya maju untuk diketengahkan di mata dunia, beliau berkata industri tekstil negara mampu menarik ramai orang sekali gus menjana pendapatan.
"Saya percaya jika promosi besar-besaran dapat dilakukan (bagi memperkenal industri tekstil negara seperti tenunan dan batik) di London, ia mampu menarik pelancong yang datang ke kota ini," katanya kepada wartawan Malaysia di sini.
Ismail Sabri, yang tiba di ibu negara United Kingdom pada awal pagi Selasa, melawat Pameran Tenun Pahang Diraja yang diadakan buat julung kalinya di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Belgrave Square.
Terdahulu, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menerima menghadap Ismail Sabri serta delegasi dan kemudian melawat Pameran Tenun Pahang Diraja yang bermula semalam hingga Ahad ini.
Tunku Azizah, yang memperjuangkan program tenunan tanah air, turut berkenan memberi penjelasan kepada Ismail Sabri berkaitan pameran itu, yang antara lain memperagakan tenunan dari penjara dan menampilkan busana tenunan termasuk koleksi persalinan tenun Raja Permaisuri Agong.
Perdana Menteri, yang sedang dalam perjalanan ke Washington DC bagi menghadiri Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Amerika Syarikat, berada di London untuk melawat pameran itu dan menghadiri majlis Hari Raya Aidilfitri Keluarga Malaysia bersama rakyat Malaysia yang menetap di United Kingdom.
Ismail Sabri, yang merupakan Ahli Parlimen Bera, melahirkan rasa bangga dengan sambutan memberangsangkan Pameran Tenun Pahang Diraja 'menyulam harapan' sempena Minggu Kraf London kerana ia melibatkan hasil kreativiti penghuni Penjara Penor dan Bentong di Pahang.
Beliau berkata program tenunan seumpamanya boleh ditambah baik termasuk dari segi latihan dan kemahiran serta mendapat sokongan orang ramai.
Merujuk cadangan kerajaan Pahang untuk menubuhkan pusat tenunan di Pekan, Perdana Menteri percaya lebih banyak pendidikan latihan teknikal dan vokasional dalam industri tekstil negara akan dapat diwujudkan.
Beliau tidak menolak kemungkinan lebih banyak institut latihan berkaitan industri tekstil negara akan diwujudkan pada masa depan.
Ismail Sabri, yang turut mempelopori pemakaian batik pada setiap Khamis dalam kalangan penjawat awam dan Ahli Parlimen, berkata beliau bangga batik negara kini semakin diterima dan pemakaiannya semakin menggalakkan.
Perdana Menteri dan delegasi kemudian berlepas ke Washington DC pada 5 petang waktu tempatan (12 tengah malam waktu Malaysia).
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 10 2022

Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (kanan) bersama Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (dua, kanan) melawat pameran Tenun Pahang Diraja yang dipamerkan di London Craft Week. - Foto BERNAMA

Dividen KWSP dijangka lebih 6 peratus
Penganalisis ekonomi berkata, ia berdasarkan prestasi ekonomi negara dan pelaburan KWSP sepanjang 2024 yang semakin positif.
23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam. #AWANInews
Beirut Dikejutkan dengan Kehadiran Pesawat Israel Ketika Pengebumian Dua Pemimpin Lubnan
Pesawat Israel dilihat terbang di Beirut pada Ahad ketika upacara pengebumian Hassan Nasrallah dan Hashem Safieddine yang terbunuh dalam serangan udara tentera rejim Zionis. Puluhan ribu rakyat di Lubnan dilihat berkumpul untuk memberi penghormatan terakhir kepada dua pemimpin itu. #AWANInews

Sukan Asia 2026 tawar 11 pingat emas e-sukan
Pengumuman dibuat susulan mesyuarat tergempar Lembaga Eksekutif OCA yang sebulat suara meluluskan penyertaan acara itu bagi Sukan Asia 2026.
Iran adakan majlis pengebumian, berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.

'Saya terkejut polis jawab telefon, beritahu isteri meninggal'
Sebelum kejadian, dia bersama isteri menaiki kereta milik rakan membawa anak yang melecur terkena air panas ke hospital, bagi mendapat rawatan.
Didik anak-anak bezakan kesahihan maklumat - Dr Wan Azizah
Kepesatan penyebaran pelbagai maklumat ketika ini menuntut ibu bapa memainkan peranan sangat penting dalam mendidik anak-anak untuk lebih bijak menilai serta membezakan kesahihan berita diterima, khususnya dengan kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Polis perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan pekerjaan dalam talian yang beroperasi di sebuah rumah inap di Pulau Pangkor, dalam serbuan pada Jumaat lepas.
Dua maut dalam kemalangan babit sebuah kereta, empat motosikal
Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan empat motosikal di kilometer 84, jalan Kota Tinggi-Kluang, Kluang tengah malam Ahad.
KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Jabatan Landskap Negara (JLN) menyasarkan pembinaan 112 Taman Rekreasi MADANI (TRM) di seluruh negara pada tahun ini.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Batik Malaysia: Jadilah jauhari yang mengenal manikam, elak ditipu terbeli tiruan
Pada sesi taklimat media bersama Kraftangan Malaysia tentang industri batik negara ini, ramai pengamal media termasuk penulis, gagal membezakan antara batik Malaysia dan batik cetak - batik yang dibaw

Vietnam kurangkan impak alam sekitar babitkan industri pakaian tekstil menjelang 2030
Pembangunan hijau (green growth) adalah antara sektor penting dalam pembangunan mampan.

Industri tekstil, pakaian, kasut sumbang RM1.21 bilion kepada KDNK pada suku kedua 2022 - MITI
Industri tekstil, pakaian dan kasut menyumbang RM1.21 bilion atau 0.3 peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara pada suku kedua 2022.

Industri tekstil negara berpotensi besar - PM
Industri tekstil negara khususnya fabrik unik dan kreatif seperti tenunan serta batik berpotensi besar untuk membawa negara ke persada antarabangsa dan menjadi komoditi menguntungkan.

Manfaatkan kapasiti industri tekstil bagi pengeluaran massa PPE - Ahli Ekonomi
Sudah sampai masanya kerajaan memberi perhatian kepada industri ini susulan keupayaannya mengeluarkan PPE.

MITC bakal tarik pelaburan RM500 juta syarikat multinasional
Dewan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITC) bakal menarik pelaburan asing kira-kira RM500 juta menerusi syarikat multinasional usahasama MITC untuk melabur di negara ini dalam industri seperti miny

Industri tekstil hadapi masalah kekurangan tenaga kerja yang kritikal - MTMA
Industri tekstil Malaysia mengalami masalah kekurangan pekerja yang kritikal selain akan menjejaskan aliran masuk pelaburan.

Industri tekstil Malaysia akan berkembang melalui TPPA
Industri tekstil Malaysia tidak akan menjadi industri yang malap berikutan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) menjanjikan pelaburan yang akan meningkat.