KUALA LUMPUR: Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia bagi Mac 2023 mereda kepada 3.4 peratus dengan mata indeks mencatatkan 129.9 berbanding 125.6 pada bulan yang sama 2021, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata peningkatan perlahan inflasi Malaysia pada Mac 2023 didorong terutama oleh penurunan harga petrol tanpa plumbum RON97 yang meredakan inflasi kumpulan pengangkutan kepada 2.4 peratus.
"Ini selari dengan harga minyak mentah Brent yang berada pada paras US$78.53 setong pada Mac 2023 berbanding US$115.59 pada Mac 2022.
"Namun begitu, inflasi bagi makanan dan minuman bukan alkohol iaitu pada 6.9 peratus serta restoran dan hotel pada 7.2 peratus masih kekal tinggi meskipun lebih rendah berbanding Februari 2023," katanya dalam kenyataan mengenai Indeks Harga Pengguna, Malaysia Mac 2023 yang dikeluarkan DOSM pada Khamis.
Menurut DOSM, nilai wajaran bagi kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol (29.5 peratus); pengangkutan (14.6 peratus) serta restoran dan hotel (2.9 peratus) merangkumi 47.0 peratus daripada jumlah wajaran keseluruhan IHP, yang akan memberi kesan signifikan pada kadar inflasi dan kos sara hidup rakyat.
Selain itu, kenaikan inflasi di Malaysia pada Mac 2023 turut didorong oleh kumpulan hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah (3.1 peratus); kesihatan (2.2 peratus) dan pelbagai barangan dan perkhidmatan (2.1 peratus), tambah jabatan itu.
ini diikuti oleh kumpulan perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan (1.9 peratus); pendidikan (1.7 peratus); perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (1.6 peratus); minuman alkohol dan tembakau (0.6 peratus) dan pakaian dan kasut (0.5 peratus), jelas DOSM.
DOSM menjelaskan kumpulan komunikasi pula merekodkan negatif 1.4 peratus.
Mohd Uzir berkata inflasi kumpulan restoran dan hotel mencatatkan peningkatan perlahan sebanyak 7.2 peratus pada Mac 2023 berbanding 7.4 peratus yang direkodkan pada Februari 2023.
Beliau berkata peningkatan dalam subkumpulan perkhidmatan penginapan adalah sebanyak 7.7 peratus (Februari 2023: 7.8 peratus) serta perbelanjaan di restoran dan kafe sebanyak 7.0 peratus berbanding 7.3 peratus pada Februari 2023 merupakan faktor utama kenaikan sederhana kumpulan ini.
Kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol yang menyumbang 29.5 peratus kepada IHP keseluruhan mencatatkan peningkatan yang perlahan kepada 6.9 peratus (Februari 2023: 7.0 peratus), katanya.
"Daripada 230 item makanan dan minuman, sebanyak 201 item atau 87.4 peratus telah merekodkan kenaikan harga berbanding pada Mac 2022," katanya.
Menurut DOSM, IHP bagi suku pertama 2023 meningkat 3.6 peratus berbanding suku yang sama tahun sebelumnya.
Bagi perbandingan suku tahunan pula, IHP meningkat 0.6 peratus pada kadar yang sama dicatatkan pada suku keempat 2022.
Inflasi teras, yang mengukur perubahan harga barang dan perkhidmatan yang tidak termasuk item makanan segar yang tidak menentu dari segi harga serta barang dan perkhidmatan yang tertakluk dengan kawalan harga dari kerajaan, masih kekal tinggi pada kadar 3.8 peratus berbanding 3.9 peratus pada Februari 2023.
Kenaikan ini didorong terutama oleh kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol yang mencatatkan 7.5 peratus. Selain itu, kumpulan restoran dan hotel turut mencatatkan kenaikan 7.2 peratus diikuti oleh pengangkutan pada 5.7 peratus.
DOSM memaklumkan inflasi keseluruhan secara bulanan pada Mac 2023 meningkat marginal kepada 0.1 peratus berbanding Februari 2023.
Ini disumbangkan terutama oleh restoran dan hotel (0.3 peratus), manakala hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah; pendidikan dan pelbagai barangan dan perkhidmatan masing-masing meningkat 0.2 peratus.
Bagi perbandingan dengan negara-negara terpilih di rantau Asia Pasifik, kadar inflasi di Malaysia (3.4 peratus) adalah lebih rendah berbanding inflasi di Republik Korea, Indonesia dan Filipina.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 20 2023

Peningkatan perlahan inflasi Malaysia pada Mac 2023 didorong terutama oleh penurunan harga petrol tanpa plumbum RON97 yang meredakan inflasi kumpulan pengangkutan kepada 2.4 peratus. -Facebook Department of Statistics

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.

KDNK Malaysia berkembang 5.1 peratus pada 2024, terbaik dalam dua tahun
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), ia didorong oleh peningkatan pelaburan dan pemulihan permintaan domestik.

Inflasi Malaysia sederhana kepada 1.7 peratus pada Disember 2024 - Jabatan Perangkaan
Kadar inflasi Malaysia menyederhana kepada 1.7 peratus pada Disember 2024.

Kes pembuangan kerja catat peratus tertinggi diselesai di MPM dari 2019-2023 - DOSM
Sebanyak 86.94 peratus kes pembuangan kerja telah diselesaikan di Mahkamah Perusahaan Malaysia (MPM) bagi tempoh lima tahun sejak 2019.

KDNK 2024 Malaysia dijangka cecah 5.1 peratus berbanding 3.6 peratus pada 2023
KDNK Malaysia dijangka berkembang pada 5.1 peratus pada 2024 berbanding 3.6 peratus pada tahun sebelumnya.

Pengangguran menurun kepada 3.2 peratus pada Nov 2024 - DOSM
Bilangan penganggur terus berkurang kepada 546,700 orang pada November 2024, dengan kadar pengangguran pada paras 3.2 peratus.

Guna tenaga Bumiputera capai 9.8 juta pada 2023 - DOSM
Guna tenaga Bumiputera mencapai 9.8 juta pada 2023 dengan kadar penyertaan tenaga buruh sebanyak 67.2 peratus.

Malaysia catat 5.74 juta siswazah pada 2023 - Jabatan Perangkaan
Malaysia mencatatkan 5.74 juta siswazah, meningkat 4.2 peratus dengan lebih dua pertiga bekerja dalam kategori Mahir pada 2023.

Ekonomi Malaysia berkembang 5.2 peratus pada suku ketiga 2024 - Jabatan Perangkaan
Ekonomi Malaysia mengekalkan pertumbuhan kukuh pada suku ketiga pertama 2024, berkembang 5.2 peratus dari Januari hingga September.

Inflasi November 2024 naik 1.8 peratus, harga ayam naik 50 sen
Purata harga Ayam standard di peringkat Semenanjung Malaysia pada November 2024 adalah RM9.69 sekilogram.

Sektor pelancongan Sabah berkembang 3.0 peratus pada 2023 - DOSM
NDKIP di Sabah merekodkan RM13.1 bilion pada 2023, disokong aktiviti perdagangan runcit serta perkhidmatan penginapan, makanan dan minuman.