KUALA LUMPUR: Inflasi Malaysia terus merekodkan peningkatan pada kadar perlahan 1.5 peratus bagi November 2023 dengan mata indeks mencatatkan 130.9 berbanding 129.0 pada bulan yang sama 2022, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata peningkatan inflasi ini telah didorong kenaikan perlahan restoran dan hotel sebanyak 4.3 peratus (Oktober 2023: 4.6 peratus); makanan dan minuman bukan alkohol, 2.6 peratus (Oktober 2023: 3.6 peratus) dan kesihatan, 2.3 peratus (Oktober 2023: 2.4 peratus).
"Selain itu, beberapa kumpulan utama yang menunjukkan peningkatan adalah perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain, 1.7 peratus (Oktober 2023: 1.6 peratus) serta pengangkutan 0.1 peratus (Oktober 2023: 0.0 peratus)," katanya dalam kenyataan mengenai Indeks Harga Pengguna, Malaysia November 2023 yang dikeluarkan pada Jumaat.
Beliau berkata inflasi keseluruhan secara bulanan menunjukkan tiada perubahan pada November 2023 berbanding Oktober 2023 pada 0.1 peratus.
Beberapa kumpulan terus mencatatkan peningkatan secara bulanan antaranya pelbagai barangan dan perkhidmatan (0.4 peratus); perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (0.2 peratus) dan kesihatan (0.2%).
Walau bagaimanapun, ia diimbangi dengan penurunan kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol (-0.3 peratus), katanya.
Mohd Uzir berkata inflasi teras (2.0 peratus) masih melepasi inflasi keseluruhan Malaysia (1.5 peratus).
"Ini didorong oleh kumpulan restorandan hotel serta makanan dan minuman bukan alkohol yang masing-masing mencatatkan peningkatan sederhana 4.3 peratus dan 3.7 peratus pada November 2023," katanya.
Beliau berkata mengenai inflasi di peringkat negeri, kebanyakan negeri merekodkan peningkatan di bawah paras nasional 1.5 peratus.
"Walau bagaimanapun, lima negeri merekodkan peningkatan melebihi paras inflasi nasional iaitu Wilayah Persekutuan Putrajaya (2.3 peratus), Sarawak (2.0 peratus), Perak (1.9 peratus), Pulau Pinang (1.8 peratus) dan Selangor (1.7 peratus)," katanya.
Beliau berkata kesemua negeri mencatatkan peningkatan inflasi makanan dan minuman bukan alkohol.
Peningkatan tertinggi dicatatkan oleh Pulau Pinang (3.7 peratus), Sarawak (3.6 peratus), Selangor (3.5 peratus), Wilayah Persekutuan Labuan (3.4 peratus) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (3.0 peratus), katanya.
Beliau berkata sementara itu, negeri-negeri lain menunjukkan peningkatan di bawah paras inflasi makanan dan minuman bukan alkohol nasional iaitu 2.6 peratus pada November 2023.
Mohd Uzir berkata bagi perbandingan dengan negara terpilih, inflasi di Malaysia (1.5 peratus) adalah lebih rendah berbanding Filipina (4.1 peratus), Vietnam (3.5 peratus), Korea Selatan (3.3 peratus) dan Indonesia (2.9 peratus).
"Namun, kadar tersebut lebih tinggi berbanding Thailand (-0.4 peratus) dan China (-0.5 peratus).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 22 2023
Mohd Uzir berkata, inflasi keseluruhan secara bulanan menunjukkan tiada perubahan pada November 2023 berbanding Oktober 2023 pada 0.1 peratus. - Gambar fail/DOSM
Produk gula-gula Apple S dikesan mengandungi bahan terlarang sibutramine - KKM
Produk gula-gula jenama Apple S dikesan mengandungi sibutramine iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk mengawal selera makan.
HAWANA jadi platform himpunkan organisasi media seluruh ASEAN - Fahmi
HAWANA akan menjemput pengamal media dari ASEAN untuk beberapa program sempena kepengerusian ASEAN oleh Malaysia.
Gaji permulaan RM1,700 boleh bersara dengan simpanan RM1 juta jika konsisten - KWSP
Caruman secara konsisten ke dalam tabung KWSP boleh menjamin persaraan yang selesa walaupun dengan gaji permulaan yang rendah.
Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud gegar selatan Filipina
Gempa tektonik berkenaan berpotensi mencetuskan gegaran susulan dan menyebabkan kerosakan.
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Dua majistret penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Pemimpin Syria, Bashar al-Assad, atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang, menjadikannya kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Menurut Statistik Korea, seramai 20,095 bayi dilahirkan pada November 2024, menandakan peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Trump janji tamatkan konflik, tapi Rusia-Ukraine masih berperang
Rusia dan Ukraine terus melancarkan serangan udara ke atas satu sama lain, walaupun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang baru mengangkat sumpah jawatan, mendakwa kononnya mampu menamatkan perang dalam masa 24 jam.
SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.
Clinker Line 2 Cahya Mata dijangka siap Mac 2027, bantu tingkat pengeluaran simen Sarawak
Setelah siap, Cahya Mata Cement akan mencapai kapasiti pengeluaran simen tahunan sebanyak 2.4 juta metrik tan.
YouTube uji ciri audio berkualiti lebih tinggi
Jump Ahead membolehkan penonton melangkau terus ke bahagian video yang dirasakan menarik.
Inflasi Malaysia rekod peningkatan perlahan 2.5 peratus pada 2023 - Jabatan Perangkaan
Inflasi Malaysia pada 2023 merekodkan peningkatan perlahan kepada 2.5 peratus daripada 3.3 peratus pada 2022.
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Inflasi Malaysia kekal 1.5 peratus pada Disember 2023
Kadar inflasi keseluruhan Malaysia kekal 1.5 peratus pada Disember 2023.
Inflasi Malaysia catat kadar perlahan kepada 1.5 peratus pada November - Perangkaan
Inflasi Malaysia terus merekodkan peningkatan pada kadar perlahan 1.5 peratus bagi November 2023.
Inflasi Malaysia kekal 2.0 peratus pada Ogos
Inflasi Malaysia kekal 2.0 peratus pada Ogos dengan mata indeks mencatatkan 130.8 berbanding 128.2 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Inflasi Malaysia terus mereda, 2.8 peratus pada Mei 2023
Kenaikan inflasi tersebut kekal didorong sektor Restoran dan Hotel iaitu 6.7 peratus dan sektor Makanan dan Minuman Bukan Alkohol (5.9 peratus).
Inflasi Malaysia naik kepada 3.3 peratus pada 2022 - Perangkaan
Inflasi Malaysia pada 2022 meningkat 3.3 peratus berbanding 2.5 peratus pada 2021, dengan mata indeks mencatatkan 127.2 tahun lepas berbanding 123.1 pada 2021, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Inflasi makanan meningkat 5.2 peratus pada Mei 2022, tertinggi sejak November 2011
Inflasi makanan terus meningkat ke paras baharu 5.2 peratus, tertinggi sejak November 2011, apabila 93 peratus item dalam kumpulan tersebut merekodkan kenaikan.
Inflasi April 2022 catat 2.3 peratus, inflasi makanan naik kepada 4.1 peratus
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) memaklumkan perkara tersebut dalam laporan Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi bulan April tahun ini.
IHP: Inflasi makanan meningkat 4.0 peratus - Ketua Perangkawan
Kenaikan inflasi makanan, yang merupakan komponen terbesar kepada keseluruhan wajaran IHP kekal menjadi penyumbang utama kepada kenaikan inflasi.