KUALA LUMPUR: Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
DOSM menjelaskan peningkatan inflasi pada Mac 2024 didorong oleh perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (3.0 peratus); restoran dan perkhidmatan penginapan (3.0 peratus); penjagaan diri, perlindungan sosial dan pelbagai barangan dan perkhidmatan (2.6 peratus) serta pengangkutan (1.3 peratus).
"Namun begitu, peningkatan ini telah diimbangi dengan kumpulan utama yang merekodkan peningkatan lebih perlahan iaitu kesihatan (2.1 peratus); makanan dan minuman (1.7 peratus) dan rekreasi, sukan dan kebudayaan (1.5 peratus)," jelasnya dalam kenyataan mengenai Indeks Harga Pengguna, Malaysia Mac 2024 di sini, pada Khamis.
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata peningkatan 3.0 peratus berbanding 2.7 peratus pada Februari 2024 bagi perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain disumbangkan oleh kelas perbelanjaan bekalan air yang meningkat kepada 31.4 peratus pada Mac 2024 (Februari 2024: 28.8 peratus).
Kedah telah menaikkan kadar tarif perkhidmatan bekalan air bagi kategori pengguna domestik bermula Mac 2024 berbanding negeri lain yang telah melaksanakan kadar tarif baharu pada Februari 2024, katanya.
Bagi inflasi di peringkat negeri, beliau berkata kebanyakan negeri merekodkan peningkatan di bawah paras inflasi nasional 1.8 peratus.
Walau bagaimanapun, lima negeri merekodkan peningkatan melebihi paras inflasi nasional iaitu Pulau Pinang (3.0 peratus), Sarawak (2.9 peratus), Pahang (2.1 peratus), Selangor (2.1 peratus) dan Perlis (1.9 peratus), katanya.
"Kesemua negeri mencatatkan peningkatan inflasi makanan dan minuman. Peningkatan tertinggi dicatatkan oleh Selangor (3.2 peratus), diikuti Pulau Pinang (2.8 peratus), Wilayah Persekutuan Putrajaya (2.6 peratus), Sarawak (2.1 peratus), Perlis (2.1 peratus) dan Wilayah Persekutuan Labuan (2.0 peratus).
"Sementara itu, negeri-negeri lain menunjukkan peningkatan di bawah paras inflasi makanan dan minuman nasional iaitu 1.7 peratus pada Mac 2024," katanya.
Menurut DOSM inflasi keseluruhan secara bulanan merekodkan kenaikan marginal 0.1 peratus berbanding 0.5 peratus yang telah dicatatkan pada Februari 2024.
Antara kumpulan utama yang mencatatkan peningkatan secara bulanan ialah restoran dan perkhidmatan penginapan (0.4 peratus); penjagaan diri, perlindungan sosial dan pelbagai barangan dan perkhidmatan (0.4 peratus) serta perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (0.3 peratus), jelasnya.
Jabatan itu memaklumkan bahawa inflasi bagi suku pertama 2024 mencatatkan peningkatan 1.7 peratus (suku keempat 2023: 1.6 peratus).
Bagi perbandingan suku tahunan, inflasi Malaysia mencatatkan peningkatan 0.7 peratus (suku keempat 2023: 0.2 peratus), tambahnya.
Sementara itu, inflasi teras meningkat pada kadar yang perlahan iaitu 1.7 peratus berbanding 1.8 peratus pada Februari 2024, didorong terutama oleh kumpulan utama makanan dan minuman serta restoran dan perkhidmatan penginapan yang kedua-duanya mencatatkan 3.0 peratus pada Mac 2024.
DOSM menjelaskan bagi perbandingan inflasi dengan negara terpilih, inflasi di Malaysia (1.8 peratus) adalah lebih rendah berbanding Vietnam (4.0 peratus), Filipina (3.7 peratus), Amerika Syarikat (3.5 peratus), Republik Korea (3.1 peratus) dan Indonesia (3.1 peratus).
"Namun, kadar tersebut lebih tinggi berbanding China (0.1 peratus) dan Thailand (-0.5 peratus)," menurut DOSM.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 25 2024

Menurut Mohd Uzir, inflasi di Malaysia (1.8 peratus) adalah lebih rendah berbanding Vietnam (4.0 peratus), Filipina (3.7 peratus), Amerika Syarikat (3.5 peratus), Republik Korea (3.1 peratus) dan Indonesia (3.1 peratus). - Foto Bernama
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Inflasi Malaysia rekod peningkatan perlahan 2.5 peratus pada 2023 - Jabatan Perangkaan
Inflasi Malaysia pada 2023 merekodkan peningkatan perlahan kepada 2.5 peratus daripada 3.3 peratus pada 2022.

Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

Inflasi Malaysia kekal 1.5 peratus pada Disember 2023
Kadar inflasi keseluruhan Malaysia kekal 1.5 peratus pada Disember 2023.

Inflasi Malaysia catat kadar perlahan kepada 1.5 peratus pada November - Perangkaan
Inflasi Malaysia terus merekodkan peningkatan pada kadar perlahan 1.5 peratus bagi November 2023.

Inflasi Malaysia kekal 2.0 peratus pada Ogos
Inflasi Malaysia kekal 2.0 peratus pada Ogos dengan mata indeks mencatatkan 130.8 berbanding 128.2 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

Inflasi Malaysia terus mereda, 2.8 peratus pada Mei 2023
Kenaikan inflasi tersebut kekal didorong sektor Restoran dan Hotel iaitu 6.7 peratus dan sektor Makanan dan Minuman Bukan Alkohol (5.9 peratus).

Inflasi Malaysia naik kepada 3.3 peratus pada 2022 - Perangkaan
Inflasi Malaysia pada 2022 meningkat 3.3 peratus berbanding 2.5 peratus pada 2021, dengan mata indeks mencatatkan 127.2 tahun lepas berbanding 123.1 pada 2021, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Inflasi makanan meningkat 5.2 peratus pada Mei 2022, tertinggi sejak November 2011
Inflasi makanan terus meningkat ke paras baharu 5.2 peratus, tertinggi sejak November 2011, apabila 93 peratus item dalam kumpulan tersebut merekodkan kenaikan.

Inflasi April 2022 catat 2.3 peratus, inflasi makanan naik kepada 4.1 peratus
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) memaklumkan perkara tersebut dalam laporan Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi bulan April tahun ini.

IHP: Inflasi makanan meningkat 4.0 peratus - Ketua Perangkawan
Kenaikan inflasi makanan, yang merupakan komponen terbesar kepada keseluruhan wajaran IHP kekal menjadi penyumbang utama kepada kenaikan inflasi.