ANAK kepada usahawan popular Datuk Seri Vida, Cik B mengimbau detik-detik duka ketika kehilangan dua abang tercinta dalam kebakaran sekitar 10 tahun lalu.
Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin berkata, dia sendiri melihat bagaimana rumah teres dua tingkat yang dijadikan asrama tempat tinggal kakitangan ibunya itu dijilat api.
“Ketika sebelum kejadian, kami baru balik dari rumah anak yatim. Kemudian abang masuk ke rumah bujang, iaitu rumah penginapan untuk kakitangan lelaki Mama. Ketika itu saya tak nak masuk dan main dengan adik di luar.
“Tiba-tiba saya tengok macam ada habuk-habuk dekat atas. Saya pusing belakang, nampak sofa tengah terbakar. Saya lari panggil guard… bila sampai balik rumah dah terbakar.
“Lepas ketuk rumah jiran, saya ambil paip dan cuba semburkan air untuk padamkan kebakaran,” katanya ketika ditemu bual menerusi program Hard To Heart baru-baru ini.
Cik B menambah, dia mula sedar yang tragedi itu bukan merupakan satu prank (gurauan) apabila pasukan bomba memberitahu abang-abangnya sudah tiada.
“Saya ke hospital untuk tengok (abang) buat kali terakhir. Tapi saya tak tengok sebab saya takut. Mereka tak terbakar pun… tapi lemas.
“Mereka sebenarnya nak diselamatkan, nak terjun dari balkoni. Tapi mereka lari balik masuk tandas. Jasad ditemui di bawah sinki,” ujar Cik B lagi.
Bagaimanapun, Cik B berkata, ibunya sempat membawa dua arwah anaknya, Muhammad Eddie Zuhdie Mohd. Amin dan anak keduanya Muhammad Edrie Zikrie Mohd Amin untuk bercuti di luar negara.
“Sebelum Insiden tu berlaku, mama berkata: ‘Cik B, Eddie, Edrie tak payah pergi sekolahlah, Mama nak bawa pusing satu dunia’. Ketika itu mama bawa pusing satu Eropah. Mama sempat bawa pergi bercuti, beberapa bulan sebelum kejadian tersebut berlaku,” ujar Cik B lagi. -- Gempak
Gempak
Sun May 21 2023

Cik B ketika ditemu bual menerusi program Hard To Heart baru-baru ini. - Gempak
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

Vida belanja tiket penerbangan RM40,000 untuk Kacak
Tiada istilah membazir kerana Vida mahu anaknya sentiasa bersamanya sepanjang perjalanan.

'Ingatkan prank...' - Gugur air mata Cik B imbau kehilangan dua abangnya dalam kebakaran
Anak kepada usahawan popular Datuk Seri Vida, Cik B mengimbau detik-detik duka ketika kehilangan dua abang tercinta dalam kebakaran sekitar 10 tahun lalu.

Rindu DSV tak? Ini jawapan Iqbal: "Semestinya tidak mudah untuk ..."
"Semestinya tidak mudah untuk lupa namun saya mesti lakukan. Banyak pengalaman bersama..."

'Saya tak boleh bau, tapi...' - Cik B positif COVID-19
Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Cik B menerusi sebuah video di akaun Instagramnya malam tadi.

'Mama kalau bercinta macam cinta buta!' - Ini sebab Cik B 'bantah' perkahwinan Vida-Iqbal
Memetik wawancara Cik B bersama program hiburan popular pada Ahad, kata empunya nama Edlynn Zamilleen Muhammad Amin dia tetap dengan keputusannya tidak bersetuju dengan pilihan ibunya untuk berkahwin.

Cik B, Baby Shima jadi mentor pertandingan 'Fanta6 Stage'
Pertandingan itu adalah salah satu aktiviti sempena pelancaran fitur video pendek yang dilancarkan baru-baru ini.

Mahkamah tolak tuntutan hadanah bekas suami Datuk Seri Vida
Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu tolak permohonan hak lawatan, bermesra dan bermalam ke atas Cik B dan Kacak.

Kisah hidup Cik B dalam single pertama 'Tolonglah'
Ujar remaja berusia 15 tahun ini, dia kini mula memberanikan diri keluar dari zon selesa kerana sebelum ini dia sangat pemalu dan kurang keyakinan diri.

Bekas suami Datuk Seri Vida fail tuntutan hadhanah
Mohd Amin memfailkan tuntutan itu selepas dihalang untuk berjumpa dua anaknya, Cik B dan Kacak.

Datuk Seri Vida dedah faktor kegemukan anaknya dalam ucapan Hari Ibu
Datuk Seri Vida turut mengenang kisah apabila sering meninggalkan anak-anaknya di bawah jagaan pembantu rumah susulan kesibukan kerja.