KUALA LUMPUR: Buat pertama kalinya sejak 2012, Malaysia dikelompokkan antara dua pertiga negara dengan skor di bawah 50 daripada 100, hanya skor 48 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dunia bagi tahun 2021.
Skor yang rendah itu juga menjadikan kedudukan Malaysia dalam CPI 2021 jatuh ke kedudukan 62 berbanding tangga ke 57 pada 2020.
BACA: Indeks Persepsi Rasuah: Malaysia jatuh lagi, kali ini dari 57 ke tangga 62 pada 2021
Dalam analisis terhadap keputusan terbaharu itu, Transparency International-Malaysia (TI-M) menyenaraikan beberapa faktor dipercayai menjadi punca kepada kemerosotan itu:
1. Tindakan yang sangat terhad daripada kerajaan dalam membendung aktiviti rasuah politik dan mengukuhkan Hak Asasi Manusia di Malaysia.
Sebagai contoh, Akta Pembiayaan Politik yang dijadualkan akan dibentang di Parlimen oleh dua kerajaan sebelum ini masih belum terlaksana.
Juga, draf Rang Undang-undang IPCMC telah ‘dilonggarkan’ kepada versi yang tidak efektif, dan dijenamakan semula sebagai Rang Undang-undang IPCC.
Yang tragisnya, kes-kes kematian dalam tahanan masih berlaku di lokap polis walaupun selepas RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) dijalankan pada tahun 2015.
2. Kurang kehendak dalam memperbaharui SPRM menjadi institusi anti-rasuah yang benar-benar bebas dan berada di bawah tanggungjawab Parlimen.
3. Tafsiran yang terlalu longgar terhadap Akta Rahsia Rasmi yang membawa kepada kurangnya ketelusan dalam hal berkepentingan awam seperti kontrak rundingan secara langsung.
4. ‘Melepaskan Tanpa Membebaskan’ sesetengah individu yang didakwa dalam kes berprofil tinggi.
Ia memberikan persepsi negatif tentang perjalanan proses undang-undang di Malaysia. Penjelasan yang lebih jelas daripada Jabatan Peguam Negara adalah penting dalam mengurangkan persepsi sedemikian.
5. Kemajuan yang terhad dalam kemaskini awam mengenai kes berprofil tinggi seperti kes pemerdagangan manusia di Wang Kelian, Skandal Air Sabah dan Kapal Tempur Littoral yang masih tergantung dan tiada khabar selanjutnya.
6. Kekurangan hasil yang boleh diukur dilihat daripada NACP (Pelan Anti-Rasuah Nasional) yang merupakan dokumen komprehensif dengan inisiatif dan sasaran yang jelas.
TI-Malaysia menyeru agar Ketua Setiausaha Negara diberi kuasa untuk memimpin usaha pelaksanaan dan dipertanggungjawabkan dalam memastikan segalanya berjalan lancar.
Namun, malang sekali kemajuan amat terhad dalam hal ini.
7. Penggantungan Parlimen dalam tempoh PKP (perintah kawalan pergerakan) menyebabkan pakej rangsangan ekonomi yang besar jumlahnya telah diteruskan tanpa perbahasan dan penelitian parlimen.
8. Laporan negatif berterusan mengenai salah laku dan tadbir urus yang lemah pegawai kerajaan dalam laporan Ketua Audit Negara yang kelihatan berulang-ulang namun tidak diambil tindakan tatatertib.
Sudah tiba masanya untuk penggubal undang-undang dari kedua-dua pecahan parti politik untuk menyokong tambahan dalam peruntukan Akta SPRM untuk "Salah Laku Penjawat Awam" untuk memastikan pegawai kerajaan bertanggungjawab atas tindakan dan keputusan mereka.
Ridauddin Daud
Tue Jan 25 2022
Buat pertama kalinya sejak 2012, Malaysia dikelompokkan antara dua pertiga negara dengan skor di bawah 50 daripada 100, hanya skor 48 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dunia bagi tahun 2021.
MPV rempuh lima kenderaan, seorang penunggang motosikal maut
Siasatan awal mendapati semasa kejadian sebuah kenderaan telah masuk ke laluan bertentangan dan merempuh kelima-lima kenderaan.
"Hentikan tindakan bermain politik atas setiap isu" - Agong
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menegaskan ahli Dewan Rakyat untuk menggunakan dewan yang mulia untuk membahaskan agenda kepentingan rakyat dan kemakmuran Negara.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Ahli-ahli Dewan banyak berubah, tunjuk sikap lebih sopan”- Agong
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim zahir ucapan tahniah kepada Ahli Dewan Rakyat yang tunjuk sikap lebih sopan dalam persidangan tahun lalu, namun, ada segelintir sukar buang tabiat lama.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Bahas kepentingan rakyat dan negara, bukan maki hamun atau tabur fitnah - Agong
Baginda bertitah, Parlimen adalah gelanggang pertemuan suara rakyat jelata, tempat undang-undang digubal, medan semak dan imbang pentadbiran
AWANI Ringkas: Titah YDP Agong jadi tumpuan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sebuah rumah, tujuh kenderaan musnah dalam kebakaran di Hulu Besut
Sebuah rumah dan tujuh kenderaan termasuk lima motosikal musnah dalam kebakaran di Kampung Gong Duek di Hulu Besut.
Rumah didiami lapan beranak musnah dijilat api
Ahli keluarga menanggung kerugian sebanyak RM100,000 termasuk kenderaan yang rosak dijilat api.
AWANI Pagi: APMM | Perisai samudera negara, perkukuh keselamatan maritim
Diskusi 8.30 pagi Isnin bersama Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim,Timbalan Ketua Pengarah (Logistik),
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia mengenai peranan agensi itu dalam memperkukuh kekuatan dan keselamatan maritim.
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia mengenai peranan agensi itu dalam memperkukuh kekuatan dan keselamatan maritim.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan DXY yang meningkat.
Niaga hadapan MSM dijangka rendah minggu ini
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif dijangka rendah minggu depan dalam persekitaran prestasi eksport yang kurang memberangsangkan, kata peniaga minyak sawit David Ng.
SPRM seru kerjasama semua pihak tingkatkan skor Indeks Persepsi Rasuah
SPRM dalam masa sama akan mengkaji hasil penemuan TI-M berkaitan skor CPI 2021 dan memberi cadangan dalam masa terdekat.
Ini lapan faktor penyumbang kemerosotan Malaysia dalam CPI 2021
Dalam analisis terhadap keputusan terbaharu itu, Transparency International-Malaysia (TI-M) menyenaraikan beberapa faktor punca kepada kemerosotan itu.
Indeks Persepsi Rasuah: Malaysia jatuh lagi, kali ini dari 57 ke tangga 62 pada 2021
Daripada 180 negara, Malaysia mencatatkan skor 48 daripada 100, lebih rendah berbanding skor sebanyak 51 peratus pada tahun sebelumnya.