KUALA LUMPUR: Pemberian bantuan subsidi tiket penerbangan laluan domestik kepada penuntut Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) FLYsiswa antara lain bertujuan membantu golongan mahasiswa lebih fokus dalam pengajian, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Menyifatkan FLYsiswa sebagai satu manifestasi Kerajaan Perpaduan dalam memenuhi nilai-nilai Malaysia MADANI, beliau berkata inisiatif itu diharap dapat memberi ketenangan minda kepada mahasiswa untuk fokus menimba ilmu dan tidak memikirkan hal-hal lain.
Beliau berkata inisiatif yang membabitkan pemberian baucar digital bernilai RM300 kepada penuntut IPTA di Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan serta pelajar di Politeknik, Institut Pendidikan Guru dan Matrikulasi yang layak berkait rapat dengan nilai 'Ihsan' dalam meringankan beban golongan mahasiswa untuk pulang ke kampung halaman.
"Inilah Ihsan daripada Kerajaan Perpaduan untuk membantu para pelajar pulang ke kampung. Dengan adanya program ini, diharapkan ia dapat meringankan sedikit beban saudara-saudari sekalian," katanya semasa berucap melancarkan FLYsiswa di Auditorium HEP, Universiti Malaya di sini hari ini.
"Zaman kami dulu, kalau belajar nak balik pada waktu itu kena tidur di lapangan terbang sebab tak mampu nak bayar tiket penuh, kita kena bayar (menggunakan) pas pelajar, kena standby... ada tempat kosong baru masuk, kadang-kadang tidur dua malam di lapangan terbang.
"Jadi kita tak mahu keadaan sebegitu dilalui oleh anak-anak, pelajar pada masa ini," kata beliau ketika berkongsi pengalamannya sebagai alumni Universiti Malaya.
Fadillah berharap dengan kemudahan yang disediakan, golongan pelajar mempunyai daya tahan yang tinggi kerana negara memerlukan sumber tenaga kerja berkemahiran tinggi dan mampu bersaing dengan negara lain.
"Kita kena pastikan sumber manusia kita ini mereka yang berintegriti, berilmu dan berkemahiran... kalau tidak, hasrat kita untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang makmur dan sejahtera tidak akan tercapai.
"... apatah lagi dalam keadaan negara yang sedang memulihkan ekonomi dengan menyertai bidang baharu seperti ekonomi digital, grid energy dan ini memerlukan kepakaran serta ilmuwan yang baharu, dan harapan kita daripada generasi muda ini adalah untuk mereka menimba ilmu secukupnya supaya kita dapat mengisi ruang untuk kita mengembangkan ekonomi dalam bidang-bidang baharu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 08 2023
Datuk Seri Fadillah Yusof bergambar pada Majlis Peluncuran FLYsiswa di Universiti Malaya (UM) hari ini. Turut hadir Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook dan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. - Bernama
Eksklusif! Joe Hart bakal tiba di Malaysia
Joe Hart bakal ke Malaysia dan secara eksklusif akan dibawakan menerusi Nadi Arena Jumaat ini.
CPTPP saluran kritikal kembang pelaburan, perdagangan antara Malaysia, UK - PM Anwar
Anwar berkata ini dapat dilaksanakan susulan daripada langkah kedua-dua negara menyertai perjanjian tersebut.
Malaysia perkasa syarikat pemula, pacu penyelesaian inovatif - Chang
Malaysia akan berusaha memperkasakan syarikat pemula dengan memudahkan kerjasama dan menggalakkan penyelesaian inovatif yang lebih komersial.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Kadar subsidi FLYsiswa naik kepada RM400 bermula Januari 2025 - PM Anwar
Kerajaan bersetuju menaikkan RM100 kadar bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan menerusi FLYsiswa kepada RM400 seorang bermula 1 Januari 2025.
AirAsia terus sokong inisiatif FLYsiswa, permohonan baucar kini dibuka
Pelajar kini punya akses ke 47 laluan di seluruh rangkaian domestik AirAsia, menghubungkan Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan.
Inisiatif FLYsiswa disambung semula mulai hari ini - MOT
Inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan FLYsiswa disambung semula, bermula hari ini.
MYAirline tawar lebih pilihan perjalanan kepada penuntut menerusi FLYsiswa
Inisiatif tersebut memberikan baucar RM300 untuk pembelian tiket penerbangan kepada penuntut IPT di seluruh Malaysia.