KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu melihat langkah yang lebih terkhusus sebagai usaha mengurangkan kemudaratan tembakau akibat tabiat merokok dalam kalangan rakyat Malaysia.
Sebagai rekod, negara mencatatkan sebanyak 22 peratus penyakit yang terkait dengan bahaya merokok pada tahun 2019.
Meskipun jumlah tersebut menunjukkan penurunan, namun ia pada trend mendatar.
Peratusan tersebut gagal ditangani biarpun pelbagai kawalan aktif diperkenalkan dan dilaksanakan oleh kerajaan bagi mencegah daripada mulanya tabiat merokok serta program galakkan untuk berhenti merokok.
Pakar Onkologi dari Perancis, Professor Dr David Khayat berkata, sebagai pakar perubatan, beliau menyaksi pelbagai strategi dilaksanakan dalam inisiatif pengurangan kemudaratan tembakau (THR).
Menurut beliau, meskipun langkah menaikkan harga rokok serta menghadkan akses terhadapnya dilihat membantu, namun ia tidak boleh menjadi satu-satunya jawapan kepada penyelesaian isu kesihatan berpunca daripada tabiat ini.
“Negara-negara yang mengambil kira cadangan pelaksanaan THR ke dalam polisi negara seperti United Kingdom (UK), berjaya menunjukkan penurunan dalam isu kesihatan terkait dengan merokok apabila kerajaan memperkenalkan alternatif bebas asap rokok.
“Negara hampir dengan Malaysia seperti New Zealand dan Filipina turut mula mengikuti langkah sama sebagai strategi dalam polisi kawalan tembakau.
“Justeru itu, Malaysia berpeluang menganalisa data dan sains bagi memahami bagaimana inisiatif THR mampu meningkatkan peluang kesihatan awam serta membantu menghentikan tabiat merokok dalam kalangan rakyat di negara ini,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada Astro AWANI ketika dihubungi baru-baru ini.
Dalam pada itu, Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) Amerika Syarikat pada tahun 2020 membenarkan pemasaran produk tembakau yang dipanaskan sebagai produk tembakau risiko yang diubah suai (MRTP). Ini kerana kajian terhadap produk itu menunjukkan produk tembakau yang dipanaskan menghasilkan kurang bahan kimia berbanding rokok konvensional.
Manakala di UK, negara tersebut kini meneraju usaha dan secara aktifnya mengendors rokok elektrik (e-rokok) atau vape sebagai alternatif untuk berhenti merokok.
Hasilnya, kadar merokok di UK menurun dan menunjukkan peratusan terendah di Eropah.
Mengulas terhadap langkah kerajaan dalam meningkatkan cukai rokok, Prof Dr Khayat berkata, perkara itu tidak memberi impak yang besar, sebaliknya perokok akan kembali semula dengan tabiat sama.
“Saya turut terlibat dalam pelaksanaan polisi ini di Perancis menerusi Rancangan Kawalan Kanser Kebangsaan 2002-2007, hasilnya jumlah perokok menunjukkan penurunan sebanyak 1.8 juta.
“Bagaimanapun, kajian mendapati selepas itu mereka yang berhenti menghisap rokok kembali semula dengan tabiat merokok dan menukar kepada produk rokok yang lain,” jelasnya.
Manakala di Malaysia, ramai perokok bertukar kepada rokok haram atau seludup kerana harganya yang jauh lebih murah, sekali gus meningkatkan kes pemerdagangan rokok haram sebanyak 59.5 peratus.
Haikal Raman
Tue May 10 2022
Langkah menaikkan harga rokok serta menghadkan akses terhadapnya dilihat membantu, namun, ia tidak boleh menjadi satu-satunya jawapan kepada penyelesaian isu kesihatan berpunca daripada tabiat ini.
Lelaki bakar rumah selepas bertengkar dengan isteri
Siasatan awal mendapati pelaku, Azhariansyah terlibat pergaduhan dengan isterinya, Listi Anggraeni.
AWANI Pagi: Harapan dan cabaran gencatan senjata Gaza
Fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman melihat kepada cabaran persetujuan perjanjian gencatan senjata Israel-Hamas yang akan menamatkan perang di Gaza berpanjangan selama lebih 400 hari. Ikuti diskusi bersama penganalisis politik Sunway University, Profesor Dr. Wong Chin Huat.
PM ucap tahniah kepada Cikgu Nazmi disenarai 50 finalis Hadiah Guru Global
Keikhlasan Nazmi mendidik pelajar dengan menyuntik daya cipta dalam pendidikan di sekolah luar bandar adalah contoh kepimpinan membanggakan.
Akhyar Rashid sah milik TFC
Berita itu dikongsikan pihak pengurusan Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) menerusi laman sosial Facebook rasmi TFC.
Warga Palestin rai pengumuman kejayaan gencatan senjata
Mereka menantikan dengan penuh debar Ahad ini di mana gencatan senjata akan mula berkuat kuasa.
Trump mahu gunakan perjanjian Gaza luaskan diplomasi
Donald Trump menyatakan beliau akan menggunakan momentum perjanjian gencatan senjata Gaza untuk meluaskan Perjanjian Abraham.
Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV, galak pembangunan hijau
EV adalah langkah tepat untuk menangani pencemaran udara yang perlu ditingkatkan bagi menangani perubahan iklim.
Perjanjian ini adalah hasil rundingan panjang dan sukar
Fasa awal gencatan senjata ini akan menghentikan pertempuran yang telah meranapkan banyak kawasan bandar di gaza dan menyebabkan hampir keseluruhan penduduk seramai 2.3 juta orang kehilangan tempat tinggal
Empat Pengarah Syarikat antara lima ditahan reman, siasat penyelewengan dana RM104 juta
Empat ahli lembaga pengarah syarikat antara lima ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan dana pelaburan awam berjumlah RM104 juta.
YTL Group akan labur £4 bilion di UK, sedia lebih 30,000 peluang pekerjaan
Pelaburan tersebut yang merangkumi bandar baharu paling pintar, akan turut menyediakan lebih 30,000 pekerjaan di seluruh UK.
Jangan buat keputusan berdasarkan idea sebelah pihak sahaja - Kajian
Mungkin pengeluar rokok juga mula rasa bersalah dengan apa yang mereka jual di pasaran dan tidak lagi mahu dilabel sebagai pedagang yang membunuh manusia demi keuntungan?
Inisiatif pengurangan kemudaratan tembakau (THR) wajar dipertimbangkan, keberkesanan lebih tinggi
Langkah mengurangkan kemudaratan tembakau akibat tabiat merokok dalam kalangan rakyat Malaysia perlu dipertimbangkan oleh kerajaan.