PUTRAJAYA: Inisiatif penstrukturan semula Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) akan dilaksanakan secara berfasa melibatkan pembaharuan tadbir urus Pusat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.
Dalam hantarannya di rangkaian sosial X, Azalina berkata penstrukturan semula itu turut melibatkan pengenalan Mahkamah Timbang Tara AIAC mengikut pindaan undang-undang sedia ada.
Beliau berkata penginstitusian Lembaga Penasihat AIAC yang beralih kepada Lembaga Pengarah AIAC, berusaha untuk membuktikan pembangunan strategik Pusat pada masa hadapan.
"Inisiatif penstrukturan ini antara lain akan melibatkan pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang diamanahkan untuk menguruskan operasi dan pentadbiran harian Pusat," katanya.
Azalina mengumumkan pemformalan Perjanjian Tambahan kepada Perjanjian Tuan Rumah (HCA) antara kerajaan Malaysia dan Pertubuhan Perundingan Undang-Undang Asia Afrika (AALCO) di AIAC Malaysia hari ini.
Beliau berkata inisiatif itu merupakan pencapaian penting bagi AIAC sejak pelantikannya pada 1978 kerana ia menandakan pelancaran rasmi beberapa pembaharuan penting dari aspek tadbir urus, struktur dan pentadbiran.
"Ia sememangnya satu lonjakan luar biasa daripada penjenamaan semula AIAC semasa saya memegang jawatan menteri sebelum ini pada 2018, yang menyaksikan pengantarabangsaan identitinya daripada Pusat Timbang Tara Serantau Kuala Lumpur (KLRCA) ke Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) Malaysia," katanya.
Azalina berkata agenda pembaharuan institusi mengesahkan dedikasi berterusan kerajaan Malaysia untuk mengukuhkan peranan dan fungsi AIAC, selaras dengan mandatnya sebagai Tuan Rumah di bawah HCA dan pengiktirafan status AIAC sebagai institusi bebas dan berkecuali di bawah AALCO.
Beliau berkata kerajaan juga telah memberi kebenaran supaya AIAC terus menduduki dan menggunakan Bangunan Sulaiman bagi tujuan pengoperasian AIAC bagi mengekalkan pertumbuhan Pusat yang mampan.
"Saya gembira AALCO telah mengiktiraf dan mengalu-alukan inisiatif itu yang selaras dengan piawaian antarabangsa institusi timbang tara yang mantap," katanya.
Menteri itu juga mengucapkan terima kasih kepada AALCO dan Setiausaha Agungnya, Dr Kamalinne Pinitpuvadol atas sokongan dan sumbangan kepada inisiatif pembaharuan tersebut.
Sementara itu, beliau memberi jaminan kepada AALCO bahawa mempromosikan Malaysia sebagai pusat timbang tara pilihan sentiasa menjadi keutamaan Kerajaan MADANI dalam usaha berterusan untuk meletakkan AIAC dalam kedudukan penting di peringkat pusat timbang tara antarabangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 20 2024

Azalina berkata penstrukturan semula itu turut melibatkan pengenalan Mahkamah Timbang Tara AIAC mengikut pindaan undang-undang sedia ada. - Gambar fail/BERNAMA
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.

Peguam Negara dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah AIAC Malaysia
Peguam Negara Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) Malaysia.

Inisiatif penstrukturan semula AIAC dilaksana secara berfasa - Azalina
Inisiatif penstrukturan semula Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) akan dilaksanakan secara berfasa melibatkan pembaharuan tadbir urus Pusat.

Rayuan Thomas batal saman Sundra Rajoo didengar 13 Jun
Rayuan Tommy Thomas dan 12 lagi untuk membatalkan saman yang dikemukakan oleh Sundra Rajoo berhubung penahanan serta pendakwaan salah terhadapnya, akan didengar oleh Mahkamah Rayuan pada 13 Jun.

Perbicaraan penuh bagi saman Sundra Rajoo terhadap Tommy Thomas dan 12 lagi
Saman yang dikemukakan Datuk Profesor Dr N. Sundra Rajoo terhadap Tan Sri Tommy Thomas dan 12 lagi akan didengar pada perbicaraan penuh oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Tommy Thomas, 12 lain mohon batal saman Sundra Rajoo berhubung pendakwaan salah
Sundra Rajoo selaku plaintif turut menamakan Datuk Seri Mohamad Shukri Abdull sebagai defenden.

Malaysia bersedia jadi hab selesaikan pertikaian peringkat global - Wan Junaidi
Malaysia bersedia menjadi hab bagi menyelesaikan pertikaian di peringkat global dengan pelancaran Kaedah-Kaedah Timbang Tara-i 2021.

Sundra Rajoo saman Tommy Thomas, 12 yang lain berhubung pendakwaan salah
Bekas Pengarah Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) Datuk Prof N. Sundra Rajoo hari ini memfailkan saman terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.

Pertikaian dengan George Kent bagi projek LRT3, MRCB dapat penyelesaian RM2.3 juta
Pertikaian itu berpunca daripada pilihan mendapatkan pembiayaan untuk MRCB George, yang ditubuhkan untuk melaksanakan projek pembinaan Transit Aliran Ringan (LRT3).

Tertuduh harus diberi peluang semak semula kuasa budi bicara AG untuk mendakwa - Mahkamah Persekutuan
Seorang tertuduh harus diberi peluang untuk menyemak semula kuasa budi bicara Peguam Negara.

Tun Arifin Zakaria dilantik Pengerusi Majlis Penasihat AIAC
AIAC akan meneruskan kecemerlangan sebagai sebuah institusi ADR dan pusat timbang tara yang unggul serta terkemuka di dunia.