KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) akan melancarkan inisiatif Saringan Kesihatan Nasional bulan Julai ini bagi mengesan kes-kes penyakit yang tidak berjangkit (NCD) dalam negara, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata KKM menyasarkan 1.5 juta orang berumur 40 tahun ke atas yang tidak pernah menjalani saringan kesihatan sebelum ini, diberi pemeriksaan kesihatan percuma, termasuk ujian darah dalam najis (FOCB) untuk kanser kolorektum dan saringan kanser payudara di klinik awam dan swasta.
"Kita kini perlu melihat banyak prosedur perubatan dan pembedahan yang tertunda sejak dua tahun lepas dan salah satunya adalah pemeriksaan kesihatan. Jumlah saringan kesihatan kita sejak dua tahun lepas memang menurun," katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada perhimpunan Strategic Roundtable on Behavioural Sciences for Better Health, Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) Sesi ke-75 di Geneva, Switzerland hari ini.
Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS), satu daripada lima orang dewasa atau 3.9 juta orang berumur 18 tahun ke atas di Malaysia menghidap diabetes; manakala tiga daripada 10 atau 6.4 juta orang mempunyai tekanan darah tinggi; dan empat daripada 10 orang atau lapan juta orang mengalami kolesterol tinggi.
Khairy berkata KKM sedang menimbang untuk memperluaskan penggunaan aplikasi MySejahtera untuk NCD, termasuk untuk menetapkan tarikh janji temu pemeriksaan kesihatan.
Beliau yang juga Naib Presiden WHA ke-75 seterusnya menegaskan bahawa sains tingkah laku kini merupakan barisan pertahanan pertama dalam sistem kesihatan Malaysia kerana ia memainkan peranan besar dalam memerangi pandemik COVID-19.
Sehubungan itu Khairy berkata pelaburan dalam unit tingkah laku adalah penting bagi setiap kementerian, pertubuhan atau kerajaan untuk mengumpul data, dan KKM telah menubuhkan unit baharu yang memfokuskan kepada kajian dorongan tingkah laku selain mempunyai Institut Penyelidikan Tingkah Laku Kesihatan (IHBR).
Beliau turut berkongsi pengalaman dan kejayaan Malaysia tentang bagaimana sains tingkah laku menyokong tindak balas negara terhadap COVID-19, sambil menjelaskan bahawa tiga fokus utama memberi kesan terhadap sains tingkah laku, iaitu mempunyai komunikasi yang jelas dan meyakinkan, mengeluarkan arahan yang boleh dilaksanakan, dan membentuk dorongan.
WHA, badan pentadbir utama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), ialah acara tahunan yang menghimpunkan menteri kesihatan, ketua pengarah kesihatan dan pakar dalam bidang itu, untuk mencapai kata sepakat mengenai pelaksanaan dasar, program, WHO, hala tuju, komitmen dan strategi baharu mengenai penjagaan kesihatan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 27 2022

KHAIRY: Jumlah saringan kesihatan kita sejak dua tahun lepas memang menurun. - Gambar fail/Astro AWANI
"..tapi mereka sebelum apa-apa dah tuduh kita paksa sokong PM.." - PM
Perdana Menteri menjawab kepada soalan wartawan berkenaan peruntukan kepada ahli parlimen pembangkang bahawa mandat telah diberikan kepada Timbalan Perdana Menteri tetapi mereka masih berdolak dalih.
#AWANInews
#AWANInews
Penutupan separa LRA Telibong, gangguan air di KK & Tuaran
Sebahagian pengguna di Kota Kinabalu dan Tuaran dinasihatkan bersiap sedia menghadapi gangguan bekalan air susulan penutupan separa kecemasan di Loji Rawatan Air Telibong II fasa I.
Gabungan pemimpin berpengalaman dan belia kukuhkan PN
Perikatan Nasional (PN) YAKIN Gabungan kepimpinan berpengalaman bersama barisan anak muda dapat memeperkukuhkan lagi kedudukannya.
Angkat martabat, selesaikan masalah rakyat
Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee menyatakan rakyat Sabah bijak dalam menentukan masa depan politik mereka.
Jambatan Muara Lassa hubungkan Pulau Bruit ke Matu & Daro
Jambatan Muara Lassa sepanjang 2.43 kilometer dengan kos RM600 juta yang menghubungkan pulau Bruit ke Matu dan Daro bertujuan meningkatkan akses darat bagi penduduk kawasan luar bandar.
462 diperiksa, 139 PATI ditahan sekitar Tawau dan Semporna
Seramai 462 orang diperiksa dan 139 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan melalui OP Sapu yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah sekitar daerah daerah Tawau dan Semporna pada Jumaat dan Sabtu.
ATM perkukuh semangat patriotik penduduk Pantai Timur Sabah
Program kenegaraan dalam kalangan penduduk Pantai Timur Sabah anjuran ATM menekankan pengisian kesedaran keselamatan serta pengukuhan nilai-nilai patriotik dan cintakan tanah air.
"Mengingatkan kepada teguran, kritikan dan hasrat rakyat.." - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu antara tujuan permukiman jemaah menteri ini adalah untuk menilai prestasi kerja para menteri supaya dapat diperbaiki berikutnya. Walaupun ada beberapa angka pencapaian membanggakan, namun ada juga masalah yang perlu dilakukan penyesuaian, tambah beliau.
#AWANInews
#AWANInews

Permukiman Jemaah Menteri: 'Saya tak kata semua sempurna, tapi bangga mereka ambil serius teguran' - PM
Sidang penilaian prestasi ini berfungsi sebagai platform untuk menerima laporan dan teguran daripada pihak berkecuali, termasuk akademik dan penjawat awam.

ADUN Air Kuning meninggal dunia selepas bermain bola sepak
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Kuning, Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia selepas bermain bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, petang tadi.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Kusta: Tiada vaksin, tangani dengan amalan kebersihan dan penjagaan kesihatan
Penyakit kusta tiada vaksin khusus dan merebak melalui titisan udara. Pencegahan terbaik adalah dengan menjaga kebersihan diri serta kesihatan yang baik.

Situasi kusta di Kuala Pilah terkawal, pesakit tidak perlu lagi diasing - KKM
KKM memberi jaminan situasi kusta di Kuala Pilah dalam keadaan terkawal dan pesakit kusta tidak perlu diasingkan susulan terdapat rawatan berkesan bagi penyakit itu.

Penyakit kusta: PKD ambil langkah proaktif, lakukan pencegahan awal
PKD melakukan pencegahan awal terhadap penyakit kusta menerusi saringan dan pemeriksaan terhadap penduduk di Kampung Orang Asli (KOA) Chergun dan KOA Guntur di sini, sejak Ogos lepas.

Wabak kusta: KKM minta jangan terpengaruh dengan sumber tidak tepat
KKM meminta agar masyarakat tidak bimbang dan terpengaruh dengan sebarang spekulasi atau sumber tidak tepat berhubung wabak kusta di Kampung Orang Asli Chergun dan Guntur, Kuala Pilah.

Vaksin influenza percuma untuk warga emas di Melaka mulai hari ini
Vaksin influenza percuma untuk warga emas di Melaka mulai hari ini

Vaksin influenza percuma untuk warga emas sakit kronik mulai 18 Feb - KKM
Warga emas, iaitu mereka yang berumur 60 tahun ke atas dan mempunyai sekurang-kurangnya satu penyakit kronik tersenarai, boleh mendapatkan vaksin influenza secara percuma bermula 18 Feb ini.

Pengharaman penuh industri vape di Malaysia bukan penyelesaian yang adil - Nanostix
Nanostix Innovations Sdn Bhd dalam satu kenyataan mahu kerajaan menekankan pertimbangan utama bagi memastikan pelaksanaan yang lebih seimbang.

Pengendali makanan di tapak pesta perlu dapatkan suntikan antitifoid - KKM
Semua pengendali perlu dipastikan menghadiri Latihan Pengendali Makanan (LPM) di Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diiktiraf.

Tiada trend peningkatan influenza, tiada kes selesema burung - KKM
Malaysia tidak menunjukkan trend peningkatan kes influenza dan tidak merekodkan sebarang kes selesema burung (avian influenza) dalam kalangan manusia, demikian menurut Kementerian Kesihatan (KKM).