PUTRAJAYA: Hakim Mahkamah Rayuan hari ini menasihati seorang lelaki yang dihukum penjara 20 tahun dan 12 sebatan kerana merogol dan melakukan seks luar tabii terhadap seorang wanita, supaya meminta ampun dengan Allah atas perbuatannya itu.
Hakim Datuk Ghazali Cha turut menasihati Mohamad Nurhadi Othman, 31, agar tidak mengulangi kesalahan sama apabila keluar dari penjara.
"Kamu orang Islam, maka bersungguh-sungguhlah minta ampun dengan Allah sepanjang tempoh kamu di penjara dan solat lima waktu. Saya harap apabila kamu keluar dari penjara nanti, kamu benar-benar insaf," kata Hakim Ghazali.
Terdahulu panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Seri Kamaludin Md Said menolak rayuan Mohamad Nurhadi, selaku perayu untuk mengetepikan hukuman penjara dan 12 sebatan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, pada 14 Mei 2019.
"Kamu memang bernasib baik kerana hukuman terhadap kamu diperintahkan berjalan secara serentak. Ada (tertuduh) yang dikenakan hukuman penjara maksimum 30 tahun...ada yang menjalani hukuman penjara 15 tahun dahulu, selepas habis, sambung lagi 15 tahun...mati pun dalam penjara.
"Hukuman yang dijatuhkan sebelum ini adalah munasabah dan tiada alasan untuk mahkamah ini mengganggu dapatan mahkamah sebelum ini yang menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun dan 12 sebatan. Oleh itu, rayuan perayu ditolak dan hukuman sebelum ini dikekalkan," kata Hakim Kamaludin yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Abu Bakar Jais dan Ghazali.
Mohamad Nurhadi sebelum ini dikenakan hukuman penjara 15 tahun dan enam sebatan bagi tiga pertuduhan melakukan seks luar tabii terhadap wanita berusia 21 tahun itu di sebuah kedai pakaian di Jalan Bukit Kecil, Kuala Terengganu, Terengganu antara 10.10 hingga 10.55 malam, 1 Ogos 2018, mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan.
Lelaki itu juga dikenakan hukuman penjara 20 tahun dan enam sebatan atas tuduhan merogol wanita itu yang bekerja di kedai tersebut di lokasi, tarikh dan masa sama, mengikut Sesyen 376 kanun sama.
Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu berjalan secara serentak menjadikan hukuman yang perlu dijalani lelaki itu ialah penjara 20 tahun dan 12 sebatan. Dia juga sedang menjalani hukuman penjara 10 tahun dan 12 sebatan, kerana merompak mangsa sama namun tidak merayu bagi hukuman kesalahan itu.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Atiqah Abdul Karim@Husaini berhujah, perayu telah merancang untuk melakukan perbuatan itu kerana sehari sebelum kejadian, dia berada di sebuah kedai serbaneka bersebelahan dengan tempat kerja mangsa.
Atiqah berkata berdasarkan fakta kes semasa mangsa berada di tempat kerjanya, perayu telah datang dan memintanya untuk mencuba pakaian yang ingin dibelikan untuk teman wanitanya.
"Ketika mangsa mencuba pakaian, perayu telah mengacukan pisau ke leher wanita itu sebelum merogol, meliwat dan memaksa mangsa melakukan seks oral terhadapnya. Perayu juga telah merompak dua utas gelang emas mangsa," katanya yang turut memaklumkan kejadian itu memberi kesan trauma terhadap mangsa.
Peguam Mohamad Nor Hisam Hussain, yang mewakili perayu berhujah anak guamnya telah mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan dan dia tidak mempunyai rekod kesalahan lampau selain memohon hukuman penjara minimum.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 15 2021

Hakim Datuk Ghazali Cha turut menasihati Mohamad Nurhadi Othman, 31, agar tidak mengulangi kesalahan sama apabila keluar dari penjara. - Gambar hiasan

Ukraine sedia terima gencatan senjata 30 hari dengan Rusia
Ukraine menyatakan kesediaannya untuk menerima gencatan senjata selama 30 hari dengan Rusia, ketika delegasi dari Kyiv dan Washington bertemu di Arab Saudi.

Perdagangan borong, runcit Malaysia cecah RM148.9 bilion pada Januari 2025
Perdagangan runcit mencatatkan jualan sebanyak RM66.1 bilion, meningkat 8.2 peratus atau RM5.0 bilion berbanding tahun lalu.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka berkembang 4.5 - 5.0 peratus - SME Bank
Jangkaan ini mencerminkan sentimen ekonomi yang positif, selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI yang menekankan pertumbuhan mampan.
AWANI Pagi: Menjelang Aidilfitri - Tiket bas ada lagi nak balik raya?
Mungkin ada yang mula gelisah, ada lagi ke tiket bas nak balik raya? Ikuti perkongsian Pengurus Kanan Operasi TBS, Faizal Redza Redzuan berkenaan kemas kini semasa tiket bas untuk anak perantau yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi

Bursa Malaysia dibuka rendah, indeks utama susut di bawah paras 1,500
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menguncup 20.53 mata atau 1.35 peratus kepada 1,499.62 daripada 1,520.15 pada akhir dagangan semalam.

Video tular: Polis kesan individu bertengkar di Lebuhraya EDL
Video berdurasi 27 saat itu menunjukkan seorang lelaki bertikam lidah dengan individu lain.

Saman sekolah selepas alami tekanan mental
Ortiz menyaman sekolah itu atas dakwaan pengabaian pendidikan yang menyebabkan tekanan emosi.

SPRM tahan 16 individu disyaki terlibat rasuah membabitkan pendaftaran kelahiran
SPRM telah melancarkan Op Outlander dan Op Birth semalam membabitkan serbuan ke atas beberapa premis.

Warga emas cedera digigit anjing liar ketika pulang dari bazar
Pengadu mendapati anjing tersebut tidak bertuan kerana tidak pernah nampak mana-mana individu yang membawa atau bersama anjing tersebut.

Lima video 'deepfake' janaan AI berkaitan penipuan pelaburan dikesan sejak tahun lepas
Polis telah mengesan lima video deepfake berkaitan penipuan pelaburan yang dihasilkan menggunakan AI dan diviralkan di media sosial.

Indeks Kebebasan Media: Fahmi minta Wan Saiful insaf
Fahmi membidas kenyataan Wan Saiful yang menyalahkan beliau atas kemerosotan kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media bagi tahun ini.

Bekas penagih OKU nekad berubah, kini aktif bidang pertanian
Akibat tersalah memilih kawan semenjak 20 tahun lalu, perjalanan kehidupan Ali (bukan nama sebenar) berubah sekelip mata apabila terjerumus dengan kegiatan penyalahgunaan najis dadah.

Ramadan medan insafi diri, imarahkan masjid - Sultan Selangor
Baginda turut menasihati umat Islam untuk menjauhi perbuatan tercela seperti mengadu domba dan menyebar fitnah.

Insaflah, minta ampun dengan Allah, kata hakim kepada lelaki rogol, lakukan seks luar tabii
Hakim Datuk Ghazali Cha turut menasihati Mohamad Nurhadi Othman, 31, agar tidak mengulangi kesalahan sama apabila keluar dari penjara.

Lelaki ugut tetak ibu didenda RM6,000
Tertuduh Mohd Helmi Mohamed, 33, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan di hadapan Majistret Kamarul Hasyime Rosli.

'Saya rasa macam masuk dalam kubur' - 27 hari menginsafkan Jamal
Menurutnya, situasi dalam tahanan membuatkan beliau lebih positif dan kental berdepan kehidupan yang serba kekurangan.