SERDANG: Insentif melibatkan kesihatan bagi peneroka seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sambutan Hari Peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) 2023, dirumuskan sebagai yang terbaik dalam aspek penjagaan kesihatan warga Felda.
Seorang peneroka dari Felda Mengkuang, Triang, Pahang, Mohd Saiful Matsaman berkata, rata-rata peneroka merupakan generasi pertama yang semakin berumur dan memerlukan bantuan penjagaan kesihatan.
"Memang ramai dah tua, jadi saya rasa bantuan kesihatan yang PM (Anwar) umum adalah yang terbaik, sedikit sebanyak dapat membantu peneroka," katanya ketika ditemui selepas Sambutan Hari Peneroka Felda 2023 di sini pada Jumaat.
Antara pengumuman Anwar untuk warga Felda bagi penjagaan kesihatan ialah Sumbangan Kesihatan Rahmah (SKR) yang melibatkan peruntukan RM21.21 juta dan pembinaan pusat hemodialisis dengan peruntukan RM21 juta.
Insentif khas SKR sebanyak RM300 itu akan memanfaatkan 70,715 peneroka yang berumur 65 tahun ke atas, manakala 12 pusat hemodialisis akan dibina di semua wilayah Felda dan sebuah lagi di premis Yayasan Felda di Kelana Jaya, yang akan memanfaatkan 2,000 pesakit.
Mengulas mengenai SKR, Rafean Naim dari Felda Bukit Puchong, Triang, Pahang berkata bukan nilai RM300 yang dipandang, sebaliknya usaha kerajaan untuk menjaga kebajikan dan kesihatan orang tua sepertinya amatlah dihargai.
"Macam saya ini dah tua, umur 72 tahun, pendapatan pun tak seberapa kena jaga cucu lagi, jadi bila perdana menteri umumkan SKR ini, saya gembira sebab tak perlu fikir kos jaga kesihatan," katanya.
Warga Felda Maokil, Segamat, Johor Siti Rosnizalina Zulkifli, 35, berkata keputusan kerajaan menanggung perbelanjaan kos operasi bagi lampu jalan disambut baik, memandangkan beliau dan rakan-rakan belianya dalam usaha merencanakan aktiviti belia di kawasannya, serta memerlukan sumber pencahayaan.
"Kita tidak mahu sia-siakan semangat belia yang mahu turut serta dalam aktiviti yang sedang diusahakan. Bukan maksud tiada lampu langsung di kawasan Felda, namun hanya ada di jalan utama sahaja," katanya.
Anwar turut mengumumkan kerajaan meluluskan peruntukan RM7.7 juta setahun bagi menanggung perbelanjaan kos operasi bagi 37,012 lampu jalan di rancangan Felda seluruh negara. - BERNAMA
Bernama
Fri Jul 07 2023

Anwar (depan, tengah) bersama kumoulan peneroka Felda yang menghadiri acara Sambutan Hari Peneroka Felda 2023 pada Jumaat. - Bernama
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Tujuh premis makanan di Gua Musang ditutup - Dr Zaini
Tujuh premis yang didapati tidak mencapai tahap kebersihan ditetapkan Kementerian Kesihatan diarahkan tutup dalam Operasi Bersepadu Premis Bersih Siri 01/2025 di Gua Musang, semalam.

Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya, mangsa di Johor berkurang
Keadaan di Kelantan pulih sepenuhnya petang tadi manakala jumlah mangsa ditempatkan di PPS di empat negeri iaitu Johor, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan tidak jauh berubah.

Johor hasrat perluas tanaman lada hitam
Johor berhasrat memperluas tanaman lada hitam berskala sederhana di negeri ini, kata Pengerusi Jawatankuasa, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri Datuk Zahari Sarip.

Suzana Idayu Wati wanita pertama dilantik Pengarah Besar Felda
Ahli Lembaga Pengarah Felda Datuk Suzana Idayu Wati Osman dilantik sebagai Pengarah Besar Felda yang baharu berkuat kuasa hari ini, menjadi wanita pertama dilantik ke jawatan berkenaan.

Felda mahu pupuk hubungan perniagaan Malaysia dan Indonesia
Felda bersedia untuk menghubungkan syarikat Malaysia, khususnya unit perniagaannya dengan firma dalam KEIND untuk meneroka peluang baharu di kedua-dua negara dan antarabangsa.

12 cedera dua kereta bertembung di Jengka
Sebanyak 12 individu termasuk empat kanak-kanak cedera selepas dua kereta bertembung di Jalan Felda Jengka 4 menghala Maran hari ini.

Taaveekun, KPF Agro Properties perluas kerjasama, edar baja perapi tanah untuk ladang Felda
Kumpulan Taaveekun akan terus memperluaskan kolaborasi bersama KPF Agro Properties Sdn. Bhd dalam penghasilan dan pembekalan perapi tanah untuk merawat tanaman sawit di ladang-ladang FELDA di Malaysia

'Jangan lupa jasa peneroka awal Felda' - PM Anwar
Jasa peneroka awal Felda jangan sesekali dilupakan kerana golongan itu merupakan pengasas tanah rancangan tersebut dan hasil usaha mereka, dinikmati generasi masa kini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bincang, teliti rayuan untuk serah tanah adat kepada penduduk di Tambisan - Anwar
Kerajaan Persekutuan dan negeri, serta Felda, akan adakan perbincangan untuk meneliti rayuan mengenai penyerahan semula tanah adat di Tambisan.

Malaysia mahu berbaik dengan semua negara - Anwar
Beliau meminta tidak ada pihak cuba menekan negara dalam menjalin hubungan diplomatik dengan negara-negara lain.