KAJANG: Insiden membaling batu ke arah bas membawa penyokong pasukan Perak FC di Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) dekat sini, Ahad lepas hanya perbuatan nakal dan tiada motif spesifik, kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.
Beliau berkata ia bukan satu pergaduhan dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.
"Dua lelaki itu telah pun ditahan. Tiada sebarang motif spesifik. Lebih kepada perbuatan nakal dan bukan untuk cederakan sesiapa.
"Insiden juga tidak beri kerosakan yang besar kepada mana-mana pihak," katanya.
Hussein berkata demikian selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Kajang baharu antara ACP Mohd Zaid Hassan dengan penggantinya ACP Naazron Abdul Yusof di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di sini hari ini.
Mohd Zaid dilantik sebagai Ketua Jabatan Pengurusan Selangor baharu manakala Naazron sebelum ini bertugas sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi.
Isnin lepas, dua lelaki ditahan gara-gara membaling batu ke arah bas membawa penyokong The Bos Gaurus selepas perlawanan bola sepak Liga Super antara Selangor FC dan Perak FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Ja'afar dilaporkan berkata kedua-dua lelaki berusia 17 dan 20 tahun itu bertindak membaling batu ke arah bas terbabit yang sedang menghala ke arah utara.
Dalam perkembangan lain, Hussein berkata pihaknya percaya kejadian rompakan senjata api di kedai emas di sini pada 17 Jun lepas tidak mempunyai kaitan dengan rompakan berlaku di Perlabuhan Klang pada 13 Jun.
"Dua insiden rompakan di Kajang dan Klang Selatan, polis percaya ia daripada kumpulan berbeza," katanya berkaitan kes seorang lelaki bersenjatakan pistol hanya mengambil masa kurang satu minit untuk melarikan barang kemas bernilai RM27,000 dalam kejadian di Pelabuhan Klang, di sini, pada 13 Jun.
Pada 17 Jun, media melaporkan polis memburu empat lelaki bertopeng dan bersenjata dipercayai merompak sebuah kedai emas dalam bangunan di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 26 2024
Hussein berkata, ia bukan satu pergaduhan dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan. - Foto fail/Sinar Harian
Perubahan iklim: Malaysia seru ASEAN bersatu dalam tindakan iklim
Malaysia menggesa negara anggota ASEAN mengambil pendirian yang lebih tegas dan bersatu dalam menangani isu perubahan iklim sempena pemegangannya sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.
Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih
Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih
Sultan Kedah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268
Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268 yang berlangsung di Istana Negara hari ini.
Hujan, pencemaran bau punca K9 gagal kesan Zayn Rayyan
Pencarian kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matin oleh Unit Anjing Pengesan (K9) Pulapol Kuala Lumpur tidak berhasil selepas berlaku hujan di kawasan kejadian.
[TERKINI] Taklimat media Khazanah Annual Review 2025
Ikuti taklimat media oleh Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir sempena Khazanah Annual Review (KAR) 2025 di Innovation Centre, Mercu UEM.
'Bukan main masukkan saja sesuka hati' - YB Masjid Tanah
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengkritik & mempersoalkan kesahihan data kemasukan pelancong asing yang dinyatakan Menteri Pelancongan, Tiong King Sing dalam laporan media sebelum ini.
#AWANInews
#AWANInews
Perang perdagangan tidak akan jejas pertumbuhan KDNK Malaysia pada 2025 - Rafizi
Malaysia berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran KDNK 2025 walaupun berdepan risiko daripada perang tarif.
Khazanah Nasional catat untung operasi RM5.1 bilion pada 2024
Khazanah Nasional Berhad mencatat keuntungan operasi sebanyak RM5.1 bilion bagi tahun kewangan 2024, berbanding RM5.9 bilion pada 2023.
Sidang Dewan Rakyat kecoh, bilangan Ahli Parlimen tidak cukup korum
Sidang Dewan Rakyat kecoh susulan isu bilangan Ahli Parlimen yang hadir didapati tidak cukup korum pada sesi perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja, pada Rabu. #AWANInews
NAFAS: Syarikat subsidiari tidak berfungsi akan digabung atau ditutup
Syarikat subsidiari Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) akan distruktur semula melalui proses penggabungan bagi meningkatkan kecekapan operasi.
Penganggur ditahan, tujuh kes penipuan selesai
Polis Selangor berjaya menyelesaikan tujuh kes penipuan di beberapa negeri termasuk menyamar sebagai pihak berkuasa dengan penahanan seorang lelaki warga tempatan.
Polis sahkan terima laporan bekas Naib Canselor UKM
Polis mengesahkan menerima laporan daripada bekas Naib Canselor UKM Prof Datuk Mohd Ekhwan Toriman berhubung dakwaan fitnah dan tohmahan yang dilontarkan kepadanya.
Suspek wanita didakwa tipu isteri Along Cham ada lima kes jenayah - Polis
Wanita itu kini direman empat hari manakala suaminya direman tiga hari untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Kes tipu isteri pelawak: Polis tahan pasangan suami isteri
Hussein Omar Khan berkata kedua-duanya yang berusia lingkungan 20-an ditahan di kediaman mereka di Salak Tinggi, Sepang, Selangor, malam tadi.
Polis buru saki baki suspek kes tembak di Tanjung Rhu, Banting
Polis berusaha mengesan dan memburu saki baki kumpulan warga asing yang bertindak menyerang anggota Maritim Malaysia di perairan Tanjung Rhu, Banting.
Polis Selangor sahkan kes tembakan libatkan APMM, warga asing
Pengadu terima tiga pesakit lelaki disyaki warga asing dalam keadaan sedar dan mengalami kecederaan kesan tembakan di anggota badan.
Seorang maut, empat cedera dalam kejadian tembak di Pantai Morib
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan seorang maut dan empat lagi cedera dalam satu kejadian tembak pada Jumaat.
Kes tipu umrah: Suami isteri akan ditahan semula polis Johor
Pasangan suami isteri yang juga pemilik syarikat pelancongan kontroversi kerana didakwa gagal menerbangkan jemaah akan ditangkap semula untuk siasatan kes tipu di Johor.
Tipu umrah: Polis kesan terdapat unsur penipuan
Polis mengesan terdapat unsur penipuan berhubung kes sebuah syarikat yang didakwa melakukan penipuan pakej umrah membabitkan kerugian RM2.1 juta.
Pelaburan tidak wujud: Pengurus syarikat rugi lebih RM6.1 juta
Tertarik dengan tawaran keuntungan mencecah jutaan ringgit, seorang pengurus syarikat swasta berputih mata apabila mengalami kerugian RM6.1 juta selepas terpedaya dengan sindiket pelaburan tidak wujud