GEORGE TOWN: Ibu Mohd Dawisy Zarif Mohd Khairi, 12, kanak-kanak lelaki yang melecur selepas terkena renjatan elektrik di bilik jana kuasa Tenaga Nasional Berhad (TNB) Taman Seri Bayu, Bayan Lepas, semalam, mengetahui mengenai kejadian menimpa anak bongsunya itu menerusi kumpulan WhatsApp.
Suhana Samsudin, 37, berkata ketika kejadian dia sedang bekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) dan terkejut mendapati rakaman video dikongsi di dalam kumpulan itu adalah mengenai anaknya, sebelum bergegas pulang sekitar 5 petang.
Dia turut dihubungi oleh rakan anaknya tidak lama selepas itu yang memberitahu Mohd Dawisy terbakar.
"Ketika saya sampai anak saya masih berada di situ (kawasan kejadian) dan dibawa ke surau sebelum dihantar ke ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dengan bantuan Angkatan Pertahanan Awam (APM).
"Sepanjang tempoh itu anak saya berada dalam keadaan sedar. Dia asyik panggil saya cakap mama tolong adik, adik sakit...tolong adik panas," katanya ketika ditemui di HPP, hari ini.
Bapa kanak-kanak itu Mohd Khairi Abdul Ghani, 38, berkata ketika kejadian dia berada di Lumut, Perak kerana bertugas dan terus pulang sebaik dimaklumkan anak bongsu daripada tiga beradik itu ditimpa kemalangan.
Beliau berkata menjadi kebiasaan kanak-kanak di kawasan perumahan tersebut termasuk anaknya bermain bola di gelanggang futsal di situ dan ini kali pertama kejadian seumpama itu berlaku.
"Saya tidak tahu bagaimana kejadian berlaku tetapi dimaklumkan dia masuk ke situ (bilik jana kuasa) untuk ambil bola, kembarnya pula tidak ikut bermain kerana tidur di rumah.
"Tahap melecur badan anak saya adalah 50 peratus dan ketika ini, dia masih di bawah pemantauan doktor dan ditidurkan," katanya.
Menurut Mohd Khairi, anaknya yang juga murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Bayan Lepas 2 memang seorang yang ceria dan aktif terutama dalam sukan bola sepak dan pernah mewakili sekolahnya dalam sukan itu.
"Dia anak yang kuat, saya harap dia dapat bertahan dan kembali pulih seperti sediakala," katanya.
Terdahulu, dalam kejadian kira-kira 4.50 petang itu, Mohd Dawisy dikatakan bermain bola sepak bersama rakan-rakannya sebelum bola termasuk ke dalam bilik jana kuasa TNB.
Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berdasarkan maklumat awal, kanak-kanak itu masuk ke kawasan bilik jana kuasa tersebut untuk mengambil bola dan dikatakan terjatuh sebelum terkena renjatan elektrik dan dihantar ke HPP untuk rawatan lanjut.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 17 2023

Ibu mangsa terkejut mendapati rakaman video dikongsi di dalam kumpulan itu adalah mengenai anaknya, sebelum bergegas pulang sekitar 5 petang. - Foto Sinar Harian

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.

Insiden bilik jana kuasa, ibu tahu anak melecur dari kumpulan WhatsApp
Ibu mangsa terkejut mendapati rakaman video dikongsi di dalam kumpulan itu adalah mengenai anaknya, sebelum bergegas pulang sekitar 5 petang.