KUALA LUMPUR:Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada penduduk Kampung Bantal, Jerantut, Pahang yang berjaya menyelamatkan tiga petugas Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kejadian bot karam di Sungai Tembeling semalam.
KKM menerusi hantaran Facebook malam tadi berkata ucapan penghargaan itu disampaikan menerusi Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
"KKM amat menghargai dan menyanjung tinggi tindakan berani itu. Segala kebaikan dan semangat setiakawan yang ditunjukkan oleh penduduk Kampung Bantal ini harus disuburkan menjadi nilai-nilai murni dalam masyarakat Malaysia.
"Pengorbanan tiga petugas KKM yang terlibat dalam kejadian itu amatlah tinggi dalam melaksanakan tugas dan amanah mereka pada negara ini. Anda semua adalah wira-wira barisan hadapan negara," kata Muhyiddin.
Dalam kejadian kira-kira 1.30 tengah hari yang berlaku di Jeti Klinik Kesihatan Kampung Bantal itu, tiga kakitangan Klinik Kesihatan Kampung Bantal di Taman Negara Jerantut Pahang nyaris lemas apabila bot mereka terbalik dan mereka dibawa arus Sungai Tembeling.
Bot yang membawa penolong pegawai perubatan, pekerja am klinik dan seorang tekong dipercayai mengalami masalah enjin dan terbalik sebelum tersangkut pada pokok di tebing sungai yang menyebabkan semua petugas KKM tersebut hanyut.
Menurut kenyataan itu, penolong pegawai perubatan dan tekong bot sempat berpaut pada dahan pokok berhampiran lokasi kejadian, manakala pekerja am terbabit berpaut pada bot dan dibawa arus sejauh 300 meter sebelum berjaya menyelamatkan diri dengan bergayut pada dahan pokok berhampiran.
Semua mangsa diselamatkan penduduk kampung itu dengan bot berkenaan ditemukan kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 20 2020
Semua mangsa diselamatkan penduduk kampung itu dengan bot berkenaan ditemukan kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian. -Gambar/ Facebook @DGHisham
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Angka korban kebakaran Los Angeles meningkat kepada 28
Menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California, setakat ini, empat kebakaran liar masih berlaku di seluruh Los Angeles County.
11 penumpang maut, ramai cedera dalam nahas kereta api di Maharashtra, India
Sekurang-kurangnya 11 penumpang maut manakala ramai lagi cedera selepas dilanggar oleh sebuah kereta api di negeri Maharashtra, India, pada Rabu.
10 Berita Pilihan - (22 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis – 23 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kebakaran resort ski, Presiden Turki hadir beri penghormatan terakhir
Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan takziah serta mendoakan agar mereka dirahmati oleh tuhan.
2 maut, 12 hilang selepas bot nelayan karam di Pulau Jeju
Daripada 27 kru, 15 berjaya diselamatkan, termasuk dua yang ditemukan tidak sedarkan diri dan dibawa ke hospital berhampiran.
Bot regata karam masih belum ditemukan - Pengarah UKPS
Bot regata yang karam di Sungai Sarawak hingga meragut nyawa lima kakitangan Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS), masih belum ditemukan.
Bot karam: Operasi SAR hari kedua ditangguh, tiada petunjuk baharu
JBPM telah melakukan 10 selaman setelah mengesan objek di dasar sungai, namun kesemuanya menunjukkan keputusan negatif dengan penglihatan sifar.
Bot lalui lokasi latihan regata perlu perlahankan pergerakan - Polis
Peserta regata turut disaran memakai jaket keselamatan ketika menjalani latihan selain penganjur pertandingan perlu menyediakan bot pengiring.
Latihan regata bertukar tragedi, lima peserta dikhuatiri lemas
Insiden melibatkan 15 peserta menggunakan satu bot untuk latihan regata. 10 individu berjaya selamatkan diri manakala lima yang lain masih hilang.
Polis nafi bot karam di Pulau Pangkor
Polis menafikan berlakunya kejadian bot pelancong karam di pusat peranginan Pulau Pangkor, seperti yang tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp.
Bapa mangsa harap bangkai bot dijumpai, yakin anak terperangkap
Dia percaya anak perempuannya terperangkap di dalam satu ruang tertutup di dalam bot berkenaan.
Operasi carilamat mangsa bot karam ditamatkan
Operasi mencari dan menyelamat (carilamat) dua mangsa bot karam di perairan Kemaman ditamatkan pada 7 malam ini.
Operasi mencari mangsa bot karam diteruskan pagi ini
Operasi yang memasuki hari ketiga akan melibatkan sektor pencarian seluas 407.8 batu nautika termasuk di laut dan udara.
'Pertama kali Aina sertai rombongan, tak sangka bertukar tragedi'- Bapa
Kali terakhir Muhamad Husaini bertemu anaknya, Aina Husna ialah pada Khamis lalu, ketika menemani untuk membeli barangan keperluan mencandat sotong.