Susulan penyebaran video kumpulan K-Pop B1A4 yang memeluk beberapa hadis Melayu memeluk beberapa gadis Melayu bertudung di atas pentas, Timbalan Mufti Negeri Perak, Zamri Hashim berkata insiden ini membuktikan wujudnya arus ganas liberalisme.
“Ia menjadikan kehendak serta hawa nafsu manusia menjadi fokus utama penganut aliran ini walaupun ianya bakal meruntuhkan nilai–nilai agama dan budaya dalam jiwa,” kata Zamri dalam satu kenyataan.
Tambahnya, gadis-gadis Muslimah, yang tenggelam dan hanyut dengan gelombang K-Pop, rela
diperlakukan dengan kelakuan yang tidak boleh diterima sama sekali oleh Islam dan budaya timur.
Walaupun JAKIM pernah mengeluarkan Garis Panduan Hiburan Dalam Islam pada 2007 namun Zamri berkata arus liberalisme menganggap garis panduan ini tidak berhak menghadkan kebebasan individu.
“Plot cerita ini akan berterusan dengan penampilan barisan peguam–peguam pejuang hak asasi manusia yang akan terus menentang Islam selagi mana tidak ada apa–apa tindakan terhadap individu mahupun syarikat yang terbabit,” katanya.
Beliau turut berharap agar ibu bapa dapat mengawasi anak-anak mereka.
“Daripada teruja dengan budaya K-Pop ini, ambillah budaya yang baik daripada orang-orang Korea seperti rajin bekerja, sayangkan identiti diri dan lain-lain,” tambahnya.
Satu agenda Kristian?
Sementara itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), A. Karim Omar mendakwa bahawa K-Pop mempunyai agenda Kristian.
Dalam laman blognya http://akarimomar.wordpress.com yang turut dikongsi di laman web Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Karim mendakwa ramai artis K-Pop adalah aktivis gereja dan terlibat langsung dalam dakyah agama Kristian.
“Sebahagian besar dari mereka adalah ahli kumpulan nyanyian gospel di gereja masing-masing semasa kecil/remaja – sebelum popular menjadi artis K-Pop.
“Malah ada yang mengatakan bahawa genre K-Pop adalah evolusi dari Korean Contemporary Christian Music (KCCM) yang bermula pada dekad 1970an sebelum K-Pop menjadi popular,” tulis Karim.
Tambahnya, hampir 80 peratus dari artis K-Pop beragama Kristian dan selebihnya adalah terdiri dari golongan atheis, Buddha dan kepercayaan animism.
“Mungkin ini adalah suatu penghinaan yang disengaja dan mungkin inilah agenda jahat terselindung pelampau evangelis Kristian yang telah memurtadkan anak-anak muda Melayu melalui percintaan yang terlanjur,” dakwanya lagi.
Video perjumpaan bersama peminat B1A4 yang berdurasi 3 minit 21 saat itu yang tersebar sejak Sabtu lalu itu menunjukkan aksi beberapa gadis Melayu berpelukan dengan anggota kumpulan berkenaan.
Turut dipaparkan aksi beberapa gadis berpelukan dan aksi mencium dahi di dalam video berkenaan.
B1A4 merupakan sebuah kumpulan muzik dari Korea Selatan di bawah naungan syarikat WM Entertainment.
Kumpulan dianggotai lima ahli iaitu Jung Jin Young, Shin Dong Woo, Lee Jung Hwan, Cha Seon Woo dan Gong Chan Sik, membuat penampilan sulung pada tahun 2011 dengan single "O.K".
Piihak penganjur acara berkenaan, TGM Events tampil menjelaskan duduk perkara itu melalui laman Facebook rasmi mereka.
Mereka meminta maaf atas masalah yang timbul ke atas artis dan peminat dan akan mempertimbangkan implikasi budaya dan agama dalam hal interaksi antara peminat dan artis.
Astro Awani
Mon Jan 12 2015
![Insiden gadis Melayu dipeluk artis K-Pop arus ganas liberalisme - Timbalan Mufti Perak Insiden gadis Melayu dipeluk artis K-Pop arus ganas liberalisme - Timbalan Mufti Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-01/71421056757_295x200.jpg)
![Lima peratus daripada 8,529 KRT seluruh negara pasif Lima peratus daripada 8,529 KRT seluruh negara pasif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739061875_HasnolZamZambinH.jpg)
Lima peratus daripada 8,529 KRT seluruh negara pasif
JPNIN mengesan sebanyak lima peratus daripada 8,529 KRT yang berdaftar di seluruh negara didapati tidak lagi aktif.
![Mangsa insiden tembakan di pusat beli-belah Setia Alam stabil - KP Selangor Mangsa insiden tembakan di pusat beli-belah Setia Alam stabil - KP Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738663971_HusseinOmarKhan.jpg)
Mangsa insiden tembakan di pusat beli-belah Setia Alam stabil - KP Selangor
Mangsa kini ditempatkan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah dan dia stabil.
![Piala FA: Gol Mitoma pastikan Brighton bangkit singkir Chelsea Piala FA: Gol Mitoma pastikan Brighton bangkit singkir Chelsea](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739061520_tbKaoruMitomaEngl.jpg)
Piala FA: Gol Mitoma pastikan Brighton bangkit singkir Chelsea
Kaoru Mitoma muncul wira dengan menjaringkan gol kemenangan untuk membawa The Seagulls ke pusingan kelima.
![Kumpulan pendatang protes dasar imigresen Trump Kumpulan pendatang protes dasar imigresen Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739058594_tbDemonstratorspro.jpg)
Kumpulan pendatang protes dasar imigresen Trump
Kumpulan penunjuk perasaan berkumpul di luar Kelab Golf Antarabangsa Trump pada Sabtu bagi membantah dasar imigresen Presiden Donald Trump.
AWANI Ringkas: Polis giat kesan suspek warga tempatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#Ringkas 9 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 9 Februari 2025
1️⃣ Polis giat kesan suspek warga tempatan
2️⃣ 2,076 individu sertai program pemulihan MAIS
3️⃣ Lebih banyak bantuan dalam Belanjawan Singapura
#awaniringkas
1️⃣ Polis giat kesan suspek warga tempatan
2️⃣ 2,076 individu sertai program pemulihan MAIS
3️⃣ Lebih banyak bantuan dalam Belanjawan Singapura
#awaniringkas
![Bomoh ditahan pos mayat bayi kepada pelancong China Bomoh ditahan pos mayat bayi kepada pelancong China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739059161_Bomohkantoiposmay.jpg)
Bomoh ditahan pos mayat bayi kepada pelancong China
Pol yang ditahan polis memberitahu dia merupakan seorang bomoh sihir dan mengaku boleh bercakap dengan roh orang mati.
![Pemimpin Afrika berhimpun di Tanzania bincang konflik timur Congo Pemimpin Afrika berhimpun di Tanzania bincang konflik timur Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739055880_tbCongoconflictD.jpg)
Pemimpin Afrika berhimpun di Tanzania bincang konflik timur Congo
Pemimpin beberapa negara Afrika berhimpun di Tanzania dalam usaha menamatkan pertempuran di timur Congo.
Pemimpin tertinggi Iran bertemu pemimpin kanan Hamas di Tehran
Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei bertemu dengan pemimpin kanan Hamas yang sedang dalam lawatan ke Tehran, pada Sabtu dan membincangkan perkembangan terkini di Gaza dan isu berkaitan.
Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181
Sumber perubatan di Semenanjung Gaza melaporkan pada Sabtu bahawa angka korban telah meningkat kepada 48,181 orang, sebahagian besarnya wanita dan kanak-kanak, sejak permulaan serangan tentera Israel pada 7 Okt 2023.
![Insiden gadis Melayu dipeluk artis K-Pop arus ganas liberalisme - Timbalan Mufti Perak Insiden gadis Melayu dipeluk artis K-Pop arus ganas liberalisme - Timbalan Mufti Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-01/71421056757_295x200.jpg)
Insiden gadis Melayu dipeluk artis K-Pop arus ganas liberalisme - Timbalan Mufti Perak
Timbalan Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan Zamri Hashim berkata insiden ini membuktikan arus ganas liberalisme yang akan meruntuhkan nilai-nilai agama.