KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa berkaitan dalam menjalankan siasatan berhubung insiden gelora Udara ketika penerbangan dari Lapangan Terbang Heathrow di London ke Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura pada Selasa.
Ketua Pegawai Eksekutif SIA, Goh Choon Phong dalam kenyataan di Facebook memaklumkan pihaknya akan turut menghulurkan sokongan kepada mereka yang terlibat termasuk keluarga mangsa yang terkorban.
Jelas beliau, sebuah penerbangan bantuan telah membawa 143 penumpang dan anak kapal pulang ke Singapura pada pagi tadi, manakala 76 lagi penumpang dan enam anak kapal masih berada di Bangkok, termasuk mereka yang sedang menerima rawatan.
"Semalam, kira-kira 10 jam selepas berlepas, penerbangan Singapore Airlines SQ321, yang dalam perjalanan dari Heathrow ke Singapura mengalami pergolakan (Udara) melampau secara tiba-tiba di Lembangan Irrawaddy pada ketinggian 37,000 kaki.
"Penerbangan itu membawa 211 penumpang dan 18 anak kapal. Juruterbang mengisytiharkan kecemasan perubatan dan melencongkan pesawat Boeing 777-300ER ke Bangkok, mendarat pada 3.45 petang waktu tempatan.
"Kami amat sedih dengan kejadian ini. Ia telah mengakibatkan satu kematian dan beberapa kecederaan," katanya dalam kenyataan tersebut pada Rabu.
Mengulas lanjut, Choon Phong keutamaan SIA adalah untuk memberikan semua bantuan kepada penumpang dan anak kapal syarikat penerbangan tersebut.
Dalam masa sama, beliau berkata syarikat penerbangan tersebut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkoban dan memohon maaf kepada semua yang terlibat dalam insiden tersebut.
Media melaporkan, lelaki Britain berusia 73 tahun disahkan terkorban di dalam pesawat, dipercayai akibat serangan jantung susulan gelora udara.
Menurut analisis data awal perkhidmatan pengesanan penerbangan Flightradar24, penerbangan London-Singapura mengalami lebih daripada satu minit gelora udara melampau sekitar 11,300 meter di atas Myanmar, menyebabkan pesawat naik dan menjunam beberapa kali.
Astro Awani
Wed May 22 2024

Goh Choon Phong (kiri) dalam kenyataan di Facebook memaklumkan pihaknya akan turut menghulurkan sokongan kepada mereka yang terlibat termasuk keluarga mangsa yang terkorban - Foto media sosial

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Insiden gelora udara SIA: Sembilan rakyat Malaysia stabil - Duta
Kedutaan Besar Malaysia sedang memudah cara dan membantu sembilan rakyat Malaysia yang cedera ssusulan insiden gelora udara penerbangan SQ321 Singapore Airlines.

Insiden Gelora Udara: SIA beri kerjasama, 143 penumpang dan anak kapal sudah dibawa pulang
Keutamaan SIA adalah untuk memberikan semua bantuan kepada penumpang dan anak kapal syarikat penerbangan tersebut.