JOHOR BAHRU:Kegiatan makmal memproses dadah di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Desa Cemerlang di sini terbongkar apabila kilang itu terbakar Ahad lepas dan membawa kepada penangkapan enam suspek.
Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, makmal yang baru sebulan beroperasi itu berselindung di sebalik 'identiti' syarikat pelupusan barang terpakai.
"Susulan maklumat mengenai satu insiden kebakaran ini, kami menerima laporan daripada pihak bomba yang telah menemui beberapa peralatan disyaki untuk proses dadah.
"Serbuan ini berjaya membongkar satu lagi aktiviti makmal haram memproses sejumlah dadah disyaki ketamin prekursor, yang semuanya telah dirampas.
"Sindiket ini menyewa kilang untuk dijadikan makmal haram dan telah beroperasi sejak sebulan lalu," katanya dalam sidang media kejayaan polis Johor membongkar makmal haram memproses dadah di Johor Bahru.
Tambah Datuk Ayob Khan, saringan air kencing mendapati kesemua suspek negatif manakala lima daripadanya mempunyai rekod jenayah lampau.
Kesemua suspek disambung reman selama dua hari sehingga 7 Februari.
Dalam serbuan itu, polis berjaya merampas 30 kilogram ketamin, 100 liter cecair dan 2 kilogram serbuk dipercayai dadah.
Nilai keseluruhan rampasan dadah bernilai RM5.06 juta.
Rampasan dadah itu boleh digunakan oleh seramai 660,000 penagih.
Polis turut menyita enam buah kereta pelbagai jenis, sebuah motosikal, dua utas jam tangan, 15 jenis barang kemas dan lima akaun bank.
Jumlah keseluruhan rampasan dadah dan sitaan bernilai RM6.4 juta.
Dalam masa sama pihak polis giat mengesan lima saspek warga tempatan berusia antara 33 tahun hingga 46 tahun.
Kes disiasat dibawah Seksyen 39-B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Ernalisa Othman
Sat Feb 06 2021
Kata Ayob, pihak polis giat mengesan lima suspek warga tempatan berusia antara 33 tahun hingga 46 tahun. - Gambar Astro AWANI
Perodua tingkat perbelanjaan modal kepada RM1.6 bilion pada 2025
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) meningkatkan perbelanjaan modal (capex) kepada RM1.6 bilion tahun ini.
Visi perpaduan Tunku Abdul Rahman kekal relevan - Aaron
Visi perpaduan dalam kepelbagaian yang diperjuangkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj masih relevan sehingga ke hari ini.
Keganasan lebih buruk akan berlaku di timur Congo - Ketua Hak Asasi Manusia PBB
Aktivis hak asasi manusia melaporkan penganiayaan oleh pemberontak dan tentera Rwanda.
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Polis tahan tiga lelaki disyaki curi kabel di Nilai
Polis merampas segulung kabel hitam, dua alat pemotong kabel, batang besi, sabit, kereta, dan beberapa kunci semasa serbuan.
Along Cham menangis sebak, mahu bersihkan nama
Along Cham menangis sebak, mahu bersihkan nama
Askar wanita Israel nafi diberi dadah semasa dalam tawanan
Penilaian oleh doktor itu menyangkal dakwaan rasmi Israel bahawa Hamas memberi perangsang kepada tawanan dalam bentuk vitamin dan ubat penenang.
Polis Johor selesai empat kes pecah rumah dengan penangkapan dua lelaki tempatan
Dua lelaki berkenaan ditahan dalam tempoh enam jam selepas disyaki terlibat dalam kejadian pecah rumah di Taman Skudai Baru pada 21 Januari lepas.
Kastam rampas mercun, dadah bernilai lebih RM1 juta
Jabatan Kastam merampas mercun dan bunga api serta dadah yang dianggarkan bernilai RM1.05 juta di empat lokasi sekitar Selangor.
'Pakar masak dadah' warga Hong Kong ditahan, kokain bernilai RM8 juta dirampas
Polis membongkar makmal pemprosesan dadah jenis kokain bernilai RM8 juta di Jalan Klang Lama dan Segambut susulan penahanan seorang lelaki warga Hong Kong.
Pelaksanaan saringan air kencing secara meluas di konsert tidak praktikal - KP AADK
Beliau berkata proses saringan air kencing bagi mengesan penyalahgunaan dadah tidak boleh dilakukan sembarangan serta mengambil masa.
'Magic mushroom' sah ganja sintetik - AADK
AADK telah membuat 50 kajian kes melibatkan kumpulan penagih yang mendakwa menggunakan 'magic mushroom' dan mendapati ia sebenarnya adalah dadah sintetik.
Lelaki punyai 19 rekod lampau ditahan, rampas dadah lebih RM11,000
Suspek berusia 50 tahun itu ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik yang menjalankan operasi hasil maklumat dan risikan.
Polis kesan aktiviti jual pil ekstasi di premis konsert Pinkfish
Enam percakapan saksi telah dirakam, selain beberapa pihak lagi akan dipanggil untuk membantu siasatan, termasuk penganjur konsert dan rakan mangsa.