KOTA SAMARAHAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak agar tidak mengambil tindakan sendiri susulan insiden melempar bola api ke kedai serbaneka KK Mart Sungai Isap di Kuantan pada 5 pagi tadi.
Beliau berkata sebaliknya orang awam perlu menghormati dan mematuhi proses perundangan jika terdapat sebarang salah laku.
"Kita akan bertindak terhadap orang yang melakukan tindakan (lempar bola api itu) terutama yang melibatkan keganasan.
"Negara ini negara aman. Jangan guna isu kaum atau agama untuk memporak-perandakan (negara). Saya juga telah beritahu pihak polis supaya tidak bertolak ansur sama sekali dalam perkara ini," katanya selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa MADANI Sarawak 2024 di sini hari ini.
Insiden di KK Mart Sungai Isap telah menyebabkan kebakaran kecil di hadapan pintu masuk kedai serbaneka itu.
Sebelum ini cawangan KK Mart di Jalan Bruseh, Bidor, Perak turut mengalami nasib serupa.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hari ini berkata polis akan mengerah seluruh kekuatan bagi mengawal dan mengekalkan ketenteraman awam di Malaysia susulan insiden tersebut.
Sementara itu, mengulas mengenai pendaftaran sistem Pangkalan Data Utama (PADU) di Sarawak, Perdana Menteri berkata segala isu berbangkit boleh dibincang dengan baik.
"Pendaftaran PADU di Sarawak baik, perbincangan juga baik. Terdapat beberapa kebimbangan yang kita terima dan kita akan tangani dengan baik, semua isu boleh dibincangkan dengan baik," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 30 2024

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak agar tidak mengambil tindakan sendiri susulan insiden melempar bola api ke kedai serbaneka KK Mart Sungai Isap di Kuantan pada 5 pagi tadi. - Gambar fail/BERNAMA

Giorgio Rossi bukan lagi CEO MFL?
Spekulasi bertiup kencang apabila hebahan mengenai jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang disandang Giorgio Pompili Rossi hanya bertahan selama lima bulan.

Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan
Kelantan menjangkakan kira-kira 100,000 pengunjung hadir memeriahkan Madinah Ramadan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV yang beroperasi sepanjang bulan Ramadan ini.
AWANI Ringkas: Larangan kenderaan berat jadikan aliran trafik makin lancar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.

Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas
Menurut Trump, adalah menjadi dasar cabang eksekutif untuk memastikan pengawasan dan kawalan presiden ke atas keseluruhan cabang eksekutif.
'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu. Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan. #AWANInews
100,000 rakyat Sabah terima bantuan tunai RM300 sebulan
Sebanyak 100,000 rakyat Sabah bakal menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) menerusi bantuan tunai RM300 sebulan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak. #AWANInews

ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo
PENYERANG sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, telah mengumpul lima gol dan dua bantuan jaringan daripada lapan perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) setakat ini.
31 negara dilawati, kos perbelanjaan RM16 juta
Sebanyak 31 negara sudah dilawat oleh Perdana Menteri dalam lawatan kerjanya antara November lalu sehingga Februari ini dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM16 juta. #AWANInews

Insiden lempar ‘molotov cocktail’: Jangan ambil tindakan sendiri - PM
Perdana Menteri berkata sebaliknya orang awam perlu menghormati dan mematuhi proses perundangan jika terdapat sebarang salah laku.