KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata polis akan mengerah seluruh kekuatan bagi mengawal dan mengekalkan ketenteraman awam di negara ini susulan insiden melempar bola api ke kedai serbaneka KK Mart Sungai Isap di Kuantan pada 5 pagi tadi.
Beliau berkata polis memandang serius percubaan membakar KK Mart itu yang merupakan insiden kedua selepas perkara serupa berlaku di KK Mart Bidor, Perak pada 26 Mac lepas.
"Tindakan undang-undang sudah diambil ke atas Pengarah dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Super Mart dan pembekal stoking Xin Jian Chang Sdn Bhd. Pembekal dan penjual sudahpun didakwa di mahkamah.
"Namun kejadian ini menjadi bahaya apabila ada pihak yang mengambil kesempatan meniup sentimen agama, kaum dan kelompok untuk kepentingan tertentu," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Saifuddin Nasution berkata insiden sedemikian menimbulkan keresahan penduduk setempat dan rakyat secara keseluruhan menjelang Aidilfitri.
"Keresahan rakyat ialah apakah mereka yang tidak bertanggungjawab ini akan mengambil kesempatan ketika rakyat bergembira menyambut Aidilfitri dengan melempar bola api ke arah KK Mart.
"Terbukti kebimbangan kita dalam isu 3R (raja, agama dan bangsa) selama ini adalah berasas dan munasabah sekalipun dipertikai oleh sesetengah pihak dan isu stoking ini menunjukkan begitu mudah emosi serta sentimen rakyat dimainkan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab," katanya.
Beliau berkata walaupun tindakan menggesa dan mendorong orang ramai memboikot sesuatu jenama mungkin bukan satu kesalahan undang-undang tetapi ia adalah satu kesalahan apabila bertindak menceroboh atau cuba membakar premis KK Mart.
Justeru, Saifuddin Nasution berkata perbuatan melempar bola api boleh mengakibatkan kemusnahan harta benda serta kehilangan nyawa dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan tetap mengambil tindakan berasaskan undang-undang demi kepentingan orang ramai.
"Saya mengajak mereka yang mendorong pemboikotan ini ikut mengambil tanggungjawab meredakan dan hentikan terus perbuatan membakar sentimen orang ramai.
"Beri ruang dan kepercayaan sepenuhnya kepada PDRM untuk menjalankan tugas mengesan, menangkap serta menyiasat individu yang terlibat. Biar proses undang-undang berjalan demi keamanan, ketenteraman rakyat dan negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 30 2024
![Insiden lempar 'molotov cocktail': Polis kerah seluruh kekuatan kawal, kekalkan ketenteraman awam Insiden lempar 'molotov cocktail': Polis kerah seluruh kekuatan kawal, kekalkan ketenteraman awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81710127802_tbSaifuddinNasution.jpg)
Saifuddin Nasution berkata polis memandang serius percubaan membakar KK Mart itu yang merupakan insiden kedua selepas perkara serupa berlaku di KK Mart Bidor, Perak pada 26 Mac lepas. - Gambar fail/BERNAMA
Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.
NASA naikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain hari ini.
![Jajaran Rel Selangor dibina berperingkat, dijangka sehingga 10 tahun Jajaran Rel Selangor dibina berperingkat, dijangka sehingga 10 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739955408_NgSzeHan.jpg)
Jajaran Rel Selangor dibina berperingkat, dijangka sehingga 10 tahun
Pembinaan Jajaran Rel Selangor akan dilaksanakan secara berperingkat melibatkan pelbagai fasa dan dijangka mengambil tempoh sehingga 10 tahun.
![Sabah bakal perkenal program baharu bantu rakyat - Hajiji Sabah bakal perkenal program baharu bantu rakyat - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739958065_HajijiNoor.jpg)
Sabah bakal perkenal program baharu bantu rakyat - Hajiji
Program itu dijangka dapat dilaksanakan tahun ini, sebagai tambahan kepada pelbagai program bantuan sedia ada.
![Giorgio Rossi bukan lagi CEO MFL? Giorgio Rossi bukan lagi CEO MFL?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739957201_giorgiorossi.jpg)
Giorgio Rossi bukan lagi CEO MFL?
Spekulasi bertiup kencang apabila hebahan mengenai jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang disandang Giorgio Pompili Rossi hanya bertahan selama lima bulan.
![Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739957246_hilmiabdullah.jpg)
Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan
Kelantan menjangkakan kira-kira 100,000 pengunjung hadir memeriahkan Madinah Ramadan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV yang beroperasi sepanjang bulan Ramadan ini.
AWANI Ringkas: Larangan kenderaan berat jadikan aliran trafik makin lancar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739955034_TBSULTANIBRAHIMANWAR.jpg)
Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.
![Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739955331_ProgramPendidikand.jpg)
Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.
![Keluarga hidup dalam ketakutan diganggu along Keluarga hidup dalam ketakutan diganggu along](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734346235_tbCharlesYuen.jpg)
Keluarga hidup dalam ketakutan diganggu along
Sebuah keluarga hidup dalam ketakutan selepas diugut oleh pemberi pinjaman wang haram atau along walaupun telah membayar kesemua wang yang dipinjam daripada pihak terbabit.
![KK Mart Sungai Isap: Polis Pahang rakam keterangan empat individu KK Mart Sungai Isap: Polis Pahang rakam keterangan empat individu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710320850_YahayaOthman.jpg)
KK Mart Sungai Isap: Polis Pahang rakam keterangan empat individu
Polis Pahang telah mengambil keterangan empat individu bagi membantu siasatan kes cawangan KK Mart Sungai Isap dibaling bom petrol.
![KK Mart Kuching pula dibaling 'molotov cocktail' KK Mart Kuching pula dibaling 'molotov cocktail'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71711977892_AhsmonBajahKKMar.jpg)
KK Mart Kuching pula dibaling 'molotov cocktail'
Satu lagi kejadian membaling 'molotov cocktail' berlaku di KK Mart cawangan Kuching, Sarawak, menjadikan insiden ketiga melibatkan kedai serbaneka tersebut.
![Insiden lempar ‘molotov cocktail’: Jangan ambil tindakan sendiri - PM Insiden lempar ‘molotov cocktail’: Jangan ambil tindakan sendiri - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81709413133_TBANWAR.jpg)
Insiden lempar ‘molotov cocktail’: Jangan ambil tindakan sendiri - PM
Perdana Menteri berkata sebaliknya orang awam perlu menghormati dan mematuhi proses perundangan jika terdapat sebarang salah laku.
![Insiden lempar 'molotov cocktail': Polis kerah seluruh kekuatan kawal, kekalkan ketenteraman awam Insiden lempar 'molotov cocktail': Polis kerah seluruh kekuatan kawal, kekalkan ketenteraman awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81710127802_tbSaifuddinNasution.jpg)
Insiden lempar 'molotov cocktail': Polis kerah seluruh kekuatan kawal, kekalkan ketenteraman awam
Polis memandang serius percubaan membakar KK Mart itu yang merupakan insiden kedua selepas perkara serupa berlaku di KK Mart Bidor, Perak pada 26 Mac lepas.
![Serangan kedai serbaneka, MRA gesa percepat siasatan Serangan kedai serbaneka, MRA gesa percepat siasatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41711786008_tbKedaiserbaneka.jpg)
Serangan kedai serbaneka, MRA gesa percepat siasatan
Pihak berkuasa mesti dibenarkan menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya tanpa sebarang campur tangan mana-mana pihak.
![Kedai serbaneka dibaling molotov cocktail dibuka seperti biasa Kedai serbaneka dibaling molotov cocktail dibuka seperti biasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41711786008_tbKedaiserbaneka.jpg)
Kedai serbaneka dibaling molotov cocktail dibuka seperti biasa
Salah seorang pekerja yang ditemui memberitahu, tiada arahan penutupan kedai dilakukan susulan kejadian awal pagi itu.
![KK Mart Sungai Isap Kuantan dilempar 'molotov cocktail' KK Mart Sungai Isap Kuantan dilempar 'molotov cocktail'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711775791_KKMART.jpg)
KK Mart Sungai Isap Kuantan dilempar 'molotov cocktail'
Sebuah lagi cawangan kedai serbaneka KK Mart di Sungai Isap Kuantan, yang baru dua minggu beroperasi, dilempar molotov cocktail.
![Pekerja p-hailing bakar kereta polis bantuan ditahan Pekerja p-hailing bakar kereta polis bantuan ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707988956_Pekerjaphailingb.jpg)
Pekerja p-hailing bakar kereta polis bantuan ditahan
Pekerja p-hailing bakar kereta polis bantuan ditahan
![Kereta polis bantuan dibaling 'molotov cocktail' Kereta polis bantuan dibaling 'molotov cocktail'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707981846_TBKeretapolisjp.jpg)
Kereta polis bantuan dibaling 'molotov cocktail'
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata polis ada menerima laporan berhubung kejadian itu yang menyebabkan kenderaan terbabit hangus terbakar.