KUALA LUMPUR: Keluarga salah seorang penumpang yang cedera parah dalam kemalangan transit aliran ringan (LRT) minggu lalu telah menghantar notis tuntutan undang-undang kepada Prasarana Malaysia Berhad, dengan tuntutan RM1.8 juta sebagai ganti rugi.
Mangsa, Wong Chee Foong, 52, bapa kepada empat anak berusia antara 3 hingga 15 tahun, mengalami pelbagai kecederaan serius di kepala, muka dan tulang belakang dan masih belum sedarkan diri.
Tuntutan tersebut antara lain adalah untuk membiayai kos perubatan, kecederaan fizikal, tekanan mental dan emosi serta kehilangan pendapatan, apatah lagi mangsa adalah satu-satunya pencari nafkah keluarga.
"Saya di sini untuk menyatakan kekesalan terhadap Prasarana dan cara mereka menangani situasi ini. Saya kecewa kerana selepas enam hari, keluarga kami masih belum menerima sebarang surat atau permohonan maaf rasmi dan sokongan moral.
"Saya mahukan jawapan daripada Prasarana, kami sekeluarga sangat memerlukan dia (Wong) kerana dia satu-satu yang mencari nafkah untuk kami, dia ada empat anak untuk diberi makan.
"Sekarang ini saya bingung, keluarga saya juga begitu. Kami tak tahu bagaimana masa depan kami nanti," kata isteri mangsa, Joyce Wong, dalam satu sidang media, hari ini.
Dia juga menyatakan bahawa RM1,000 yang ditawarkan Prasarana sebelum ini tidak wajar bagi mangsa kerana ada antara mereka mengalami kecederaan yang serius.
Peguam keluarga itu, Jazzmine Khoo berharap agar Prasarana dapat menjawab surat berkenaan dalam tempoh yang ditetapkan iaitu tujuh hari, dan akan mengemukakan cadangan penyelesaian yang baik serta lebih wajar kepada mangsa.
"Kami minta keikhlasan dan kesungguhan Prasarana untuk melihat tuntutan yang diminta dalam letter of demand yang dihantar pihak kami, bagi membolehkan jumlah itu diberi sebagai ganti rugi kepada keluarga untuk kecederaan fizikal, untuk kehilangan mata pencarian, untuk kesan selepas ini.
"Ini kerana, kita tidak tahu jika client boleh kembali bergerak seperti biasa dan boleh kembali bekerja.
"Mereka juga mempunyai seorang anak menghidap autisme yang mempunyai keperluan khas, jadi nilai yang kami tuntut itu bukan sahaja untuk hari ini, tetapi juga melihat kepada impak di masa hadapan," ujarnya.
Dalam kejadian pada 24 Mei lalu, sebuah tren yang rosak bertembung dengan sebuah tren lain yang membawa 213 penumpang dalam terowong antara stesen LRT Kampung Baru dan KLCC di laluan Kelana Jaya.
Seramai 47 penumpang cedera parah termasuk tiga dalam keadaan kritikal, sementara 166 lagi menbgalami cedera ringan.
Madiha Abdullah
Mon May 31 2021

Dalam kejadian pada 24 Mei itu, seramai 47 penumpang cedera parah termasuk tiga dalam keadaan kritikal, sementara 166 lagi cedera ringan. - Gambar fail/BERNAMA

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Tender projek LRT Johor Bahru belum dibuka - Loke
Tender untuk projek transit aliran ringan (LRT) Johor Baharu masih belum dibuka lagi.

KBS kecam insiden pergaduhan penyokong bola sepak di stesen LRT
Katanya menang atau kalah adat pertandingan, namun tidak bermakna boleh bertindak sewenangnya hingga merosakkan aset kerajaan dan harta benda awam.

Pergaduhan di stesen LRT: Belum ada tangkapan penyokong bola sepak terlibat rusuhan - Polis
Kes disiasat di bawah Seksyen 147/427 Kanun Keseksaan kerana merusuh serta mendatangkan kecederaan dan kesalahan khianat ke atas harta benda.

Prasarana buat laporan polis kes pergaduhan penyokong di stesen LRT
Dalam kenyataan hari ini, Prasarana memaklumkan bahawa laporan berkenaan dibuat di Balai Polis Sungai Besi.

Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt

Perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya pulih sepenuhnya
Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya di antara Stesen Wangsa Maju dan Stesen Gombak, kembali beroperasi sepenuhnya pada pukul 3.30 petang hari ini.

Final Piala FA: Operasi stesen LRT dilanjutkan - Rapid Rail
Lanjutan waktu operasi itu susulan Perlawanan Akhir Piala FA yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

LRT Ampang-Sri Petaling tergendala akibat kebakaran di landasan
Kejadian pada jam 9.58 pagi itu telah menyebabkan perkhidmatan LRT mengalami kelewatan.

Himpunan pembebasan Palestin: Orang ramai digalakkan guna LRT
Rapid KL turut menyarankan penggunaan kad Touch 'n Go untuk perjalanan yang lebih lancar.

Konsert penyanyi legenda India, operasi LRT dilanjut ke 1 pagi
Operasi Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga pukul 1 pagi berikutan konsert mega, penyanyi dan komposer legenda dari India, AR Rahman akan berlangsung esok.