Wad kecemasan Hospital Seberang Jaya di sini malam ini, menjadi tumpuan selepas berlakunya insiden pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas di Pangkalan Udara Butterworth, petang ini, yang mengorbankan seorang juruterbang.
Tinjauan Bernama di hospital itu mendapati 10 anggota TUDM memenuhi perkarangan hospital berkenaan bagi menguruskan mangsa-mangsa yang terlibat.
Mayat juruterbang itu tiba di pekarangan hospital tersebut pada 7.30 malam, manakala tiga lagi mangsa yang cedera turut mendapat rawatan di situ.
Difahamkan, seorang anggota dipercayai pembantu juruterbang yang cedera parah akan dibawa ke Hospital Pulau Pinang.
Sehingga kini, anggota keluarga mangsa yang terlibat masih belum kelihatan di hospital kerana difahamkan kesemua mangsa bukan penduduk tempatan dan mereka berpangkalan di Alor Setar, Kedah.
Pihak hospital ketika ini sedang menjalankan bedah siasat terhadap mayat juruterbang itu.
Sementara itu, di Hospital Pulau Pinang kelihatan dua kenderaan pacuan empat roda TUDM bersiap sedia menanti seorang anggota yang cedera parah, yang akan dipindahkan ke hospital itu dari Hospital Seberang Jaya untuk menerima rawatan lanjut.
Tinjauan Bernama mendapati tiga pegawai sedang menunggu mangsa terbabit sejak 8 malam.
Dalam kejadian pada 5.18 petang itu, sebuah pesawat jenis Beechcraft B200T terhempas di Pangkalan TUDM Butterworth, menyebabkan juruterbangnya maut, manakala tiga yang lain cedera. -- Bernama
Bernama
Wed Dec 21 2016

Isteri juruterbang Mejar C. Kayamboo yang maut dalam kejadian pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia terhempas, S. Usha (tengah) bersama ahli keluarga semasa tiba di Hospital Seberang Jaya hari ini. - Foto Bernama
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Nahas pesawat Beechcraft bukan masalah teknikal - Timbalan Menteri
Tiada sebarang masalah teknikal pada pesawat jenis Beechcraft King Air 200T milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terhempas di Pangkalan Udara TUDM Butterworth, Disember tahun lalu.

Mangsa nahas TUDM semakin pulih
Keadaan tiga orang mangsa nahas pesawat Beechcraft Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas di Pangkalan TUDM Butterworth pada bulan lepas kini dilapor dalam keadaan stabil.

Siasatan nahas pesawat Beechcraft TUDM menjurus kepada faktor teknikal, kemanusiaan
Siasatan nahas pesawat jenis Beechcraft B200T yang terhempas berhampiran Terminal Peluru, Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang, 21 Dis lepas kini menjurus kepada faktor teknikal dan kemanusiaan.

Nahas TUDM: Hishammuddin galak anak lelaki juruterbang ikut jejak bapa
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menggalakkan anak lelaki sulung mendiang Mejar C. Kayamboo supaya meneruskan impiannya menjadi seorang juruterbang.

Nahas pesawat TUDM: Saya mimpi buruk sebelum kemalangan - Ayah mendiang
M.Chellam memberitahu Astro AWANI hari ini bahawa beliau melihat anaknya dilitupi kain sarung bersama kelibat seorang lelaki terbaring.

Lembaga Penyiasat TUDM akan kenal pasti punca kemalangan pesawat
TUDM akan melakukan siasatan untuk kenal pasti punca pesawat malang Beechcraft King Air 200T yang terhempas ketika sesi latihan di Pangkalan TUDM.

Nahas TUDM bunyi seakan-akan letupan bom - Saksi
Dua saksi yang berada 100 meter dari tempat kejadian berkata kira-kira 5 petang, beliau sedang bersiap untuk sembahyang di kuil tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi letupan.

Mendiang meninggal pada hari ulang tahun - Rakan Mejar Kayamboo
Hari ini merupakan hari lahir Mejar Kayamboo yang ke-45, dan hari ini jugalah beliau meninggal akibat nahas pesawat terhempas petang tadi.

Insiden pesawat terhempas: Wad kecemasan Hospital Seberang Jaya jadi tumpuan
Wad kecemasan Hospital Seberang Jaya malam ini, menjadi tumpuan selepas berlakunya insiden pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas.

PM Najib ucap takziah kepada keluarga mangsa pesawat TUDM terhempas
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada keluarga juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang maut dalam insiden pesawat TUDM terhempas di Butterworth hari ini.