PUTRAJAYA: Siasatan polis terhadap beberapa insiden yang mengancam institusi penting negara menjurus ke arah untuk menentukan sama ada ia merupakan tindakan rambang atau terancang secara individu mahupun berkumpulan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kementerian dan polis memandang serius dan segera menyiasat serangan terhadap dua balai polis, Istana Negara dan ugutan bunuh diterima oleh Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.
"Kita pandang serius dan siasatan akan menjurus untuk menentukan plot, tujuan serta motif kumpulan individu ini," katanya menerusi sidang akhbar selepas pelancaran Garis Panduan Penapisan Filem (GPPF) baharu, di sini pada Isnin.
Beliau berkata, pihaknya tidak menolak kesemua kes yang berlaku dalam tempoh beberapa hari itu mungkin menimbulkan kebimbangan serta keresahan masyarakat.
"Sebab itu kita gesa supaya orang ramai tidak membesar besarkan isu ini terutama melalui media sosial," ujarnya.
Jelas Saifuddin, polis memantau mana-mana pihak yang menyebarkan spekulasi, memberikan pendapat tidak berasas sehingga mengganggu proses siasatan.
"Kita memandang serius elemen penyalahgunaan media sosial dalam perkara ini.
"Kami juga tidak akan teragak agak untuk mengambil tindakan iaitu saya ingin ulangi bahawa serangan ancaman ini diambil serius," tegasnya.
Jumaat lalu, individu bertindak menyerang Balai Polis Ulu Tiram, Johor sehingga mengakibatkan dua anggota maut.
Sementara, pada jam 4 petang hari sama, polis menahan dua individu bersenjatakan parang menceroboh masuk Istana Negara.
Sehari selepas itu, Teresa mendedahkan beliau menerima kertas ugutan bunuh bersaiz A4 bersama dua peluru yang diletakkan dalam peti surat di kediamannya.
Pada jam 4.45 pagi Ahad, polis memberkas seorang lelaki dipercayai cuba menyerang seorang anggota di Balai Polis Dato Keramat, George Town, Pulau Pinang.
Sebaik memasuki pekarangan balai polis, suspek berusia 35 tahun itu cuba merampas submesingan jenis HK MP5 dalam milikan anggota berkenaan namun gagal.
Dalam pada itu Saifuddin berkata, pasukan polis diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga untuk mengelakkan sebarang insiden lanjut.
"Ini komitmen pasukan polis kerana ketenteraman dan keselamatan awam itu tiada kompromi," katanya.
Terdahulu, GPPF baharu yang dilancarkan menggariskan tiga teras utama iaitu keselamatan dan ketenteraman awam, keagamaan serta moral dan sosio budaya.
Ia bertujuan membantu penggiat seni dan pembikinan filem tempatan untuk menghasilkan karya filem yang berkualiti tanpa membataskan kemahiran, kretiviti dan daya fikir.
Melalui GPPF ini, golongan tersebut dapat menghasilkan karya filem yang berkualiti dan mempunyai nilai estetika namun pada masa sama, tidak memberi impak negatif terhadap perkara yang menyentuh mengenai tiga teras yang telah digariskan.
- Sinar Harian
Sinar Harian
Mon May 20 2024

Saifuddin Nasution berkata, kementerian serta polis memandang serius dan menyiasat ancaman tersebut dengan teliti. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Video tular serangan balai polis hanya latihan simulasi
Polis Johor sedang melaksanakan latih amal simulasi gemparan am membabitkan semua balai polis dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di negeri ini.

Serangan Balai Polis Ulu Tiram dikaji, bentuk profil tangani fahaman ekstremisme - Saifuddin
Polis akan terus mengambil langkah sewajarnya bagi membendung penyebaran fahaman ekstremisme di negara ini bagi mengelak berulangnya insiden serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram, di Johor.

Serangan balai polis: Ibu, bapa tiada kekuatan lihat barang arwah Konstabel Muhamad Syafiq
Ahli keluarga kepada Konstabel Muhamad Syafiq, 24, anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, mengaku tidak sanggup untuk membuka bungkusan barang peninggalan Allahyarham.

Madrasah Luqmanul Hakim di Ulu Tiram mungkin diroboh - Exco Johor
Madrasah Luqmanul Hakim di Ulu Tiram di Jalan Rabani, Kampung Sungai Tiram di sini yang sebelum ini didakwa menjadi tempat menyemai fahaman militan dan ekstremisme sudah pun ditutup pada 2001.

Insiden serangan: Polis siasat sama ada tindakan rambang, terancang - Saifuddin
Siasatan polis terhadap beberapa insiden yang mengancam institusi penting negara menjurus ke arah menentukan sama ada ia merupakan tindakan rambang atau terancang.

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Ancaman masih terkawal' - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberi jaminan ancaman susulan insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram masih terkawal.

Kronologi serangan balai polis sejak 1980
Kronologi serangan terhadap balai polis di seluruh negara sejak 1980.