MOSCOW: Pihak berkuasa Thailand akan mengkaji semula semua undang-undang berkaitan penggunaan senjata dan pemilikan berikutan kejadian tembakan di pusat beli-belah yang dilakukan oleh seorang remaja baru-baru ini, lapor Sputnik.
Pada Selasa, dua orang terbunuh manakala lima lagi cedera ditembak remaja berusia 14 tahun di pusat beli-belah Siam Paragon di Bangkok.
"Mulai sekarang, orang ramai tidak seharusnya dibenarkan membawa senjata api atas kehendak mereka sendiri," Menteri Dalam Negeri Anutin Charnvirakul dipetik akhbar Bangkok Post pada Khamis sebagai berkata.
Hanya individu yang diberi kuasa harus dibenarkan membawa senjata di khalayak ramai, katanya.
Pada Rabu, Kementerian Luar Thailand memaklumkan ia akan mewujudkan pusat operasi kecemasan untuk menyelaras tindakan dengan kedutaan asing di Thailand bagi menangani insiden berbahaya yang boleh membahayakan warga asing.
Pada 2022, terdapat 2,804 kematian berkaitan senjata api di Thailand, dengan kadar kematian membabitkan senjata api adalah 3.91 bagi setiap 100,000 orang, negara itu berada di kedudukan ke-15 global, lapor media Thailand.
--BERNAMA-SPUTNIK
Bernama
Thu Oct 05 2023

Pihak berkuasa Thailand akan mengkaji semula semua undang-undang berkaitan penggunaan senjata dan pemilikan berikutan kejadian tembakan di pusat beli-belah yang dilakukan oleh seorang remaja baru-baru ini. - Gambar fail/REUTERS

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

Insiden Siam Paragon: Suspek kongsi video berlatih guna senjata
Siasatan awal turut mendapati suspek gemar bermain permainan video berunsurkan keganasan senjata api.

Insiden Siam Paragon: PM Thailand ikrar langkah keselamatan tertinggi untuk pelancong
Srettha Thavisin arah agensi berkaitan siasat punca kejadian dan membangunkan langkah-langkah untuk mencegah kejadian berulang pada masa hadapan.