LANGKAWI: Seramai 44 mangsa yang terkandas di Air Terjun Telaga Tujuh, di sini, berjaya diselamatkan dalam satu operasi mencari dan menyelamat sekitar pukul 2.30 petang hari ini.
Ketua Balai Bomba Langkawi, Sallehuddin Darawi berkata, mangsa terdiri daripada 41 orang pendaki dan tiga Malim Gunung.
Katanya, kesemua mereka telah memulakan pendakian di tebing Gunung Mat Chinchang itu seawal pukul 4 pagi tadi sebelum terkandas sewaktu menuruni laluan terbabit akibat aliran sungai yang deras.
“Setelah pendakian selesai, mereka mula turun akibat hujan mulai lebat. Apabila cuba menuruni laluan itu, sampai ke aliran sungai, mereka tidak dapat melintas kerana arus sungai terlalu deras.
“Setelah itu mereka pun hubungi pihak bomba untuk datang buat penyelamatan. Respons dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Langkawi, yang hadir seramai 18 orang termasuk saya sendiri, untuk respons. Pada masa ini semua mangsa iaitu seramai 44 orang telah berjaya diselamatkan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Terdahulu Astro AWANI melaporkan seramai 44 pengunjung air terjun Telaga Tujuh, di sini, dilaporkan teperangkap dalam kejadian kepala air pagi tadi.
Difahamkan, dalam kejadian sekitar pukul 10 pagi itu, pengunjung-pengunjung berkenaan sedang beriadah di kawasan air terjun itu sebelum hujan lebat.
Mengulas lanjut, Sallehuddin berkata, setakat ini operasi mencari dan menyelamat telah ditamatkan kerana tiada lagi pengunjung lain di tempat kejadian.
Dalam masa sama, beliau menegaskan, kawasan itu perlu dielakkan memandangkan keadaan cuaca di Langkawi masih tidak menentu.
“Untuk makluman, air ini masih deras dan situasi masih tidak selamat. Kesemua pengujung buat masa ini tidak dibenarkan untuk hadir ke kawasan tersebut.
“Dan selepas kami tinggalkan kawasan tersebut, kawasan tersebut masih dalam situasi berjaga-jaga. Berkemungkinan kita akan buat pemantauan dari semasa ke semasa supaya tiada lagi pengunjung yang hadir untuk beriadah di kawasan ini,” katanya lagi.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Langkawi Asisten Komisioner Sharima Ashari berkata, setakat ini sebanyak 13 kawasan di sekitar Langkawi telah dinaiki air, namun semua laluan masih boleh diakses.
Beliau berkata, kesemua penduduk di Langkawi, diminta untuk sentiasa mendapatkan kemaskini mengenai keadaan cuaca di pulau itu, sebelum melakukan aktiviti di luar.
“Untuk penduduk Langkawi, kita minta supaya terus dapatkan status terkini berkaitan cuaca, sekiranya mereka ini diminta berpindah ke PPS (pusat pemindahan sementara), minta mereka beri kerjasama pihak berkuasa.
"Untuk persediaan di Langkawi, kita telah letakkan semua pasukan tindak balas bencana dalam keadaan siap sedia.
“Untuk pengunjung yang menaiki kapal terbang atau feri ke Langkawi, kita sarankan untuk mereka ini dapatkan maklumat terkini tentang penerbangan atau feri sekiranya ada sebarang perubahan,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Sun Oct 16 2022
Seramai 44 mangsa yang terkandas di Air Terjun Telaga Tujuh, Langkawi, berjaya diselamatkan dalam satu operasi mencari dan menyelamat sekitar pukul 2.30 petang hari ini.
Singapura longgarkan dasar monetari selepas hampir lima tahun
MAS mengumumkan bahawa ia akan mengurangkan sedikit kecerunan jalur dasar kadar pertukaran nominal efektif dolar Singapura (S$NEER) tanpa mengubah lebar jalur dasar atau tahap pusatnya.
Tahun Baharu Cina: Keluarga dibenarkan lawat penghuni penjara pada 1, 2 Feb
Keluarga semua penghuni penjara dibenarkan membuat lawatan perjumpaan bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina pada 1 dan 2 Feb ini.
Imigresen, KKM serbu klinik haram, tahan 10 lelaki warga Bangladesh
Enam premis di Jalan Tun Tan Siew Sin, dua di Leboh Pudu, dan satu di Jalan Silang diserbu dalam operasi itu.
Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini
Perkhidmatan aerotrain di KLIA disasar untuk kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini, setelah hampir dua tahun digantung.
Tahun Baharu Cina: JPJ lakukan audit operasi di depot, terminal bas ekspres
Sebanyak 2,500 anggota dan pegawai JPJ akan bertugas pada Tahun Baharu Cina ini bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan pematuhan terhadap undang-undang jalan raya.
Isu buku Hannah Yeoh: Kertas siasatan dirujuk kepada AGC
Polis telah merujuk kertas siasatan berhubung isu buku 'Becoming Hannah: A Personal Journey' membabitkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh kepada Pejabat Peguam Negara.
Kerajaan setuju diskaun tol 50 peratus sempena Tahun Baharu Cina - Nanta
Kerajaan MADANI dalam Mesyuarat Kabinet hari ini bersetuju untuk memberikan potongan tol 50 peratus dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baharu Cina 2025.
Anwar tiada masalah dengan "Himpunan Rakyat Benci Rasuah", tapi gesa bersifat adil
Perdana Menteri secara peribadi tidak mempunyai masalah tentang penganjuran "Himpunan Rakyat Benci Rasuah" yang bakal berlangsung pada Sabtu.
[TERKINI] Kerajaan setuju diskaun 50% bayaran tol sempena Tahun Baharu Cina
Kerajaan dalam Mesyuarat Kabinet telah bersetuju untuk memberikan potongan tol 50% dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2025.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah dan Sarawak bermula 27 Jan (Isnin) sehingga 30 Jan (Khamis).
Pegawai APMM dipercayai hilang ketika mendaki Telaga Tujuh
Polis menerima laporan berhubung kehilangan Mohd Ridhaudden Rosman, 32, yang bertugas di Bahagian Cari Lamat dan Bantuan Bencana (SAR) APMM Putrajaya itu pada pukul 12.47 tengah hari tadi.
Insiden Telaga Tujuh: Kesemua 44 mangsa berjaya diselamatkan
Mangsa terdiri daripada 41 orang pendaki dan tiga Malim Gunung.
44 orang terperangkap di Telaga Tujuh Langkawi
Seramai 44 pengunjung air terjun Telaga Tujuh dilaporkan teperangkap dalam kejadian kepala air pagi tadi.
Lelaki maut ketika mendaki di Telaga Tujuh
Berdasarkan maklumat yang diterima, mangsa tiba-tiba pengsan serta tidak sedarkan diri semasa sedang mendaki.
Pelancong asing maut jatuh gaung di Telaga Tujuh
Seorang pelancong lelaki yang dipercayai berbangsa Jerman maut setelah jatuh gaung di kawasan Telaga Tujuh di Pulau Langkawi petang tadi.