KUALA LUMPUR: Polis Sarawak mengklasifikasikan insiden tembakan melibatkan empat anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Kem Skuadron 330 TUDM di Kota Samarahan, sebagai kes bunuh.
Menerusi kenyataan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, DCP Mancha Ata, kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Ujarnya, kejadian bermula apabila suspek yang merupakan anggota tentera udara dilaporkan memasuki premis pada jam 7.15 pagi dan merampas senjata api dari tempat simpanan senjata api di balai pengawal.
"Rakannya cuba menenangkan beliau tetapi telah ditembak di bahagian perut.
"Selepas itu suspek masuk ke bahagian bilik rehat dan menembak seorang lagi di bahagian sisi dada sebelah kanan dan mati di tempat kejadian kemudiannya suspek menembak seorang lagi rakannya di bahagian belakang.
"Suspek kemudian menembak dirinya sendiri di bahagian bawah dagu menembusi otak dan mati di tempat kejadian," katanya.
Dua mangsa termasuk suspek meninggal dunia di tempat kejadian dan seorang mangsa yang cedera parah disahkan meninggal dunia di Hospital Jantung Kota Samarahan jam 9.20 pagi.
BACA: 4 anggota TUDM maut dalam insiden tembakan kem Kota Samarahan
BACA: Insiden tembakan di kem TUDM: Suspek tembak tiga rakan ketika masa serah tugas - Polis
Tambah Mancha, sejurus menerima laporan kejadian, pihak forensik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sarawak dan Unit Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) bergegas ke lokasi.
"Siasatan meliputi pengambilan sampel DNA, senjata, kesan tembakan dan kelongsong senjata akan dihantar ke Jabatan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kimia untuk siasatan selanjutnya.
"Pihak polis juga telah meneliti kamera litar tertutup dan saksi akan dipanggil untuk siasatan lanjut. Motif dan punca kejadian masih dalam siasatan," tambahnya.
BACA: Insiden tembakan kem TUDM: 'Nak hidup atau mati' - Suspek
Bagaimanapun, maklumat suspek dan mangsa dirahsiakan bagi menghormati keluarga dan orang awam dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi.
Syafik Shukri Jalil
Fri Aug 13 2021

Menerusi kenyataan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, DCP Mancha Ata, kes ini akan disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. FOTO: Astro AWANI

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Insiden tembakan TUDM: Polis klasifikasikan sebagai kes bunuh
Polis Sarawak mengklasifikasikan insiden tembakan melibatkan empat anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Kem Skuadron 330 TUDM di Kota Samarahan, sebagai kes bunuh.