KUALA LUMPUR: Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) melebarkan sayap ke Sarawak selepas tiga bulan bertapak di Sabah sebagai usaha memperhebatkan lagi bantuan kepada para usahawan, melalui pembukaan cawangan kedua di Sarawak Plaza Shopping Complex, Kuching.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif INSKEN, Muhd Firdaus Azharuddin, pembukaan pejabat cawangan di Sarawak mampu memberi akses lebih mudah dan cepat kepada usahawan di negeri itu dalam mendapatkan bantuan latihan dan bimbingan daripada INSKEN, selain lokasinya yang strategik dan terletak di tengah bandar.
"Tambahan pula, Kampus INSKEN Sarawak ini dilengkapi dengan bilik latihan yang mampu memuatkan 30 peserta bagi setiap program.
"Justeru itu, INSKEN merancang untuk mengadakan program latihan dan bimbingan yang akan datang di Sarawak di bilik latihan tersebut, yang sekali gus dapat mengurangkan kos perbelanjaan bagi pelaksanaan sesebuah kursus.
"Inisiatif membuka cawangan di Sarawak ini juga adalah sejajar dengan saranan kerajaan agar potensi dan bakat usahawan di negeri ini digilap menerusi latihan keusahawanan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin selepas Majlis Perasmian oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ewon Benedick.
Sebelum ini, Ewon memaklumkan sepanjang 2022, INSKEN berjaya melatih seramai 21,385 usahawan di seluruh negara, sekali gus melepasi sasaran yang ditetapkan iaitu seramai 13,390 usahawan.
Mengulas lanjut, Muhd Firdaus berkata selain memberi kemudahan, pihaknya berbesar hati dapat menjalin kerjasama dengan Kerajaan Negeri dan organisasi di Sarawak bagi membangunkan usahawan dan memajukan ekonomi negara.
Tambah beliau, INSKEN peka dengan keperluan bagi merapatkan jurang dari segi ilmu keusahawanan khususnya kepada usahawan mikro dan informal di Sarawak.
Kampus INSKEN Sarawak akan beroperasi dari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang.
Sebarang maklumat lanjut, usahawan boleh menghubungi Kampus INSKEN Sarawak di talian +6082 549816.
Astro Awani
Mon Oct 02 2023

Ewon (tengah) merasmikan pejabat INSKEN di Sarawak yang terletak di tingkat 2, Sarawak Plaza Shopping Complex, Kuching - Foto INSKEN
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine
Presiden Rusia, Vladimir Putin sekali lagi menegaskan kesediaan Moscow untuk kembali ke meja rundingan mengenai Ukraine tetapi menekankan bahawa membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat (AS) adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
Dewan Rakyat 'hangat', YB Kampar sarankan Wee Ka Siong dilantik Penasihat KWSP
Dewan Rakyat hangat YB Kampar, Chong Zhemin beri cadangan kepada Menteri Kewangan untuk melantik YB Ayer Hitam , Datuk Seri Wee Ka Siong sebagai penasihat KWSP.
"Sebab dia hebat, dia ada 'crystal ball' dia boleh tahu bila saham naik, bila saham turun," kata YB Kampar ketika Sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.
"Sebab dia hebat, dia ada 'crystal ball' dia boleh tahu bila saham naik, bila saham turun," kata YB Kampar ketika Sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.
Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, pada Rabu mengecam Volodymyr Zelenskyy sebagai "seorang diktator tanpa pilihan raya" dan menegaskan, Presiden Ukraine itu perlu bertindak segera untuk mendapatkan perdamaian atau bakal kehilangan negaranya.
Penularan HIV meningkat dalam kalangan lelaki homoseksual
Lebih 60 peratus kes jangkitan HIV tahun lalu berpunca daripada hubungan homoseksual dan biseksual, menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau menyatakan bahawa penggunaan kondom yang tidak konsisten dalam kalangan kumpulan berisiko tinggi menjadi faktor utama peningkatan jangkitan.
Beliau menyatakan bahawa penggunaan kondom yang tidak konsisten dalam kalangan kumpulan berisiko tinggi menjadi faktor utama peningkatan jangkitan.
Projek paip gas RM4 bilion di Sabah dibatalkan lagi
Kerajaan Persekutuan tidak bercadang untuk meneruskan projek Trans-Sabah Gas Pipeline (TSGP) bernilai RM4 bilion, yang bertujuan menyalurkan gas dari Kimanis ke daerah pantai timur Sabah seperti Sandakan dan Tawau.
Projek ini dibatalkan oleh kerajaan Pakatan Harapan pada tahun 2018 tetapi dihidupkan semula tiga tahun kemudian oleh pentadbiran Perikatan Nasional.
Namun, kerajaan kini memutuskan untuk tidak meneruskannya selepas menyerahkan kuasa kawal selia bekalan gas kepada kerajaan negeri Sabah pada 10 Januari 2023.
Projek ini dibatalkan oleh kerajaan Pakatan Harapan pada tahun 2018 tetapi dihidupkan semula tiga tahun kemudian oleh pentadbiran Perikatan Nasional.
Namun, kerajaan kini memutuskan untuk tidak meneruskannya selepas menyerahkan kuasa kawal selia bekalan gas kepada kerajaan negeri Sabah pada 10 Januari 2023.
Malaysia-Bahrain bincang kembalikan penerbangan terus antara dua negara
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim maklumkan, Malaysia merancang untuk mengembalikan penerbangan terus ke Bahrain bagi mengukuhkan hubungan dua hala serta meningkatkan peluang ekonomi dan pelancongan antara kedua-dua negara.

Kontraktor didakwa pukul ejen rumah hingga patah tangan
Seorang kontraktor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah kepada seorang ejen perumahan sehingga mangsa patah tangan.
Tuduhan KWSP rugi jual saham MAHB tidak berasas - Amir Hamzah
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan memberitahu Parlimen saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) telah dijual pada harga antara RM6.80 dan RM7.70 seunit, menghasilkan pendapatan berjumlah RM102 juta untuk agihan dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi tahun kewangan 2023.
Beliau berkata, prestasi saham MAHB yang mengatasi Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) sebanyak 11.47 peratus pada 2023 turut menjadi faktor utama strategi penjualan saham.
Beliau berkata, prestasi saham MAHB yang mengatasi Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) sebanyak 11.47 peratus pada 2023 turut menjadi faktor utama strategi penjualan saham.
[TERKINI] Produktiviti Buruh Meningkat 1.4% pada Suku Keempat 2024
Produktiviti buruh per jam bekerja bertumbuh 1.4 peratus pada suku tahun keempat 2024, mencatatkan RM44.2 setiap jam, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan dalam penerbitan Statistik Produktiviti Buruh, Malaysia, Suku Tahun Keempat 2024 pada Khamis.

Wanita hamil nyaris maut, pacuan empat roda dihempap kayu balak
Seorang wanita sarat hamil cedera selepas pacuan empat roda yang dinaikinya bersama suami dihempap kayu balak dalam kejadian di Sungai Udin, Jalan Merotai-Kalabakan, pada Rabu.

INSKEN buka cawangan kedua di Sarawak, gilap potensi usahawan
Kampus INSKEN Sarawak ini dilengkapi dengan bilik latihan yang mampu memuatkan 30 peserta bagi setiap program.