KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal Indonesia, Judika memohon maaf selepas hantaran dimuat naik di Instagramnya
beberapa minggu lalu menimbulkan 'kekecohan' dalam kalangan peminat.
Pelantun lagu Bukan Rayuan Gombal ini menjelaskan dia tidak mempunyai niat untuk menimbulkan kekecohan dengan sebuah hantaran bertukar blackout atau hitam.
“Ini konsep untuk konsert pertama saya dan gang supaya semua peminat tahu saya ada bikin sesuatu yang istimewa.
“Ini adalah perancangan daripada pihak pengurusan dan penganjur. Saya tidak biasa tapi saya okay.
“Cuma setelah ‘gelap’ itu ada banyak salah sangka yang terjadi sehingga ada yang ingat saya mahu pamit (ucap selamat tinggal) atau segala macam. Padahal niatnya hanya mahu beritahu tentang konsep konsert
saja,” jelas Judika kepada Astro Gempak.
Judika ditemui pada sidang media Rockmantic Night Judika & The Gang di Pavilion, Kuala Lumpur, semalam.
Sementara itu, Judika mengakui dia sempat mematikan telefon bimbitnya selepas menerima pelbagai maklum balas daripada peminat.
“Ramai yang cari, teman-teman, semualah. Saya matikan telefon bimbit kerana tidak sangka menerima respons sedemikian.
“Jujurnya saya tak ada niat mahu prank atau apalah, not my type. Saya juga mahu bilang saya tidak ada niat menghilang. Ini semua konsep saja,” katanya lagi.
Menerusi hantaran dengan latar belakang hitam yang dibuat pada 5 Julai lalu, Judika dilihat menulis: “Terima kasih telah mendukung saya selama ini”.
Hantaran tersebut telah membuat banyak pihak bimbang dan beranggapan penyanyi berusia 45 tahun itu ingin meninggalkan dunia seni atau berada dalam masalah.
Namun ternyata ia hanya konsep yang sengaja diatur oleh pihak pengurusan, DAD Management dan penganjur sempena konsert yang bakal berlangsung di Malaysia pada 21 Oktober 2023 depan, Rockmantic
Night Judika & The Gang.
Konsert yang bakal berlangsung di Axiata Arena itu dianjurkan Alha Alfa bersama Kharisma Music dengan kerjasama rakan penganjur termasuk ERA selaku radio rasmi.
Pembelian tiket boleh dilakukan menerusi www.ticket2u.com.my/judika.
Gempak
Tue Jul 18 2023

Hantaran tersebut telah membuat banyak pihak bimbang dan beranggapan penyanyi berusia 45 tahun itu ingin meninggalkan dunia seni atau berada dalam masalah.- Gambar IG/Judika
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Instagram uji butang 'Dislike' pada bahagian komen
Dengan ciri ini, pengguna boleh menandakan komen yang mereka tidak suka.

Syafiq Kyle, Mimi Lana kini sah bergelar suami isteri
Pelakon drama bersiri Astro Originals yang menjadi fenomene, One Cent Thief, Syafiq Kyle kini selamat bergelar suami kepada aktres, Mimi Lana.

Tiada tindakan diambil pihak berkuasa terhadap buku 'Becoming Hannah' - Saksi
Bekas Pegawai Kanan IKSIM memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa tiada tindakan diambil oleh Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara terhadap buku Becoming Hannah: A Personal Journey.

15 panggilan daripada telefon pengadu kepada telefon Ebit Lew - Saksi
Seorang saksi perbicaraan kes gangguan seksual melibatkan Ebit Lew, memberitahu bahawa telefon milik pengadu telah membuat 15 panggilan telefon kepada nombor telefon milik pendakwah tersebut.

DBKL perlu ambil tindakan tegas penganjuran Havoc Food Festival - Nik Nazmi
DBKL diharap dapat mengambil tindakan tegas ke atas penganjur Karnival Havoc Food Festival kerana tidak menghentikan penganjuran walaupun telah diarah berbuat demikian.

Juruterbang rugi RM1.36 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang juruterbang terpaksa menanggung kerugian lebih RM1.36 juta selepas terpedaya dengan penipuan skim pelaburan tidak wujud melalui laman sosial Instagram.

Seorang lelaki bakal dihadapkan ke Mahkamah Siber, kes hina Kerabat Diraja Pahang
Seorang lelaki bakal dihadapkan di Mahkamah Siber di sini, pada 3 Jan ini berhubung kes penghinaan terhadap Kerabat Diraja Pahang.

Meta ingin tambah perkongsian bot AI pada Facebook, Instagram
Meta berkata langkah ini adalah dalam usaha menjadikan platform di bawah mereka lebih menarik dan mempertingkatkan interaksi.

Tunku Mahkota Ismail sahkan Cahill bukan CEO Harimau Malaya
Tunku Mahkota Ismail akhirnya menamatkan spekulasi yang mengaitkan legenda bola sepak Australia Tim Cahill sebagai sebahagian daripada revolusi pasukan kebangsaan.

Polis ambil keterangan tiga individu berhubung perkahwinan diraja Tengku Mahkota Pahang
Polis telah mengambil keterangan tiga individu berhubung satu hantaran tular berkenaan perkahwinan diraja melibatkan Tengku Mahkota Pahang Tengku dengan seorang wanita.