KUALA LUMPUR :Sebanyak 231 institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di Dungun, Terengganu; Kerian, Perak dan Port Dickson, Negeri Sembilan akan ditutup bermula 7 sehingga 20 November ini.
Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan malam ini, berkata penutupan itu berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di tiga mukim di daerah terbabit.
Tiga mukim terbabit ialah Rasau di Dungun; Jimah, Port Dickson dan Parit Buntar, Kerian.
“Penutupan ini akan membabitkan sebanyak 73 institusi pendidikan di seluruh Dungun; 91 institusi pendidikan di seluruh Kerian dan 67 institusi pendidikan Port Dickson.
“Bilangan ini merangkumi sekolah rendah dan menengah di bawah KPM, Kolej vokasional serta sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM,” kata kenyataan itu.
Katanya, senarai institusi pendidikan yang ditutup di ketiga-tiga daerah terbabit akan dimuat naik di portal KPM di www.moe.gov.my dan platform media sosial rasmi KPM.
Menurut kenyataan itu lagi, sekolah dan institusi yang mempunyai asrama juga ditutup dan ibu bapa atau penjaga diminta mengambil murid atau pelajar untuk dibawa pulang.
“Bagaimanapun, murid atau pelajar yang menunggu untuk diambil ibu bapa atau murid yang ingin terus kekal berada di asrama sekolah atau institusi sepanjang tempoh penutupan akan berada di bawah jagaan warden asrama.
“Keperluan makan dan minum murid sepanjang tempoh tersebut akan disediakan oleh pihak sekolah dan institusi,” kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu lagi, pelajar yang perlu menduduki peperiksaan antarabangsa seperti yang telah dijadualkan sepanjang tempoh penutupan perlu mendapatkan surat dari sekolah masing-masing untuk menghadiri peperiksaan.
Pentadbir sekolah serta semua institusi pendidikan diarah untuk memastikan guru-guru, tenaga pengajar serta murid melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah.
Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah boleh dimuat turun di portal rasmi KPM www.moe.gov.my.
Astro Awani
Thu Nov 05 2020

Tiga mukim terbabit ialah Rasau di Dungun; Jimah, Port Dickson dan Parit Buntar, Kerian. -Gambar fail/ Bernama

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane, secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise di Bangkok malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.
Konflik Gaza: Pelan Trump bukan usir rakyat Palestin - Utusan A.S ke Asia Barat
Utusan Amerika Syarikat ke Asia Barat pada Khamis menegaskan bahawa rancangan Presiden Donald Trump untuk Gaza bukan bertujuan mengusir rakyat Palestin.

Cuaca panas: Orang ramai tidak perlu risau, KKM sentiasa pantau keadaan - Dr Dzulkefly
Orang ramai diminta tidak khuatir dengan cuaca panas yang melanda beberapa negeri ketika ini kerana situasi itu sentiasa dipantau rapat Kementerian Kesihatan (KKM).

Sekolah di selatan India ditutup akibat hujan lebat
Hujan lebat menjejaskan kehidupan harian di beberapa negeri dan kawasan di selatan India iaitu Tamil Nadu, Kerala dan Puducherry sejak beberapa hari lalu.

Tangguh dahulu pembukaan sekolah sehingga kes positif COVID-19 menurun - Ibu bapa
Pengumuman pembukaan sekolah secara berperingkat bermula awal Oktober depan mengundang pelbagai reaksi daripada ibu bapa di Sandakan, Sabah.

Penutupan sekolah: Sewa kantin dikecualikan hingga hujung tahun - KPM
Penyambungan kontrak sewaan kantin dan premis di sekolah secara automatik untuk tempoh satu tahun apabila tamat tempoh kontrak asal.

COVID-19: 20 sekolah di P. Pinang, 6 di N. Sembilan ditutup dua hari
Sebanyak 20 buah sekolah di Pulau Pinang dan enam di Negeri Sembilan ditutup dua hari bermula hari ini susulan terdapat kes COVID-19 di sekolah terlibat.

Analisis: Apakah penutupan semua sekolah keputusan terbaik?
Berdasarkan respons yang kami terima, majoriti ibu bapa tidak mahu menghantar anak mereka ke sekolah ketika ini kerana bimbang dijangkiti wabak berkenaan, kata Presiden PIBGN.

Keputusan tutup sekolah penilaian bersama PKD, KPM, kerajaan negeri
Penilaian itu mengambil kira antaranya bilangan kakitangan dan murid sekolah yang terpaksa menjalani kuarantin atau HSO.

COVID-19: Kerajaan tutup semua sekolah kerana terdapat peningkatan kes - Kementerian
Analisis data terhadap kes positif, kontak rapat dan kuarantin dalam kalangan murid, guru serta warga sekolah, menunjukkan ia semakin meningkat semasa gelombang ketiga pandemik COVID-19.

Penutupan sekolah: Motivasi murid perlu dititikberatkan
Guru dan ibu bapa perlu bersama-sama memberikan motivasi kepada murid bagi memastikan mereka bersemangat untuk meneruskan pembelajaran di rumah selepas pengumuman penutupan sekolah.

Institusi pendidikan di Dungun, Kerian, Port Dickson diarah tutup bermula Sabtu
Penutupan itu berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di tiga mukim di daerah terbabit.