KUALA LUMPUR: Institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di Selangor, Melaka, Kuala Lumpur dan Putrajaya kekal dibuka pada 4 Okt berdasarkan ketetapan pengoperasian negeri Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara.
KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan kementerian itu menetapkan sekiranya sesebuah negeri beralih ke fasa seterusnya, pengoperasian institusi pendidikan bawah KPM mengikut ketetapan fasa baharu hanya akan dilaksanakan selepas dua minggu daripada tarikh peralihan ke fasa berkenaan.
Pada 29 Sept, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan peralihan fasa PPN bagi Selangor, Melaka, Kuala Lumpur dan Putrajaya ke Fasa Tiga manakala Kedah beralih ke Fasa Dua berkuatkuasa 1 Okt.
"Oleh itu pengoperasian institusi pendidikan di negeri berkenaan (Selangor, Melaka, Kuala Lumpur dan Putrajaya) mengikut ketetapan Fasa Tiga PPN akan bermula pada 18 Okt 2021.
"Ini melibatkan pertambahan kemasukan murid lain meliputi murid prasekolah, kelas peperiksaan awam di sekolah asrama sepenuhnya/sekolah harian/sekolah swasta, International Baccalaureate Diploma (IBD), Prauniversiti Sekolah Sukan Malaysia serta kelas peperiksaan antarabangsa yang lain," menurut kenyataan itu.
Pengoperasian Fasa Dua pula melibatkan Murid Berkeperluan Khas di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas, Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas, Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional dan Program Pendidikan Khas Integrasi.
Ini turut melibatkan murid Tingkatan Enam Semester Dua, International Baccalaureate Diploma Tahun Dua, Program Prauniversiti Semester Tiga di Sekolah Sukan Malaysia dan Murid kelas peperiksaan antarabangsa (IGCSE O-Level, A-Level, Australia Higher School Certificate dan IBDP).
Bagi pembukaan institusi pendidikan bawah KPM di Kedah, kekal pada 10 Okt untuk kelas Tingkatan Enam Semester Dua dan kelas peperiksaan antarabangsa (IGCSE O-Level) manakala ketetapan pengoperasian Fasa Dua PPN termasuk Kolej Vokasional hanya akan bermula 17 Okt.
KPM memaklumkan pembukaan institusi pendidikan bawah KPM bagi Zon Selatan negeri Sarawak juga kekal pada 4 Okt berdasarkan ketetapan pengoperasian bagi negeri Fasa Dua PPN.
Ini susulan pengumuman Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak berhubung peralihan Zon Selatan negeri Sarawak ke Fasa Tiga PPN berkuatkuasa 1 Okt namun pengoperasian institusi pendidikan mengikut ketetapan negeri Fasa Tiga PPN hanya akan bermula pada 18 Okt.
Bagaimanapun KPM memaklumkan semua institusi pendidikan bawah KPM yang berada dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) adalah ditutup sepanjang tempoh PKPD berkuatkuasa.
Oleh itu, semua murid di kawasan yang terlibat perlu mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR), menurut KPM.
KPM dalam kenyataan sama memaklumkan institusi pendidikan bawah KPM turut merujuk kepada institusi pendidikan swasta berdaftar bawah KPM bagi kategori sekolah dan kategori pusat.
KPM turut menyaran ketetapan ini digunakan di semua institusi pendidikan tidak berdaftar dengan KPM termasuk institusi pendidikan bawah kerajaan negeri.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 30 2021

Institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di Selangor, Melaka, Kuala Lumpur dan Putrajaya kekal dibuka pada 4 Okt berdasarkan ketetapan pengoperasian negeri Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara. - Gambar hiasan/BERNAMA
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.
[TERKINI] 23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

Sijil Alternatif Sekolah Menengah dikeluarkan 26 Feb ini
Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) tahun 2024 bagi MBPK telah selesai dilaksanakan pada 7 Jan lepas.

Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM
Kementerian turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon peperiksaan SPM 2024.

KPM tidak pernah benar syarikat, sindiket tawaran pinjaman masuk ke sekolah - Fadhlina
KPM tidak pernah membenarkan mana-mana syarikat swasta atau sindiket tawaran pinjaman oleh syarikat perunding kewangan masuk ke sekolah-sekolah.

Kadar keciciran pelajar sekolah rendah dan menengah menurun - KPM
2,873 pelajar merangkumi 883 murid sekolah rendah dan 1,990 murid sekolah menengah telah dikembalikan ke sekolah pada tahun lepas.

Peperiksaan STAM 2024 bermula 3 Feb - KPM
STAM akan dijalankan di 132 pusat peperiksaan di seluruh negara, dengan 926 petugas peperiksaan telah dilantik.

KPM pertimbang perluas inisiatif Baucar Buku MADANI kepada guru
Kementerian Pendidikan (KPM) mempertimbangkan untuk memperluas inisiatif Baucar Buku MADANI kepada guru pada masa akan datang.

KPM beri jaminan tiada pemotongan Bantuan Awal Persekolahan
Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan tidak akan berlaku sebarang pemotongan Bantuan Awal Persekolahan (BAP).

Pengetua, pihak sekolah diingatkan tidak sembunyi sebarang kejadian buli - Fadhlina
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengingatkan pengurusan sekolah khususnya pengetua, guru besar dan guru pentadbir, agar tidak menyembunyikan kejadian buli dalam kalangan pelajar.

GISB: KPM selaras semula keperluan pendidikan anak-anak
KPM sedang menyelaraskan semula keperluan pendidikan anak-anak yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB).

KPM tetap teruskan peperiksaan SPM, sedia hadapi gelombang kedua banjir
KPM telah bersedia sepenuhnya untuk meneruskan peperiksaan SPM sekiranya berlaku gelombang kedua banjir, dengan persediaan itu dilakukan sejak Oktober lepas.