KUALA LUMPUR: Semua institusi pendidikan Majlis Amanah Rakyat (MARA) perlu mengkaji semula silibus pembelajarannya bagi memastikan ia selari dengan peredaran semasa.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau juga ingin melihat semua program pengajian dinilai dan ditambah baik bagi memastikan ia berada di landasan yang betul.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata antara langkah yang boleh dilakukan termasuklah mengadakan kolaborasi bersama badan pentauliahan profesional serta syarikat-syarikat multinasional dalam dan luar negara.
"Kita percaya bahawa keupayaan untuk melakukan transformasi dan pembaharuan dalam sistem pendidikan, merupakan prasyarat utama kepada kejayaan kita memajukan negara dan pada masa sama membina peradaban negara bangsa.
"Justeru, saya memberi jaminan akan menyokong sepenuhnya segala bentuk penambahbaikan atau pun pembaharuan demi kelangsungan anak bangsa kita yang seterusnya akan memacu arus kemajuan negara kelak," katanya.
Ahmad Zahid berkata demikian ketika merasmikan pembukaan sidang pertama Majlis Konvokesyen Perdana Institusi Pendidikan MARA 2023 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini hari ini.
Institusi pendidikan MARA terdiri daripada Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM), Kolej Profesional Mara (KPM), Mara-Japan Industrial Institute (MJII) dan Institut Kemahiran Mara (IKM).
Dalam pada itu Ahmad Zahid berkata terdapat keperluan untuk MARA memperkasa program pembudayaan dan pembangunan usahawannya bagi mengubah landskap sosioekonomi serta pemikiran masyarakat di negara ini.
Beliau berkata MARA perlu menjadi pemandu kepada ekosistem keusahawanan dan melipatgandakan usaha melahirkan usahawan dalam kalangan pelajar.
Katanya tumpuan harus diberikan kepada usaha pembangunan usahawan, penciptaan peluang pekerjaan dan peluang perniagaan yang seterusnya akan mencipta kekayaan untuk rakyat dan negara.
"Daripada hanya bercita-cita menjadi pekerja, kita mahu masyarakat beralih kepada pencipta peluang pekerjaan pula," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 06 2023
Ahmad Zahid berkata beliau juga ingin melihat semua program pengajian dinilai dan ditambah baik bagi memastikan ia berada di landasan yang betul. -Bernama
Pantau Belanjawan: Sistem penjagaan kesihatan: Pesakit semakin 'sakit'
Peningkatan kos penjagaan kesihatan Malaysia yang lebih tinggi daripada purata dunia memerlukan tindakan segera. Dalam segmen ini, kita akan berbincang mengenai bagaimana kerjasama antara kerajaan, sektor swasta, dan masyarakat boleh memastikan sistem kesihatan yang adil dan berdaya saing bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Angsana Health, Dr Khor Swee Kheng.
Pelakon Bollywood Saif Ali Khan cedera ditikam penceroboh di kediamannya
Pelakon Bollywood Saif Ali Khan ditikam dalam rompakan di kediamannya
Penglihatan murid: Kaca mata percuma bantu ketajaman penglihatan pelajar
Bagi menangani masalah tersebut, KKM bekerjasama bersama badan terlibat untuk melaksanakan projek rintis pengesahan masalah ketajaman penglihatan dan pemberian kaca mata percuma.
Ribut petir, hujan lebat di 4 negeri hingga tengah hari
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari Khamis.
Cip AI: Keperluan alternatif selain AS, China untuk kekal kompetitif
Malaysia menghadapi cabaran besar dalam usaha menjadi hab pusat data global, dengan kebergantungan kepada cip teknologi dari Amerika Syarikat dan konflik perdagangan antara AS dan China. Diversifikasi sumber teknologi dilihat sebagai langkah penting bagi memastikan pembangunan ekonomi negara tidak terjejas.
Permohonon diperkenan, Akhyar Rashid ucap terima kasih kepada TMJ
Akhyar Rashid, meluahkan penghargaan tak terhingga kepada Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, atas peluang dan kesempatan yang diberikan kepadanya.
Harapan baru atau sekadar sementara ?
Sejauh mana gencatan senjata ini mampu bertahan, dan apakah langkah-langkah seterusnya untuk memastikan keamanan berterusan?
Bagi menjawab persoalan ini, kita akan bersama seorang pakar, Prof. Madya Dr. Aminurraasyid Yatiban, Pengarah Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis (IEIJS) di Universiti Utara Malaysia.
Bagi menjawab persoalan ini, kita akan bersama seorang pakar, Prof. Madya Dr. Aminurraasyid Yatiban, Pengarah Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis (IEIJS) di Universiti Utara Malaysia.
[TERKINI] Keputusan pendakwaan Kes Tan Sri Muhyiddin Yassin
Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi memutuskan, kesemua tujuh pertuduhan merangkumi empat tuduhan salah guna kuasa dan tiga kes pengubahan wang haram yang dihadapi bekas perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, akan dibicarakan secara bersama.
Warga emas ditahan miliki dadah lebih 2kg di Muar
Polis menahan seorang warga emas setelah menemukan dadah yang disyaki syabu dan heroin seberat lebih dua kilogram di Sungai Abong.
Polis keluar larangan kutip kerang di Pantai Dungun
Larangan dibuat selepas pihaknya menerima beberapa laporan mengenai aktiviti tersebut yang membahayakan individu terlibat.
Peminjam, penyewa premis MARA terjejas banjir boleh mohon penjadualan semula bayaran
KKDW melalui agensinya, Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan memberi bantuan sokongan kepada peminjam dan penyewa yang terjejas akibat banjir termasuk penjadualan semula bayaran pinjaman.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
MARA berjaya turunkan peratusan pinjaman tidak berbayar - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata antara langkah diambil termasuk tindakan undang-undang dan penyitaan aset peminjam.
Boleh peraga kemewahan di media sosial tapi hutang wajib bayar - Asyraf Wajdi
Pengerusi MARA, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan mana-mana pihak yang berhutang wajib membayar pinjaman tersebut.
Usahawan MARA diseru manfaatkan platform Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025
Usahawan Majlis Amanah Rakyat (MARA) diseru memanfaatkan platform Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 bagi mengetengahkan dan mempromosikan produk mereka ke peringkat antarabangsa.
MARA Inc beli hartanah terlebih nilai di UK, Australia - PAC
Pembelian berkenaan melibatkan Dudley International House di 51 Queen Street dan 333 Exhibition Street di Melbourne pada 2013 diikuti Beaumont House di London pada 2014.
Malaysia berpotensi jadi peneraju penyelidikan ubat botani
Malaysia, yang memiliki lebih 15,000 spesies tumbuhan ubatan, mempunyai potensi besar untuk menerajui penyelidikan ubat botani, menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Seleweng dana latihan penerbangan: MARA sudah ambil tindakan undang-undang
MARA memaklumkan pihaknya memfailkan writ saman pada 7 Jun 2022 terhadap syarikat yang disyaki menyeleweng dana latihan penerbangan itu.
97,866 peminjam MARA disenarai hitam - Rubiah
Rubiah berkata senarai hitam itu dikenakan terhadap peminjam yang tidak dapat membayar pinjaman dalam tempoh tiga bulan dan hanya terangkum dalam pengurusan MARA sahaja.
Lagi kes pelajar keracunan makanan, Asyraf Wajdi terjah MRSM Terendak
Kes keracunan makanan di MRSM Terendak melibatkan 48 orang pelajar, dengan enam daripadanya terpaksa masuk ke wad kecemasan.