KOTA BHARU: Institusi Pendidikan Pondok harus ditambah nilai melalui aspek kemahiran kendiri dalam bidang vokasional dan teknikal kepada para pelajar bagi melahirkan modal insan yang bukan sahaja alim bahkan mempunyai kemahiran dalam bidang tertentu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata kerajaan akan sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa agama Islam negeri bagi membantu serta melancarkan pengurusan pondok dan institusi pendidikan Islam.
"Keunggulan pendidikan pondok dalam melahirkan ulama yang berwibawa tentunya merupakan keutamaan pihak Kerajaan MADANI dalam menyebarkan ilmu dan hikmah kepada masyarakat Islam di negara ini.
"Di saat sesetengah pihak cuba memberikan lakaran buruk kepada agama dan umat Islam, Malaysia tampil menyerlahkan keindahan serta kesyumulan Islam, agama yang rahmah, santun serta madani yang menjulang tinggi nilai kesederhanaan serta kemanusiaan," katanya
Teks ucapan beliau dibaca oleh Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Datuk Hasanuddin Mohd Yunus pada Majlis Ijtimak Madani Ulama dan Umara 2024 di Dewan Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan, Pengkalan Chepa, di sini hari ini.
Beliau berkata para ulama, ilmuwan, agamawan dan umara perlu berganding bahu memikirkan bagaimana menyuburkan faham wasatiyyah, hikmah dan rahmah untuk dimanifestasikan ke dalam pelbagai ruang serta peluang supaya persepsi buruk yang dikaitkan dengan Islam boleh dikikis.
"Mutakhir ini, banyak cabaran yang berlaku dan bakal berlaku selepas ini, pastinya menuntut perpaduan dan keikhlasan kita semua untuk menjaga umat Islam.
"Amat mustahak kepada para ilmuan semua untuk memperbetul salah faham sesetengah pihak berkaitan agama. Usaha-usaha menyekat fahaman melampau dan ekstrem perlu digerakkan bersama-sama dan bersepadu berlandaskan fahaman Ahli Sunnah Waljamaah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 23 2024

Mohd Na'im berkata kerajaan akan sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa agama Islam negeri bagi membantu serta melancarkan pengurusan pondok dan institusi pendidikan Islam. - Gambar fail

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Institusi pendidikan pondok perlu tambah nilai kemahiran vokasional, teknikal - Mohd Na'im
Institusi Pendidikan Pondok harus ditambah nilai melalui aspek kemahiran kendiri dalam bidang vokasional dan teknikal kepada para pelajar.

Lelaki mengaku tidak bersalah rogol anak tiri berusia 11 tahun
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah pondok dalam kebun di kawasan Air Ganda, Gerik 3 Oktober lalu.

Tinggal di pondok dekat reban ayam, warga emas bakal miliki rumah selesa
Nasib seorang warga emas yang tinggal di pondok berdekatan reban ayam bakal berubah apabila pelbagai pihak mula menyalurkan bantuan untuk membina rumah yang selesa untuknya.

Lapan sekeluarga tinggal di pondok, tidak mampu sewa rumah
Tempat mereka berteduh ini hanya diperbuat daripada sisa binaan dan bekas pintu serta papan lapis yang tidak digunakan lagi.

'Ustaz Budak' didakwa lagi kes cabul remaja lelaki
Seorang mudir pondok yang juga penceramah bebas lebih dikenali sebagai 'Ustaz Budak' didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan mencabul seorang remaja lelaki berusia 13 tahun, minggu lalu.

Nasib pencari lokan dapat pembelaan, Pok Mat kini selesa di rumah baharu
Sebelum ini Pok Mat hanya tinggal di pondok usang tiada atap serta dinding yang dipenuhi lubang menunggu masa untuk roboh di Kampung Teluk Bayu.

Lima tahun di pondok usang, Pok Mat dapat rumah baharu
Rumah usang dengan hanya berdindingkan kayu reput yang hampir menyembah bumi itu menjadi syurga buat seorang pencari lokan.

Kelantan buka PPV sementara di masjid, surau, pondok
Kelantan mengambil inisiatif membuka Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sementara di masjid, surau dan pondok bagi memudahkan penduduk setempat mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.

Lelaki warga emas rentung dalam kebakaran di kebun jambu
Seorang lelaki warga emas ditemui rentung dalam kebakaran sebuah pondok di dalam kebun jambu batu di Tambun, dekat sini, hari ini.

Pelajar ikuti PdPR di bangsal usang: Kerajaan Terengganu, SKMM naik taraf capaian Internet
Langkah yang dilaksanakan itu bagi membantu pelajar mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dengan lebih sempurna.